Memaparkan catatan dengan label Shaklee Dish Wash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Dish Wash. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

Kesan Bahan Pencuci Sintetik kepada Manusia dan Alam Sekitar

Nampak Bersih Tapi Tidak Selamat!


Baru-baru ini bersungguh saya menerangkan kepada ibu untuk bertukar kepada sabun pencuci yang selamat dan mesra alam. Selama ini, ibu saya lebih gemarkan sabun pencuci yang berbau harum dan wangi tanpa mengira kesan sampingan yang mungkin timbul di kemudian hari. Jangan tak tahu, terdapat bahan kimia dalam sabun yang baunya lebih wangi berbanding pencuci yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Sebenarnya, masyarakat Malaysia masih tidak begitu sedar tentang bahayanya penggunaan bahan pencuci sintetik kepada diri mereka mahu pun alam sekitar. Saya pun baru je ada kesedaran tentang ni, jadi saya nak berkongsi dengan anda semua :-)


Bahaya di rumah.


Kesan Pencuci Sintetik kepada Alam

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka penggumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik. Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang tergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain itu, pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser.

Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar kepada bahan pencuci yang mudah terurai dalam alam sekitar.

Cara mengenalpasti pencuci sintetik

Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelakkan daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada B.A.S. bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-

  • Flourescent. Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih. Ia dipercayai boleh menyebabkan penyakit barah dan gangguan kesihatan lain.
  • Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan ke dalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
  • Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
  • Garam beralkali juga biasa dicampurkan, di antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kesan Peluntur Pakaian Kepada Manusia

Tahukah anda, bahan peluntur yang biasa kita gunakan untuk memutihkan baju sekolah anak-anak boleh mendatangkan kesan mudarat kepada mereka tanpa kita sedari? Tak kisahlah jenama apa sekali pun, bahan peluntur yang kita gunakan tu akan meninggalkan kesan racun kimia yang melekat kuat pada pada pakaian. Ia takkan hilang dengan mudah walaupun telah dibilas berkali-kali. Dan..... bahan inilah yang menjadi racun kerana ia boleh meresap masuk ke dalam liang roma ketika mereka berpeluh. Apa pula kesannya kepada anak-anak kita?



Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kanser Negara di Amerika Syarikat menunjukkan, sekitar tahun 2013 seramai satu per tiga (33%) daripada responden adalah pesakit kanser dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 50% menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!

Khas untuk kaum wanita, sila baca artikel ini : Bahan Kimia Penyebab Kanser Payu Dara

Maka dengan itu, saya memilih untuk menukar jenama pencuci kepada yang lebih selamat untuk saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi semenjak ada anak ni, saya jadi lebih peka dan sensitif.

Gambar sekadar hiasan

Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan setiap hari. Katakanlah, sabun pencuci pinggan yang kita gunakan tu diperbuat daripada bahan kimia, agak-agaknya selamat tak pinggan yang kita gunakan untuk menghidangkan makanan tu? Fikir-fikirkanlah....


Set pencuci yang selamat dan tahan berbulan-bulan lamanya. Inilah buah hati pengarang jantung saya kerana ia SANGAT memudahkan kerja-kerja mencuci di rumah :-)


P/S : Jika anak anda mudah atau kerap jatuh sakit tanpa sebab, mungkin anda boleh mula menyemak bahan pencuci yang anda gunakan di rumah. Belum terlambat untuk bertukar kepada produk yang lebih selamat.

Rujukan :



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 1 September 2014

Shaklee Dish Wash Review ..Apa yang Bagus tentangnya?

Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. sekali jatuh cinta memang takan berpaling lagi dah. Saya tak pernah jumpa cecair pencuci pinggan yang bagus macam ni. Cakap banyak pun tak gunakan, jom kita review pengalaman pengguna yang telah menggunakan Shaklee Dish Wash ni. Best ke best ye?

Pengalaman 1 : 

Huhuhu semalam wife sy baru try Dish Wash Concentrate. .pencuci pinggan mangkuk Shaklee..

katanya..bestla pencuci ni banyak buih bau pun segar je pakai 2 titik boleh cuci satu singki pinggan mangkuk..

Joy dan lain2 pun kalah..hehehe..

memang best sebotol boleh tahan sampai setahun..

So untuk suri rumah saya sangat mengesyorkan utk anda milikinya..

Tengok dlm gambar customer beli 9/5/14 sampai sekarang banyak lagi..

Harga sebotol RM28 je 




Pengalaman Kedua :

Puan X : baru dua hari menggunakan Dish Wash, kerja-kerja mencuci tidaklah berbeza sangat. Tapi, hasil selepas cucian tu sangat best. Tangan Puan X tidak lagi kering selepas mencuci pinggan. Sebelum ni, beliau adalah pengguna setia jenama Sun***** sejak kecil lagi. Dish Wash Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Dan yang paling best, kita hanya perlu gunakan beberapa titik sahaja untuk membersihkan pinggan mangkuk selepas makan malam :-)

Pengalaman Ketiga : 

Puan Puteri Yusof

Saya excited sangat nak share pasal weekend lepas baru start guna. Paling best guna untuk basuh botol anak- anak yang berminyak2 dengan breastmilk & formula tu. Saya guna setitik dan rendam botol2 dengan sebesen air. Lepas tu cuci macam biasa. Tak payah teruk sgt nak berus, hilang lekit dan minyak. Jimat pulak tu. Dan paling best ianya diperbuat dari kelapa dan jagung. So sangat selamat!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 4 Mei 2014

Dish Wash Shaklee Penyebab Alahan dan Tangan Jadi Sensitif?

Sejak sekian lama berkenalan dengan Shaklee, saya telah mencuba produknya satu per satu. Sehingga kini saya telah & pernah mencuba hampir 85% daripada produk Shaklee yang ada. Apa yang saya rasa? Best sangatlah tu kan...hahah! Dan kalau korang nak tahu, saya makin jatuh cinta dengan satu lagi home care Get Clean set Shaklee iaitu Shaklee Dish Wash.


Kalau sebelum ni memang rasa malas sangat nak sental periuk belanga, pinggan mangkuk serta cawan-cawan plastik, tapi semenjak berkenalan dengan Dish Wash Shaklee, segalanya menjadi mudah. Saya ni jenis suka buat kek. So, bila nak tanggalkan kesan 'butter' pada mixer saya tu kini dah tak jadi masalah lagi. Zaman-zaman sebelum kenal dengan Shaklee Dish Wash dulu, saya terpaksa rendam bekas adunan kek dengan air suam untuk menghilangkan kesan berminyak. Lecehnya lah...Lagi satu, nak tunggu mood untuk cuci peralatan tu pun satu hal...ada jugak la bekas-bekas yang bertimbun dalam sinki tu karang...isk isk isk..!


Suatu hari, entah macam mana saya boleh terbuka hati untuk mencuba pencuci pinggan Shaklee ni.. Masya Allah! Kali pertama mencuci pinggan mangkuk menggunakan Shaklee Dish Wash, saya terasa bagaikan mempunyai 'pembantu' yang sangat memudahkan kerja cucian saya. Mana tidaknya, kotoran seperti minyak dan lemak degil mudah tanggal dan hilang dengan begitu sahaja. Ia juga sangat menjimatkan penggunaan air kerana kesan sabun yang sangat mudah dihilangkan dengan sekali cucian sahaja. Tak perlu dibilas berkali-kali! Sesuai  untuk korang gunakan di musim-musim kemarau ni kan? Air pun dah tahap bercatu-catuan tu..

Tapi ada jugak, orang yang mengalami healing crisis selepas menggunakan pencuci pinggan Shaklee. Kulit jadi  sensitif, kering dan sedikit menggelupas. Saya juga pernah alami perkara sebegitu. Tapi, dek kerana suka sangat dengan Shaklee Dish Wash ni, saya terus amalkan juga. Tak lama selepas tu, tapak tangan saya menjadi semakin lembut dan kesan sensitif pada tangan tiada lagi! Mungkin juga disebabkan tindak balas bahan kimia daripada sabun pencuci pinggan yang saya dah gunakan bertahun-tahun sebelum ini, maka tangan saya memberikan kesan menggelupas setelah beberapa kali menggunakan Shaklee Dish Wash...tapi korang janganlah takut pula nak try Shaklee Dish Wash ni. Rugi sangat kalau tak pernah cuba. Trylah dulu walau sekali. Dannnn....korang pasti kagum dengan keberkesanannya. Sekarang ni pun, ibu dan beberapa orang ahli keluarga saya telah bertukar kepada Shaklee Dish Wash...Review mereka pula? Subhanallah...mereka suka dan tak mungkin menukar jenama pencuci pinggan yang lain lagi dah....

Apa tunggu lagi, jom dapatkan Shaklee Dish Wash untuk anda @ isteri @ orang rumah @ orang dapur kesayangan korang hari ini jugak. Together we make differences and live happily ever after. Hahahahh... Hanya wanita je yang tau betapa heaven nya bila dapat mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun selepas makan malam dengan mudah. Banyak masa dapat dijimatkan. So, lebihan masa yang ada bolehlah diluangkan masa bersama keluarga. Betul tak?

Dapatkan Shaklee Dish Wash anda hari ini jugak! Hanya RM28 untuk kegunaan yang tahan sehingga berbulan lamanya. ( Bergantung terhadap jumlah cucian yang dibuat).

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221