Memaparkan catatan dengan label kebaikan herbal blend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebaikan herbal blend. Papar semua catatan

Jumaat, 26 September 2014

Krim Herbal Blend untuk Mengurangkan Demam

Semalam Faris kelihatan agak kurang bersemangat berbanding hari-hari biasa, mungkin kerana kepenatan akibat berendam di kolam dan pantai semasa menyertai Hari Keluarga anjuran sekolah Mama tempoh hari. Suara Faris pun dah bertukar menjadi serak-serak basah. Biasanya kalau nampak kesihatan Faris kurang baik, saya akan cepat-cepat berikan Faris satu sachet Nutriferon. Alhamdulillah, selepas dua-tiga sachet pengambilan Nutriferon, kesihatan Faris semakin pulih. 

Tapi kali ini kami telah kehabisan stok Nutriferon. Jadi, tak dapatlah nak mencegah dengan lebih awal lagi. Siang tadi, badan Faris bukan main panas lagi. Sempatla saya lapkan basah badannya dengan air sejuk. Performance juga menjadi suplemen yang wajib diambil jika kami sekeluarga demam. Alhamdulillah cukup-cukup membantu untuk menyejukkan badan. 



Untuk meredakan demam Faris dengan lebih cepat, saya juga menyapu krim Herbal Blend setiap kali selepas mandi. Ini adalah bertujuan untuk menyejukkan badan dari luaran. Tidak lama selepas itu, badan Faris akan berpeluh-peluh dan kembali sihat seperti biasa.

Memang tak sangka jugalah krim Herbal Blend membantu menurunkan panas badan ketika demam. Sebelum ini saya sangkakan krim tersebut hanya sesuai digunakan merawat ruam lampin, kulit kering, kesan gigitan nyamuk atau pun ekzema. Untuk sejukkan badan pun boleh juga rupanya. Ini yang saya alami sendiri lah...bukan overclaim tau.

Apa lagi yang saya suka tentang krim Herbal Blend ialah, kesannya yang sedikit berangin dan memberikan rasa yang tenang kepada pemakainya. Sebelum tidur. tidak sah kalau saya tak oleskan krim ini ke tangan dan bahagian kulit yang agak kering. Lepas tu, bolehlah saya tidur dengan tenang.

So, kalau korang pun nak cuba krim Herbal Blend ni bolehlah hubungi saya ya... rugi kalau tak cuba sendiri. Yang penting, rumusannya bebas daripada bahan kimia dan selamat digunakan seisi keluarga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 26 Mac 2014

Kebaikan Herbal Blend Shaklee ~ The Magic Cream Ever


Herbal Blend yang dah lama kehabisan stok kini kembali lagi. Minggu lepas, Shaklee announce bahawa stok Herbal Blend dah sampai..tapi dalam masa sehari, 39,078 tiub Herbal Blend dah out of stock semula..adeh! Nasib baik saya sempat beli beberapa ketul untuk simpanan saya sendiri... Kalau ada customer yang nak try, kena cepat-cepatlah ye coz stok dah semakin menyusut.

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)


3. Ubat luka atau melecur

Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.



Herbal Blend Shaklee

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?



Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Jadi, untuk dapatkan Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi kami. Harga tak mahal pun. Berbaloi dengan khasiatnya! Wallaa...


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221