Jumaat, 14 November 2014

Apa Nak Buat Yer...

Kali ini kami menghabiskan cuti hujung minggu yang terakhir di daerah ini sebelum bercuti panjang. Lepas ni lama lagilah baru kami akan pulang ke rumah sewa kami ni.. Dua hari kat sini hanya berdua dengan Encik Faris boleh membuatkan Mama mati kutu...banyak jer kerja nak buat...tapi alahai...cuaca mendung dan suram sebegini menyebabkan Mama kurang bersemangat untuk menyiapkan to do list yang harus dibuat... Faris pulak, asyik melayan rancangan kartun kegemaran. Siaran TV Faris dah conquer semuanya..nak tengok berita pun payah...alahai...
 
Apa nak buat ni yer...kertas exam ada lagi sekelas untuk ditanda...dah tak banyak dah tu..alhamdulillah. Esok bolehlah key-in markah dan menyiapkan tugasan yang patut dalam minggu terakhir persekolahan ni kan...
 
Harap-harapnya petang ni tak hujan. Kalau cuaca elok bolehlah kami bersiar-siar di kawasan perumahan kami ni. Faris seronok sangat kalau dapat main kat bawah tu... kucing-kucinglah yang akan jadi mangsa dek dikejar Faris. Sesekali apabila terlepas, gamat suasana dibuatnya...apa-apa ajelah nak oii...janji bahagia. Lagi pun, kalau dibiarkan menonton TV terlalu lama pun bukannya elok sangat kan.

1 comments: