Jumaat, 31 Oktober 2014

Omega Guard Shaklee Best!

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya dapat tahu promo untuk bulan November ni jatuh kepada Shaklee Omega Guard. Bahagia sungguh rasa hatiku! Omega Guard merupakan antara suplemen kegemaran seisi keluarga.
 
Daripada emak, Pak cik Mak cik dan saya sendiri pun sukakan Omega ni. Yeah.. Emak saya ambil Omega Guard untuk keselesaan sendi lutut beliau. Saya makan untuk pecahkan lelemak degil di perut. Amalkan 3 biji 2 kali sehari selama mungkin untuk kesan terbaik. Menurut testimoni seorang teman, beliau mengamalkan Omega Guard selama beberapa bulan dan magiknya, beliau berjaya memakai baju lama yang berusia 13 tahun lalu. Best je kan kalau mendapat berat badan macam zaman anak dara dulu.
 
Faris pula saya bagi untuk kecerdasan otak beliau. Zaman kanak-kanak ni lah sel-sel otak sedang pesat berkembang. Jadi amat rugi kalau tak diberikan pemakanan yang sesuai untuk perkembangan otak si manja tersayang.
 
 
 
 

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Segmen Blogwalking by Dayang Deno #2

 
Tamat : 20 November 2014

Your Past Has Nothing to Do With Your Future

Indeed!

Dah Nak Tamat Daaaa....

 Salam Jumaat semua...apa khabar semua hari  ni? Semoga sihat semuanya ya... Kalau macam saya yang bekerja di Kelantan ni, hari ni kami sedang bercuti hujung minggu. Waktu petang macam ni adalah masa untuk berehat bersama keluarga..iyalah kan, setelah kekenyangan makan tengahari sebentar tadi mata pun terasa mengantuk.. Menu kami sekeluarga hari ni ialah nasi kukus yang suami beli selepas solat Jumaat tadi.

Hari ni dah 31 Oktober, ini bermakna promo ESP dan Meal Shakes akan berakhir menjelang pukul 12 malam nanti. Esok dah mula promo barulah pulak.. So, kalau sesiapa yang teragak nak mencuba ESP dan Mealshakes tu, eloklah gunakan peluang keemasan ni yer...lepas ni tak tahu bilalah pulak nak dapat promo meletops macam ni...rembat jangan tak rembat! Saya pun nak pulun satu set ESP untuk kegunaan seisi keluarga.





Saya adalah pengedar sah Shaklee kawasan Gua Musang. Sape-sape yang berminat silalah hubungi saya dengan segera ya!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392

Rabu, 29 Oktober 2014

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh


Saya masih ingat, arwah bapa saya dulu merupakan seorang yang sangat gemar mandi sebelum subuh. Tak kiralah sejuk macam mana pun. Beliau tetap meneruskan tabiat mandi sebelum subuh. Kami tinggal di kampung dan tidak menggunakan pemanas air di rumah. Rupa-rupanya, banyak sangat kelebihan mandi sebelum subuh ni kan? 
 


TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

01: Kulit lebih lembut dan halus;

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

02: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

03: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

04: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

05: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

06: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..
 
Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

01: Kulit lebih lembut dan halus;...


Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

02: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

03: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

04: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

05: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

06: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Sumber : FB Rahsia Hawa

40 Pelajaran daripada Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Di sini saya ingin kongsikan 40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW. Jika diamalkan, banyak manfaat dari segi kesihatan yang bakal kita perolehi. Semoga bermanfaat untuk semua.

---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain.
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya
.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap di dalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.

---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.

---------------------------
29. Jangan bermegah (sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

---------------------------

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) Season 2

Assalamualaikum :)
 
Mari kita pakat join ramai-ramai segmen bloglist by arepnakbebel.com ni... Advanced gitu tau.. lagi 2 bulan nak masuk 2015, Arep dah buat segmen bloglist ni..bagus-bagus... Fast action, fast result kata orang :)
 

Selasa, 28 Oktober 2014

Akibat Bawa Bekal untuk Makan di R&R



Adoi...tajuk kat atas tu memang tak boleh tahan...tapi memang pun. Itulah yang saya rasa bila first time bawak bekal ketika travel. Bukan apa, selain dapat jimatkan masa beratur panjang, dapat juga kami berjimat mana yang patut. Tinggal nak beli air je untuk minum.


Sebenarnya, saya ni jarang sangat berpeluang memasak untuk suami. Kami merupakan pasangan PJJ. Jumpa pun berapa kali jer sebulan. So, bila ada peluang untuk bagi suami rasa air tangan saya, eloklah digunakan peluang tersebut sehabis baik...betul tak? Rabu lepas, kami travel ke Kuala Lumpur untuk menyertai IMKK.


Kami bertolak pukul 10.30 pagi dari Gua Musang. Pagi-pagi tu saya bersilat lah di dapur. Walaupun nak masak tiga menu je, tapi berpeluh-peluh saya dibuatnya..hahahaaa...sabar jek! Saya buat ayam masak merah, sup sayur dan telur dadar aje pun...tapi nak prepare dalam masa tiga jam tu bukannya mudah. Dahlah barang pun tak siap lagi nak packing. Saya ni jenis tak berapa nak pandai kemas barang awal-awal..last minutes baru menggelabah..


Dalam pukul 2 petang kami singgah di R&R Ipoh untuk makan dan bersolat. Memandangkan perut dah berkeroncong kami memilih untuk makan terlebih dahulu. Sampai je ke tempat makan, saya banyak je mata yang memandang kami. Macam pelik sangat kan bila tengok orang bawak bekal...suka hatilah kami nak bawak apa pun. Tapi saya memang rasa segan sangatlah.. Tunduk je waktu makan tu..janganlah buat kami macam ni..sedih tahu!


Apa pun saya puas hati sebab dapat masak sendiri. Puas hati bila tengok Encik Suami makan sampai bertambah-tambah. Saya je yang hampir kehilangan selera. Makan pun tak laju walaupun lapar..segan kot. Bila dah habis makan, saya cerita kat suami apa yang saya rasa. Kata beliau, tak perlu nak ambik hati sangatlah...bukan kita buat salah pun.
  
 
Ayam masak merah, sup sayur dan carrot cake in the making.
 
So, selamba jelahhh...OK, baik bang!
Harapnya saya tak serik untuk berbento lagi lepas ni...saya suka masak bila ada orang yang nak makan. Kalau berdua dengan Faris,tahap kerajinan sedikit berkurangan...bukan malas tau..kurang rajin sikit jek...hihihh..
Salam mesra,
June Mohd.
 

Rezeki Takkan Pernah Habis

 
Jika tiada rezeki anak,
mungkin kita diberikan rezeki mentua yang baik.
Maka kita akan lebih bahagia berbanding mendapat anak yang sukar diajar.
 
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari keriasauan menjaga harta dunia.
 
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin kita diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.
 
Jika tiada rezeki berumah besar,
mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
 
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik atau kacak,
mungkin kita diberikan pasangan yang pandai mengambil hati. 
Maka rumahtangga kita akan lebih bahagia berbanding kerisauan akibat cemburukan pasangan kita yang cantik atau kacak.
 
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberi rezeki ibu bapa yang panjang usianya.
 
Maka kita lebih bahagia kerana dapat berbakti lebih lama kepada mereka.
 
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Supaya kita lebih menghargai apa yang kita dapat.
 
Apa pun yang terjadi, bersyukurlah sentiasa kerana Allah sentiasa memberikan perkara yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.
 

Isnin, 27 Oktober 2014

Fara_nym ; Bloglist October - November



Jom join segmen ni :)

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

Assalamualaikum :)
 
Jom kawan-kawan join segmen ni...sama-sama kita bagi sokongan pada rakan Blogger.
 
KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)

Sabtu, 25 Oktober 2014

Rahsia dan Kelebihan Tujuh Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
 
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 

 
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
 
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Semoga bermanfaat

Khamis, 23 Oktober 2014

Kesan Hasad Dengki yang Mungkin Kita Tak Tahu

Assalamualaikum...
 
Pernah tak suatu ketika kita berasa tidak puas hati atau cemburu dengan nikmat yang diperoleh oleh orang-orang di sekeliling kita? Jika pernah, mungkin ianya berpunca dari perasaan hasad dengki. Mungkin kita tidak perasan keburukan mempunyai perasaan hasad dengki ni kan...sebenarnya hasad dengki inilah yang menjadi racun perosak dalam masyarakat.

 
Adakalanya, hanya kerana cemburu dengan kelebihan orang lain, ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan mengenakan ilmu tuju-tuju kepada si penerima nikmat yang mungkin lebih sedikit berbanding dirinya. Ya Allah, takutnya...saya harap kita semua dijauhkan daripada perasaan hasad dengki dan juga dijauhkan daripada orang-orang sebegini.
 
Orang yang berhasad dengki hakikatnya melawan takdir dan keputusan Allah SWT. Dia secara tidak langsung telah mempertingkaikan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang Allah dalam menitipkan nikmat kepada hambaNYA.
 
Seolah-olah dia merasakan lebih bijak dan lebih adil dalam memberi serta menentukan nikmat kepada manusia. Sikap ini sangat dimurkai Allah dan berdosa kerana membenci takdir Allah samalah seperti membenciNYA. Nauzubillah.
 
Dalam hadis qudsi, Allah berfirman yg bermaksud :

" Sesiapa yg tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada KU, maka carilah Tuhan selain AKU." ( Hadis riwayat at-Thabarani ).

Tegasnya, hasad akan merosakkan akidah seseorang. Ini sangat merbahaya ..
 
... Waallahualam ..
Sumber : whatsapp
 
Salam ukhuwah,
June Mohd.

Rabu, 22 Oktober 2014

Ceritera Pemadam dan Pensil

Perbualan antara pemadam dan pensil :

..........
الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
Apa khabar kawan?
... 
القلم: لستُ صديقكِ!

✏Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا
Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.
✏Kerana aku benci kamu.

الممحاة: ولمَ تكرهني
Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .
Aku tidak padam melainkan yang salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!

✏Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .

Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!

✏Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .

Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .

✏Engkau salah dan sombong!

الممحاة: لماذI

Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .

Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

الممحاة: أما زلتَ تكرهني

Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .

Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .

Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.

Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

فرحتِ الممحا
ة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان

✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

أحبتـــي

Sahabat-sahabatku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?

Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Sumber : Whatsapp

Rahsia Orang Cemerlang

Pagi-pagi ni dah beratur untuk pendaftaran IMKK. Barisan bukan main panjang lagi. Nasib baik saya terawal sikit walaupun tadi berpeluh-peluh nak kejutkan anak bujang, tapi OK lah kan :) Kejap lagi nak sampai ke meja pendaftaran. Lepas tu plan nak window shoppingla kejap. Entertain Mr H and son dulu sebelum Mama masuk kelas.

P/S : Program bermula pukul 2.00 petang nanti. Lambat lagi tu..

Segmen : Kapas Putih Nvember Bloglist


Jom join segmen ini.

Bila Si Dia Merajuk

Created with Photo Collage Maker. http://goo.gl/RpSVMx

Selasa, 21 Oktober 2014

Penawar Terbaik kepada Kesibukan Kita

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama.

Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya
berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan. Dia
membaca Al Qur’an 3 juz per hari.

Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz per hari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya.

Waktu ⌚ pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu?Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an .





****************************
Sahabat,
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk...sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini....pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya...tanpa menggangu kegiatan harian kita yang lain.

Sahabat,
Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak2mu.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya.
[Hadits Riwayat Muslim]

~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~

Sumber : Whatsapp

Wordless Wednesday : Always Do Your Best!








Wordless Wednesday : Yeah, Allah Is Always Right!

Dah hari Rabu rupanya hari ni.. Kita WW jelah yer..


Pilih mana yang kita mahukan :)

Isnin, 20 Oktober 2014

Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love



Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Rancangan Da'i Pendakwah Milenia Memang Best!

Emak saya merupakan peminat setia Rancangan Da'i Pendakwah Milenia yang diterbitkan oleh TV3. Setiap malam Jumaat, Emak pasti memendekkan wirid selepas solat Isyak kerana ingin menonton rancangan ini. Mula-mula tu hairanlah jugak...kenapa ya? Sekali bila dah menonton rancangan ni, saya pun ikut melekat! Hihih... Untung juga kat rumah Emak tiada Astro, kalau tidak, habis lah 24 jam Faris nak tengok Astro Ceria aje..

Alhamdulillah, Jumaat lepas kami berpeluang menonton episod akhir program Da’i musim kedua. Rancangan penentuan ini sungguh sengit dan mendebarkan. Dan akhirnya, pelajar daripada Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad telah dinobatkan sebagai juara dan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Hadiah berbentuk wang tunai RM50,000 berserta pakej umrah dan penginapan serta pelbagai hadiah sampingan yang lain.

Tahniah Da'i Farhan

Da'i Farhan merupakan pelajar jurusan Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran berusia 24 tahun ini telah menewaskan 2 lagi finalis lain iaitu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25. 


Farhan sebelum ini telah dimasukkan ke hospital ketika program Da’i berlangsung akibat penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) pada minggu kelima.. Namun kalau sudah tertulis rezeki untuknya, Farhan bukan sahaja kembali sihat malah kini bergelar juara program Da’i Pendakwah Millenia ini. Saya amat tertarik dengan kata-kata Farhan sempena kemenangannya:-

Saya menangis kerana teringatkan Rasulullah SAW pernah dibaling batu sehingga luka dan berdarah ketika berjuang menegakkan syiar agama Islam. Namun dalam keadaan saya sekarang kerana dakwah agama itu berjaya membawa saya sehingga bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Semoga dengan kemenangan ini akan menguatkan lagi semangat Da'i Farhan  serta rakan-rakannya yang lain untuk terus berdakwah. Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta. Semoga dapat menjadi pendakwah yang disegani dan berjaya di dunia dan akhirat.


Salam ukhuwah,
June Mohd.
SID 891221

IMKK, Just Can't Wait!

Hari ini sekolah saya dah mula bercuti sempena perayaan Deepavali. Tapi yang magicnya, saya masih lagi berada di rumah sewa saya di daerah ini. Kalau hari-hari biasa, pantang hujung minggu habis jer waktu persekolahan saya terus memecut ke kampung halaman. Nak stay lama-lama kat sini memang boleh jadi stress tau..macam terperuk je kat satu tempat...adeh!

Nak tahu kenapa saya tak balik kampung minggu ni? Ahahaaa...saya sedang menunggu kedatangan suami untuk menjemput kami dan seterusnya bergerak ke Kuala Lumpur. Saya ada mendaftar untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Ada tak sape-sape yang belum pernah dengar pasal seminar ni? Rasanya ramai yang dah tahu kot? Glamour kot Dr. Azizan ni kan...hihihihh..

Siapa rasa dia hebat, sila angkat tangan :)

Banyak feedback positif yang saya dengar daripada bekas peserta program IMKK. Sebab itulah hati saya tergerak untuk datang dan tengok sendiri apa yang bestnya tentang IMKK ni..nasib baik Encik Suami saya sporting dan sanggup datang dari Penang ke sini, sebelum bergerak ke Kuala Lumpur esok. Doakan perjalanan kami selamat ya :)

Secara ringkasnya, inilah yang bakal dipelajari daripada seminar tersebut :

Apa Yang Anda Akan Pelajari Daripada IMKK?


  1. Bagaimana untuk mengenali “Ketakutan” anda serta ramai manusia lain yg mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda.
  2. Bagaimana untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, Berjaya dan di berkati.
  3. Bagaimana menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera.
  4. Bagaimana untuk mendalami lebih jelas dengan matlamat anda serta berani untuk mencapainya.
  5. Bagaimana untuk memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.
  6. Jenis ketakutan manusia yang menjadi penghalang utama mereka memperbaiki hidup mereka atau mencapai apa sahaja impian mereka termasuk impian kejayaan mereka.
  7. Memahami 5K (Kebahagian, kesihatan, keberkatan, kekayaan dan kejayaan)
Semoga saya akan mendapat sesuatu daripada IMKK nanti. Insya Allah, dapatan saya daripada program tersebut bakal saya kongsikan di sini :) Mana tahu, suatu hari nanti anda juga bakal menjadi peserta IMKK :) 

Salam kekayaan dan kebahagiaan,
June Mohd.
SID 891221

Ahad, 19 Oktober 2014

Penangan Jeruk Mangga Muda....

Pagi ni bangun lebih awal dari biasa semata-mata nak siapkan kerja yang tertangguh. Sebenarnya, Group Nenda Shaklee kesayangan saya adakan cabaran #10hariblogFST... Walaupun 10 hari jer tapi tak ramai yang mampu istiqamah update entry tau (termasuklah saya)...sape yang berjaya mengharungi cabaran 10 hari ni akan dapat hadiah istimewa :)

Semalam adalah hari kesepuluh, tapi sayangnya saya tak sempat nak post entry pape pun di blog. So, hari ni kira nak qadha yang tertinggallah kan...hahaa...boleh pulak main qadha-qadha.

Ni nak update kisah jeruk mangga muda...Ya Allah, tengok gambar pun dah meleleh air liur..sape-sape yang preggy tu sure teringin kan. Kejap lagi, nak ke pasar terus cari bahan-bahan di bawah ni. Buat sendiri lagi puas hati...makanlah sepuas-puas hati nanti..

Ekceli dari weekend lepas saya teringin nak makan 'colek' betik muda...cicah dengan cuka yang dicampur cili api, garam dan gula..hasilnya sungguh mengujakan! Tapi sayang, saya tak berjaya menjolok buah betik muda ke bawah...tinggi tau pokoknya. Lagi tinggi daripada bumbung rumah mak saya... So, hasrat nak makan colek betik tertangguh buat seketika. Tak pe2...lepas ni kita kerjakan pokok betik tu habis-habisan...hahahaaa...gian punya pasal kan :p


Siapa yang rajin bolehlah cuba buat sendiri. Memang sedap ni :)

Mini Giveaway by Syira Lokman




Jom join Giveaway by Syira Lokman ni :)
Sama-sama kita support rakan blogger...


Selamat bersegmen ya :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Hanya untuk Hari Ini Sahaja :Vita-C Sustained Release Buy 6 Free 1

Sempena Grand Opening HQ Shaklee hari ini, pihak Shaklee telah bermurah hati untuk mengadakan Promo Vitamin Sustained Release...beli 6 percuma 1. Setahun yang lalu, Vitamin C SR pernah kehabisan stok selama berbulan-bulan lamanya. Habis resah semua peminat vit C ni tau...

Saya pun menggagau sama..so, lepas ni memang buat stok untuk diri-sendiri jugakla..bila stok licin tak delah angau-angau lagik...ahahaaa.

So, korang...tunggu apa lagi, promosi ni akan berakhir tepat pukul 11.59 malam ni tau...Kalau agak-agak nak share dengan family sorang sebotol, elok sangatlah tu...tahan 6 bulan ni...

Psssttt...kalau nak sebotol pun boleh...meh bisik-bisik kat saya :)


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 17 Oktober 2014

Projek Kuih Tepung Pelita



Hari ni bersemangat betul saya nak menjalankan misi membuat kuih tepung pelita kegemaran Faris. Kalau beli kat kedai macam tak puas je makan. RM2 baru dapat 5 biji. Tu pun Faris boleh habiskan sorang-sorang. Sebenarnya plan nak buat dari hari raya haji lagi, tapi tak berkesempatan. So, bila dah ada masa ni kita pulunlah kan...hihihii


Pagi-pagi lagi dah keluar rumah untuk mengambil daun pisang untuk dibuat bakul..lepas ni ni bolehlah buat bekas untuk mengisi kuih tepung pelita yang nak dibuat. Tapi mak cakap, kena tunggu daun pisang layu dulu barulah senang nak buat bakulnya.... so, terpaksalah saya tangguhkan projek tu hingga petang nanti...



Apa pun saya share resepinya dulu ye...senang je rupa-rupanya :)


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Ihsan Google

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur - jangan letak banyak sangat, nanti pahit.

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam

Cara :

  1.  Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
  2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
  3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
  4. 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
  7. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.

NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli.
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi.
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas.
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih.


Selamat Mencuba!

Khamis, 16 Oktober 2014

The Three Magic Words!

Assalamualaikum sahabat maya yang dikasihi...
Dalam banyak-banyak perkataan di dunia ni, agak-agaknya yang mana satukah perkataan yang memberikan hasil yang ajaib?Kalau nak tahu, hanya ada tiga perkataan ajaib di dunia ni tau. 
Tapi orang susah sangat nak ungkapkan ucapan sebegini. 
Mungkin kerana keegoan diri atau apa ye? Siapa tahu?



Terima kasih
● Maafkan saya
● Tolong

Ketiga-tiga perkataan ini tidaklah menjatuhkan darjat orang yang menyebutnya, malah menaikkan darjat kedua-dua yang memberi dan menerimanya.
Maafkan saya mengarut di pagi hari. Tolong faham yer. Terima kasih. Hihi...
Renung-renungkan. Sama-samalah kita amalkan tabiat ini. Mungkin kita dah terlepas pandang selama ni. 
P/S : Anak-anak jiran saya di kampung, dari kecil lagi mereka amalkan perbuatan berterima kasih setiap kali mengambil daun pandan di belakang rumah kami. Sejuk hati kami yang mendengarnya.

Shaklee Ambil Tahu : Shaklee Cares For Our Kids

Tahukah anda, Shaklee telah menawarkan suplemen untuk kesihatan kepada seluruh keluarga Shaklee hampir 60 tahun yang lalu. Mereka telah pun mendapat manfaat daripada nutrisi yang Shaklee bekalkan.

Nutrisi sangat penting kepada kanak-kanak sepanjang fasa tumbesaran mereka. Nutrisi yang lengkap membolehkan kanak-kanak membesar dengan lebih kuat dan sihat. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kanak-kanak mudah jatuh sakit dan sukar memberikan tumpuan ketika belajar.

Meal Shakes Shaklee membekalkan protein berkualiti tinggi, mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Shaklee Cares For Our Children merupakan projek yang memfokuskan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan nutrisi lengkap sepanjang fasa tumbesaran mereka.

Shaklee Malaysia menyumbangkan minuman nutrisi Meal Shakes bernilai RM1,000,000 kepada 2,000 keluarga kanak-kanak yang kurang berkemampuan selama setahun. MYKASIH telah banyak membantu dalam memilih keluarga yang betul-betul berkelayakan. Keluarga yang dipilih mestilah mempunyai anak berusia dari 4-12 tahun dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.

Semua pengedar Shaklee mempunyai peluang untuk menyertai program ini dengan membuat pembelian set promo Meal Shakes beli 3 percuma 1. Sepuluh peratus daripada nilai tersebutlah yang akan didermakan kepada projek kemasyarakatan Shaklee (CSR)
Jom kita support proagram membeli sambil beramal ni. Kira win-win situation jugak kan.


  • Shaklee Malaysia menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2,000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
  • Shaklee berhasrat untuk menjalankan tanggungjawab sosial melalui program bertajuk Shaklee Cares for Our Children
  • Menurut Presiden Shaklee Malaysia,matlamat penganjuran program ini adalah untuk menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak bagi supaya mereka lebih sihat.
  • Shaklee komited dalam memberikan sumbangan dan pada masa yang sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami
  • Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Mama, Faris Lapar.....

Aduhai anak...baru jer makan sepinggan mi goreng basah kat kedai makan tadi, selang tiga jam merayu-rayu mintak makan lagi...

''Mama, Faris tak makan lagi hari ni. Faris nak makan apa ek malam ni?'' Aik...boleh pulak Faris buat statement macam tu...padahal baru je makan awal petang tadi. Mama pun masih kekenyangan lagi tau..

 Tak sabar-sabar tunggu mi goreng beliau tiba.

Ikutkan malas sungguh nak melayannya. Papa dah pesan supaya kawal makan si Faris. Kalau tak mahunya naik berkilo-kilo lagila gamaknya. Sekarang pun dah hampir 30 kg gamaknya. Terpaksalah mama buat tak tau...bolayan kan aje permintaan si anak. Macam kejam je pulak bunyinya..huhuhhh.

At last, Mama terpaksa mengalah jugak. Tapi kali ni bagi Faris makan sekeping keju Chesdale yang kebetulan ada dalam peti sejuk...lepas tu buatkan segelas minuman coklat bersama Meal Shakes yang sejuk untuk Faris. Bolehlah buat tutup mulut beliau yang mula bising tu... Tak sangguplah Mama nak masak mi goreng basah tengah-tengah malam macam ni...anak oh anak!

P/S : Sebelum tidur, jangan lupa telan omega ye nak. Biar sel-sel otakmu semakin berhubung. Faris ni 'hantu' omega. Chewable Vit-C pun dia suka...alhamdulillah sistem imun beliau boleh dikatakan agak kuat... 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221