Khamis, 15 Mei 2014

Vitamin Shaklee untuk Orang Selepas Pembedahan

Suatu hari, saya dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan suplemen yang sesuai untuk mereka yang baru beberapa hari menjalani pembedahan lutut. Luka beliau lambat kering dan tertutup. Jadi, beliau ingin mencuba suplemen Shaklee kerana beliau ada terbaca tentang kelebihan vitamin Shaklee untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

Apa yang sarankan untuk beliau adalah seperti berikut :



Vita-Lea : Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vita-Lea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

B Complex : Mengandungi 8 kumpulan vitamin B Complex yang sangat penting untuk keperluan badan. Mampu mengatasi kelesuan pada tubuh,  penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang. Ia juga penting untuk saraf. Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan, biasanya akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa operation. Jadi, mereka sangat perlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami. Apabila kita gembira, kita juga akan cepat sembuh :-)

Vitamin C : Juga membantu memulihkan sel-sel badan dengan cepat. Luka akan lebih cepat sembuh jika digabungkan dengan vitamin C. Membantu pembentukan kolagen dalam badan. Turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

Zinc Complex : Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Biasanya orang akan cari ikan haruan untuk membantu merawat luka selepas bersalin atau selepas pembedahan. Ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi, jadi ia membantu mempercepat pemulihan luka dalam badan.

ADD ON :

ESP : ESP pula membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set pembedahan ini, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan