Khamis, 27 November 2014

Tips Hidup Bahagia

Jumaat, 14 November 2014

Big Holiday Giveaway By Wani



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Topup RM5 x1 by Wani

Random.org

~Topup RM5 x1 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x2 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by
Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Animated Banner x2 by Nurin Edlyna
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Apa Nak Buat Yer...

Kali ini kami menghabiskan cuti hujung minggu yang terakhir di daerah ini sebelum bercuti panjang. Lepas ni lama lagilah baru kami akan pulang ke rumah sewa kami ni.. Dua hari kat sini hanya berdua dengan Encik Faris boleh membuatkan Mama mati kutu...banyak jer kerja nak buat...tapi alahai...cuaca mendung dan suram sebegini menyebabkan Mama kurang bersemangat untuk menyiapkan to do list yang harus dibuat... Faris pulak, asyik melayan rancangan kartun kegemaran. Siaran TV Faris dah conquer semuanya..nak tengok berita pun payah...alahai...
 
Apa nak buat ni yer...kertas exam ada lagi sekelas untuk ditanda...dah tak banyak dah tu..alhamdulillah. Esok bolehlah key-in markah dan menyiapkan tugasan yang patut dalam minggu terakhir persekolahan ni kan...
 
Harap-harapnya petang ni tak hujan. Kalau cuaca elok bolehlah kami bersiar-siar di kawasan perumahan kami ni. Faris seronok sangat kalau dapat main kat bawah tu... kucing-kucinglah yang akan jadi mangsa dek dikejar Faris. Sesekali apabila terlepas, gamat suasana dibuatnya...apa-apa ajelah nak oii...janji bahagia. Lagi pun, kalau dibiarkan menonton TV terlalu lama pun bukannya elok sangat kan.

Resepi Puding Karamel Mudah

 
Resepi ni nampak mudah dan senang sangat-sangat... tak perlu letak telur pun tau..
itu yang saya suka tu ;)
 
Bahan A (karamel)
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
 
Cara : Masak atas api kecil hingga perang. Sejukkan seketika.
 
Bahan B ( Puding )
1 paket agar-agar (10gm)
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara : Satukan semua bahan B.
Didihkan di atas api perlahan.
 Kacau sehingga sebati & elakkan adunan daripada berketul-ketul.
Apabila adunan telah mendidih, padamkan api.
Tapis dan tuangkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
 
Selamat mencuba!
 

Khamis, 13 November 2014

Bahana Nafsu Amarah...

Assalamualaikum...
 
Apa khabar semua hari ni ya? Ada yang sedang stress ke...rasa macam nak marah jer pada orang kat sebelah tu? Sabar dulu ye dek non...kalau rasa tak tahan sangat rasa marah tu, cuba beralih tempat. Kalau sedang berdiri, eloklah duduk. Kalau dah duduk, eloklah berdiri dan segera berwudhuk... Mudah-mudahan sejuk sikit hati tu kan.. lagi satu, cuba amalkan senyum sentiasa. Bila kita amalkan tabiat mudah tersenyum ni, jadi macam payah nak marah pun ye.. kalau tak percaya, cubalah nanti ye...
 
Kemarahan tidak membawa keuntungan
Bahkan ia membawa kepadaa kerugian
Ketika kita sedang marah,
kita kehilangan kawalan diri.
Di saat itulah Syaitan memasuki ruang kebencian,
ia menambahkan lagi penyakit dalaman,
ia membarah menjadi dendam dan pengkhianatan.
Datangnya Islam,
Mengajar agar mengawal kemarahan,
Marahlah di atas landasan agama,
Marahlah di atas kebencian oleh Allah daripada melakukannya
Dan....
Marahlah kepada diri sendiri yang seringkali gagal untuk mengawal kemarahan
 
P/S : Semoga kita bakal menjadi seorang Muslim yang bijak menggunakan akal fikiran. Marahlah apabila perlu dan usahlah bertindak melulu dalam menjatuhkan hukuman.
 
 
 
 

Antara Dua Darjat

Saya agak terkedu dengan pernyataan akhbar ini... kalau hari ini gaji RM3600 pun sudah dikira miskin, macam mana agaknya keadaan kita sepuluh tahun akan datang ya? Berapa banyak pekerjaan yang kita perlu buat dalam sehari untuk menjadikan kita orang yang kaya atau setidak-tidaknya bertaraf hidup sederhana.
 
Sebab itulah, kita harus beringat dari sekarang. Gaji yang diperoleh, biarpun sedikit perlulah digunakan dengan berjimat-cermat. Sekurang-kurangnya, buatlah simpanan sebanyak 10% supaya kita mempunyai wang untuk membuat pelaburan yang sesuai apabila keadaan mengizinkan...Tapi janganlah mudah gelap mata dan menyertai skim cepat kaya Pak Man Telo pulak ye...duit hangus sekelip mata, hasil yang diharapkan lesap entah ke mana.
 
Menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, masyarakat bumiputera terutamanya Melayu harus mengubah sikap supaya berlumba-lumba untuk mencipta kejayaan. Selain itu, berbelanjalah mengikut poket sendiri dan bukannya berbelanja dengan boros seolah-olah mempunyai duit berjuta-juta dalam simpanan. Jutawan adalah orang yang pandai membuat simpanan. Jika hari ini kita tak mampu nak simpan hatta RM5 tanpa diusik setiap bulan,mana mungkin kita dapat menyimpan RM500 sebulan apabila pendapatan kita telah bertambah. Keadaan ini amat merugikan kerana wang yang mampu kita simpan itu merupakan satu langkah untuk kita menuju ke arah kejayaan yang lebih besar lagi. Tanpa RM5, duit kita tak akan jadi sejuta kan?
 

Ahad, 9 November 2014

Panorama Indah Ciptaan Ilahi

Assalamualaikum..

Korang semua suka tengok pemandangan apa ye? Kalau macam saya, saya cukup terkesan dengan keindahan bukit-bukau dan lautan.

Terasa diri ini sungguh kerdil sekali. Betapa hebatnya Allah sebagai pencipta, tiada sehelai pun daun yang gugur melainkan dalam pengetahuanNya...

Alam sangat memberi inspirasi untuk saya lebih mengkagumi Pencipta yang Maha Bijaksana.

Alhamdulillah, tempat saya bertugas sekarang ni dikelilingi bukit-bukau yang saujana mata memandang. Sungguh mendamaikan jiwa. Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini..

Bila Rumah Kena Sita!

Opocot! Memang tergezut bebenor saya semalam.. Apa taknya, tengah-tengah asyik mengawas peperiksaan, tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan dari Encik Suami...

Katanya, tadi ada jiran satu taman telefon bagitau yang rumah kami dah kena sita! Eh eh.. Apahal yang teruk sangat kami ni kan.. Dua-dua bekerja tapi sampai tak boleh nak bayar cukai. Apa kes?

Rasanya bulan Ogos lepas kami dah bayar cukai pintu. Enam ratus jugakla yang terbangnya. Alih-alih, kali ni kena sita pulak.. Dahlah kami berdua tak de kat rumah. Nak balik tengok puncanya, jauh.. So, suami call Majlis Perbandaran XX, minta semak balik cukai yang kami dah bayar tempoh hari.. Sekali dia tengok, ada rekod ni Encik. Encik dah settlekan semua cukai yang perlu dibayar...

Habis tu? Kenapa pergi sita rumah saya? Baik pihak tuan buka notis tu sekarang sebelum saya report polis. Maaf encik, ni kesilapan dari pihak kami. Maaf encik, maaf. Sekarang jugak pihak kami akan cabut balik notis tu...!

Sekian.

P/S : Rumah yang patut kena sita ialah rumah yang berhadapan dengan rumah kami.. Macam mana mereka boleh salah alamat pulak...

Mark Zuckerberg Tak Ada Baju Lain Ke?


Saya terbaca artikel di bawah ini tentang kenapa Mark Zuckerberg memakai t-shirt kelabu yang sama selalu.

Saya suka jawapannya. Dia tidak mahu membuang masa dan tenaga otak dia untuk perkara yang kecil seperti nak pilih baju warna apa serta buang masa depan cermin setiap pagi. Dia kata lebih baik dia simpan tenaga akal dia untuk berfikir bagaimana untuk memberi khidmat serta manfaat kepada 1 billion pengguna Facebook. Tapi dia ada baju yang sama warnanya ini beberapa helai, bukan bermakna dia tidak ada baju lain.





 Saya setuju kerana di dalam perjalanan saya, saya sendiri melihat ramai mereka yang mereka berjaya tidak buang masa dan mereka juga eliminate atau menghapuskan aktiviti-aktiviti yang membuang masa, mengambil masa atau tidak memberikan faedah yang besar kepada hidup mereka atau apa yang mereka lakukan.

Contohnya, saya sendiri mengenali ramai mereka yang berjaya yang tidak menonton TV atau membuang masa menonton semua benda di TV yang banyaknya adalah "sampah" otak dan emosi. Saya sendiri tidak suka tengok TV dan TV saya jarang-jarang di switch-on melainkan untuk sesuatu rancangan berilmu yang berfaedah dan bermanfaat.

Saya juga pilih untuk tinggal 2-minit sahaja dari pejabat saya kerana ia memudahkan segala urusan yang perlukan saya dipejabat atau memudahkan staf saya berjumpa saya dirumah jika ada urusan penting.

Bayangkan jika saya adalah seperti satu ketika satu waktu dahulu perlu travel hampir 2-jam untuk ke pejabat dan balik juga lebih 2-jam bila jalan adalah sesak dan apatah lagi hujan lebat, ia "mengambil"masa hidup saya selama 4-jam sehari dan 20-jam seminggu dan 80-jam sebulan dan 960-jam setahun. Itu bermakna 40-hari setahun (960 jam/24jam) adalah masa yang saya gunakan untuk travel ulang alik ke pejabat. What if 10-tahun kerja? 400-hari atau bahasa mudah lebih 1-tahun masa saya dalam tempoh 10-tahun adalah di dalam kenderaan.

Jika ada pilihan, kita boleh gunakan untuk belajar mengaji atau hafal ayatul Quran dalam kereta dan bukan sekadar dengar radio. Kita juga boleh dengar CD-CD ilmu agama atau yang membantu peningkatan diri. Dan macam-macam perkara yang boleh tingkatkan kelebihan diri. Kita juga boleh dengar CD audio book tentang topik yang kita suka di dalam kereta atau menggunakan headset melalui handphone kita jika kita menaiki bas, Komuter atau LRT.

Point saya ialah, ambil iktibar dengan apa yang orang kongsikan tentang sikap dan habit mereka yang berjaya.

Of course yang terbaik adalah jika kita tidak perlu travel lama untuk ke tempat kerja.

Bagi yang baru nak kerja atau berniaga, buat sesuatu atau bekerja ditempat yang tidak memerlukan kita travel jauh setiap pagi dan petang untuk ke tempat kerja supaya kita boleh kerja dengan efisyen tetapi pada masa yang sama, kita dapat spend masa bersama keluarga lebih segera bila habis kerja. Wallahu A'lam.

Moral of the story: Buang atau elakkan membuat sesuatu yang paling kurang nilainya dalam hidup kita dan gantikannya dengan sesuatu yang lebih tinggi nilai atau kualitinya dalam hidup kita. Ingat, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Dan elakkan buang masa bercakap hal orang, fitnah orang atau gosip tentang orang lain kerana banyak lagi perkara yang lain yang berfaedah yang kita boleh lakukan untuk mencari redha Allah swt di dunia untuk bekalan di sana. Mati itu pasti, buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.




 

‪#‎AzizanOsman Status Update

Buat Diriku yang Mudah Lupa

🍀 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT 🍀
 
Reminder to my own self.
 
Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.
 
Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."
 
🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu
bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT
membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca Al-Quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.
 
🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala
 
🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
 
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
 
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
 
🍁 Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kepada yang menyebarkannya.