Selasa, 30 September 2014

Kesan Bahan Pencuci Sintetik kepada Manusia dan Alam Sekitar

Nampak Bersih Tapi Tidak Selamat!


Baru-baru ini bersungguh saya menerangkan kepada ibu untuk bertukar kepada sabun pencuci yang selamat dan mesra alam. Selama ini, ibu saya lebih gemarkan sabun pencuci yang berbau harum dan wangi tanpa mengira kesan sampingan yang mungkin timbul di kemudian hari. Jangan tak tahu, terdapat bahan kimia dalam sabun yang baunya lebih wangi berbanding pencuci yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Sebenarnya, masyarakat Malaysia masih tidak begitu sedar tentang bahayanya penggunaan bahan pencuci sintetik kepada diri mereka mahu pun alam sekitar. Saya pun baru je ada kesedaran tentang ni, jadi saya nak berkongsi dengan anda semua :-)


Bahaya di rumah.


Kesan Pencuci Sintetik kepada Alam

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka penggumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik. Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang tergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain itu, pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser.

Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar kepada bahan pencuci yang mudah terurai dalam alam sekitar.

Cara mengenalpasti pencuci sintetik

Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelakkan daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada B.A.S. bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-

  • Flourescent. Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih. Ia dipercayai boleh menyebabkan penyakit barah dan gangguan kesihatan lain.
  • Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan ke dalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
  • Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
  • Garam beralkali juga biasa dicampurkan, di antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kesan Peluntur Pakaian Kepada Manusia

Tahukah anda, bahan peluntur yang biasa kita gunakan untuk memutihkan baju sekolah anak-anak boleh mendatangkan kesan mudarat kepada mereka tanpa kita sedari? Tak kisahlah jenama apa sekali pun, bahan peluntur yang kita gunakan tu akan meninggalkan kesan racun kimia yang melekat kuat pada pada pakaian. Ia takkan hilang dengan mudah walaupun telah dibilas berkali-kali. Dan..... bahan inilah yang menjadi racun kerana ia boleh meresap masuk ke dalam liang roma ketika mereka berpeluh. Apa pula kesannya kepada anak-anak kita?



Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kanser Negara di Amerika Syarikat menunjukkan, sekitar tahun 2013 seramai satu per tiga (33%) daripada responden adalah pesakit kanser dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 50% menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!

Khas untuk kaum wanita, sila baca artikel ini : Bahan Kimia Penyebab Kanser Payu Dara

Maka dengan itu, saya memilih untuk menukar jenama pencuci kepada yang lebih selamat untuk saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi semenjak ada anak ni, saya jadi lebih peka dan sensitif.

Gambar sekadar hiasan

Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan setiap hari. Katakanlah, sabun pencuci pinggan yang kita gunakan tu diperbuat daripada bahan kimia, agak-agaknya selamat tak pinggan yang kita gunakan untuk menghidangkan makanan tu? Fikir-fikirkanlah....


Set pencuci yang selamat dan tahan berbulan-bulan lamanya. Inilah buah hati pengarang jantung saya kerana ia SANGAT memudahkan kerja-kerja mencuci di rumah :-)


P/S : Jika anak anda mudah atau kerap jatuh sakit tanpa sebab, mungkin anda boleh mula menyemak bahan pencuci yang anda gunakan di rumah. Belum terlambat untuk bertukar kepada produk yang lebih selamat.

Rujukan :



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

I'M A MONEY MAGNET!

Ahahahaaa..what happen to you June? Tiba-tiba jer terasa nak buat tajuk ni...tak salah kot. Kita adalah apa yang kita fikirkan...tak kesian ke kat diri kita kalau asyik fikir negatif je tentang diri-sendiri.

Sebenarnya, kita kena sayang diri kita dulu sebelum kita boleh menyayangi orang lain. Kalaulah bukan kita yang sayangkan diri-sendiri, nak harapkan siapa lagi kan?

Lagi satu, kita hanya akan dapat perkara yang kita sering fikirkan. Kalaulah hari-hari kita fikirkan perkara yang tak baik tentang diri kita, agak-agak apa yang akan berlaku? Like attracts like...

Menurut Prof. Muhaya Mohamad, seorang pakar mata dan juga pakar motivasi yang sangat saya kagumi, minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda separa segar ni beliau gelarkan sebagai 'minda segar'. Minda sedar hanya memainkan peranan sebanyak 10% sahaja manakala 90% lagi dikawal oleh 'minda segar'. 

Sebab itulah, sebarang pemikiran negatif hanya akan merugikan diri kita sendiri. Alangkah bagusnya kalau minda segar kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Macam mana nak optimumkan penggunaan minda segar? Setiap hari, 'bercakaplah' kepada diri kita tentang perkara yang baik-baik, beritahu diri kita apa yang kita harapkan daripada 'dia'....harapan tu mestilah harapan yang positiflah kan. Begin with the end of mind, dan kita pasti terkejut dengan hasilnya. Katakan impian kita nak financial freedom ke...nak rumah besar dan luas ke...nak anak ramai ke...nak Ferrari ke tak kisahla...yang penting, setiap hari, kita WAJIB visualise kan semua impian yang kita nak tu. 

So, hari ni saya nak mulakan visualize semua impian yang saya mahukan. Satu daripadanya ialah :

Sape-sape yang nak jadi money magnet bersama-sama saya jom kita visualize....begin with the end of our mind OK!

Salam sayang, 
June Mohd.

B Complex! One Big Happy Family...

B Complex merupakan vitamin penting yang saya perlu ambil setiap hari. Saya sukakan B Complex kerana ia membantu saya untuk kekal cergas, dan juga membantu saya untuk menangani tekanan ketika berada di tempat kerja mahu pun di rumah. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu bekerjaya yang berjauhan dari suami dan saudara-mara. Ibaratnya, saya sebatang kara di sini...tapi saya tahu yang saya ni kuat...I'm a very strong person...kalau tak, masakan saya diuji sebegini...kan?

Semua vitamin B dalam kumpulan B Complex sangat berkait rapat antara satu sama lain. Cuba andaikan B Complex terdiri daripada 8 adik-beradik dan 4 saudara sepupu.

Secara asasnya, B Complex terbahagi kepada 8 jenis iaitu :

Thiamin atau Vitamin B1. Thiamin diperlukan untuk melindungi sel manusia, terutamanya sel saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Juga diperlukan untuk fungsi mental terutamanya untuk memori. Turut diperlukan untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga.

Riboflavin, atau Vitamin B2. Sangat penting untuk menukarkan tenaga kepada makanan. Juga penting untuk pertumbuhan yang normal, pembentukan sel darah merah yang sempurna dan menghasilkan horomon-hormon dalam badan.

Niacin, atau Vitamin B3. Terlibat melancarkan 50 proses kimia dalam badan, baik untuk menukarkan makanan kepada tenaga sehinggalah menghasilkan hormon untuk detoksifikasi proses kimia yang lain semuanya bergantung kepada niacin.

Pantothenic acid, atau Vitamin B5. Bekerjasama dengan vitamin B lain untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga.. juga diperlukan untuk menghasilkan vitamin D, hormon tertentu dan sel darah merah.

Pyridoxine, atau Vitamin B6. Tugas utamanya adalah untuk mengawalatur asid amino dalam menghasilkan 5000 jenis protein yang diperlukan oleh badan untuk bekerja dengan sempurna. Turut terlibat dalam menghasilkan 60 jenis enzim yang berbeza.

Biotin, atau Vitamin B7. Biotin turut diperlukan dalam banyak proses dalam badan iaitu untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga yang kita perlukan. Adakalanya biotin turut dikenali sebagai vitamin H.

Folic acid, atau Vitamin B9. Tugas utama asid folik adalah untuk membolehkan sel badan kita berkembang dan membahagi dengan sempurna. Sebab itulah, doktor biasa mencadangkan asid folik kepada wanita apabila mereka disahkan hamil. Ini penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan. Juga membantu untuk mengawal 'mood', selera makan dan tidur yang lebih lena. Penting untuk mengurangkan serangan jantung dan strok dengan membantu arteri sentiasa 'terbuka'.

Cobalamin, atau Vitamin B12.  Diperlukan dalam banyak proses dalam badan iaitu untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga yang kita perlukan. Membentuk lapisan pelindung pada permukaan sel saraf dan memastikan sel darah merah kita kekal sihat. Turut berperanan mengelakkan penyakit jantung. 

Kesemua 8 vitamin B dalam badan memainkan peranan masing-masing untuk membantu sel dalam badan menjalankan fungsi dengan sempurna. Sekiranya badan kita kekurangan salah satu daripada vitamin B, vitamin-vitamin B yang lain tidak boleh menjalankan tugas 'mereka'. Jadi, sangat penting untuk kita melengkapkan kesemua 8 jenis vitamin B yang ada.

Macam mana nak dapatkan kesemua 8 jenis vitamin B tu? Kalau saya, saya pilih B Complex keluaran Shaklee kerana ia lengkap dan mampu memenuhi keperluan vitamin B dalam badan saya. Selepas mengetahui segala fungsi vitamin B di atas, saya yakin anda juga patut amalkan vitamin semula jadi ini.



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 29 September 2014

Side Income Bersama Shaklee


Saya percaya, masih ramai rakan-rakan yang sedang tercari-cari side income untuk menampung perbelanjaan yang kian meningkat. Seringkali saya terdengar rungutan rakan sekerja, kalau naik gaji pun tetap sama je keadaannya...sebab harga barang yang naik lagi banyak daripada gaji yang diterima. Macam tak bersyukur je bunyinya? tapi inilah realiti kehidupan kita hari ini.

Ramai jugak yang beritahu nak tambah side income...tapi, semangatnya hanya di permulaan semata.. Kalaulah betul-betul nak cari side income, kenalah fokus dan komited dengan jalan yang kita pilih.

Lagi satu, sebelum memilih mana-mana bisnes untuk tambah pendapatan sampingan, saya cadangkan anda buatlah solat istikharah terlebih dahulu. Minta pada Allah supaya ditunjukkan jalan yang terbaik kepada anda. Once dah dapat jawapan, jangan berpaling lagi. Teruskan melangkah maju ke hadapan. Make a small step everyday, dan anda pasti sampai ke puncak kejayaan. Yang penting jangan pernah berhenti berusaha....


Mengapa kita tak boleh cepat mengalah? Sebabnya, Allah bagi kita peluang untuk belajar sesuatu. Allah mahu kita belajar untuk tidak gopoh mencapai kejayaan yang kita inginkan.

Kalau betullah anda nak ubah hidup, kena mulakan sekarang. Yes. SEKARANG!!! Apa yang anda buat hari ini menetukan siapa anda 10-20 tahun akan datang. Waktu muda-muda ni lah kalau nak bekerja keras pun...betul tak?

Terasa nak join Shaklee? 




Anda berminat nak buat side income dengan Shaklee?

Bimbingan diberi secara percuma. Kami juga ada menyediakan group support yang eksklusif hanya untuk mereka yang berdaftar di bawah kami sahaja.


Hubungi saya untuk mendaftar.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221







Tiga Cara Atasi Stress dengan Mudah

Sebelum tidur setiap malam, saya cuba amalkan untuk membaca sekurang-kurangnya dua muka surat buku motivasi atau pun bahan bacaan yang berinformasi. Barulah sel-sel otak sentiasa bekerja dan tak mudah nyanyuk apabila dah tua nanti.

OK...malam ni saya memilih untuk membaca buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar, pakar motivasi yang terkenal dengan Program 3E tu....beliau kongsikan tentang tips mudah untuk mengatasi stress.



Stress perlu kita tangani dengan baik dan bijak supaya kita boleh manipulate rasa stress untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. 'Happy'kan hidup anda, maka anda tak akan rasa stress. 'Happy' dengan kerja, 'happy' dengan keluarga, 'happy' dengan kehidupan dan jadikan tekanan sebagai 'booster' untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup kita.

Cara Mengatasi Stress dengan Mudah

  1. Jaga solat. Sembahyang cuba lakukan di awal waktu lima kali sehari. Nak lagi cantik, tambahlah dengan solat-solat sunat seperti Dhuha, Tahajud, solat istikharah dan sebagainya. Dalam solat, ibaratnya kita mengadu, meminta, merayu dan memohon ampun kepada Allah. Tekanan boleh hilang apabila kita luahkan kepada 'orang' lain. Mengadu pada Allah, tentu boleh buat kita rasa lega yang amat...
  2. Aktifkan hidup dengan pelbagai aktiviti. Orang yang aktif tak sempat kot nak rasa stress. Sebabnya, masa mereka lebih banyak terisi dengan benda-benda berfaedah. Orang yang cemerlang adalah orang yang aktif, bukannya orang yang duduk melangut saja-saja. 
  3. Tips ketiga, minum air kosong banyak-banyak. Lagi banyak air kosong yang diminum, lagi kurang kesan stress pada diri anda. Nak tahu mengapa? Air kosong memang sangat diperlukan oleh sel tubuh untuk bekerja dengan lebih sempurna.
Akhir sekali, anda juga boleh mengamalkan teknik pernafasan 3E iaitu tarik nafas dalam-dalam. Simpan dalam dada sekitar tujuh saat, kemudian lepaskan. Ulang teknik ini sebanyak tiga kali berturut-turut.

Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok yang bakal ditempuh adalah lebih baik berbanding hari ini.

Sekian.

Assalamualaikum w.b.t :-)

Ahad, 28 September 2014

Tips Atasi Mabuk dan Loya ketika Hamil

Berita kehamilan menjadi saat yang paling dinantikan bagi pasangan yang berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga. Menurut kajian, 8 per 10 daripada wanita yang hamil akan mengalami rasa loya dan mabuk sepanjang tiga bulan pertama kehamilan mereka. 

Namun ada juga  wanita yang hamil tanpa sebarang alahan. Cemburu juga dibuatnya kan? Saya pernah mengenali seorang teman yang mabuk teruk dari awal hingga ke hujung kehamilan. Ini menyebabkan beliau lemah dan tidak berdaya sehingga memaksa beliau mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Kasihan juga saya melihatnya.


Apakah Cara yang Sesuai untuk Atasi Mabuk ketika Hamil?

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna bagi mereka yang menghadapi masalah mabuk ketika hamil :

  • Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
  • Amalkan makanan yang yang membantu untuk mencegah muntah seperti protein, keju, susu, buah-buahan, mentega kacang, biskut kraker dan sebagainya.
  • Makan buah-buahan yang masam tetapi elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia memberikan kesan yang kurang elok jika anda mempunyai gastrik.
  • Elakkan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah seperti makanan berminyak, berkafein serta makanan yang manis seperti kek, coklat dan sebagainya.
  • Jauhkan diri daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan anda muntah.
  • Cuba tarik nafas dalam-dalam, mungkin ia boleh membantu masalah loya anda.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk menyejukkan badan dan mengelakkan rasa loya daripada berlarutan.
  • Jika sudah tak mampu menahan rasa loya, tidur adalah jawapan terbaik.
  • Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau pun sebelum tidur.
  • Amalkan menambahkan halia dalam menu harian anda. Pasti melegakan rasa mual yang tidak berkesudahan itu.



  • Sekiranya tips-tips di atas kurang berkesan, mungkin anda boleh mencuba vitamin/ suplemen khas untuk mengatasi mabuk ketika hamil seperti B Complex (mengandungi vitamin B6 yang berkesan untuk mengurangkan rasa mual) dan Peppermint Ginger Plus.

  • Pastikan anda minum air cukup 3 liter bagi mengelakkan kekurangan bendalir dalam badan yang hilang dan mengelakkan masalah sembelit yang serius. Jika tak mampu nak minum air, mungkin Performance drink boleh membantu untuk 'lock' cecair dalam badan dan mengelakkan kekeringan yang serius.
  • Berjumpalah doktor sekiranya keadaan anda semakin serius.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Kenali Punca Sebenar Cyst dan Fibroid

Berikutan daripada isu seorang pengguna yang mendakwa salah satu daripada produk Shaklee yang beliau 'consume' selama dua-tiga bulan dan telah menyebabkan cyst dan rahimnya bengkak, sampai hari ini saya masih diajukan soalan oleh pengguna yang terkesan dengan 'testimoni' beliau.

Kat sini saya ingin berkongsi satu artikel supaya lebih ramai mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang punca sebenar cyst boleh terjadi. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebelum melatah tidak tentu fasal, ada baiknya penuhkan ilmu di dada. Banyakkan membaca barulah tahu apa yang berlaku. Risau juga kalau-kalau kita hebahkan perkara yang belum ada kesahihan, takut pula sekiranya cerita tu menjadi fitnah pula. 

Jangan tak tahu, pihak Shaklee akan mengambil tindakan ke atas penyebar berita palsu tentang Shaklee. Ini adalah untuk memelihara reputasi Shaklee daripada penyebaran berita-berita palsu oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. 

Nasihat saya, lepas ni kalau ada perkara yang meragukan, bolehlah terus menghubungi pihak Shaklee Malaysia...Insya Allah, aduan anda akan segera diberi perhatian.




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sejarah Hidup Pengasas Shaklee Corporation


Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, keghairahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Sejak dahulu lagi, beliau telah sedar jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Ianya juga merupakan salah satu sebab Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.

Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Kisah Hidup Dr. Shaklee



Sr Dr Forrest C Shaklee, dilahirkan di tengah-tengah bandar Amerika pada tahun 1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah mengubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91.



Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.

Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa seperti beliau.
Rujukan : Kisah Hidup Dr. Forrest C. Shaklee

Menarik kan kisah Dr. Forrest Shaklee? 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221 


Sabtu, 27 September 2014

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini..

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)

Jumaat, 26 September 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Musim-musim kemerdekaan ni, hati saya cukup tersentuh apabila menghayati lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Lirik dan senikata cukup indah dan penuh dengan makna yang tersirat.

Betapa bertuahnya kita kerana masih mempunyai sebuah negara yang aman untuk didiami. Namun, ada juga pihak yang tidak bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapai. Sesungguhnya, mempertahankan kemerdekaan itu lebih sukar berbanding memperjuangkan tanah air untuk mendapatkan kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Semoga negara kita Malaysia akan terus merdeka dan mencapai kemajuan seperti yang diharapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad. Lagi enam tahun untuk kita mencapai Wawasan 2020. Diharapkan kemerdekaan kita akan berterusan sampai bila-bila. Jangan lupa untuk merdekakan minda kita daripada terjajah. Celik minda, celiklah hati...Insya Allah.



Lirik Lagu Warisan – Sudirman

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

[Chorus]
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

[Ulang chorus]

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Krim Herbal Blend untuk Mengurangkan Demam

Semalam Faris kelihatan agak kurang bersemangat berbanding hari-hari biasa, mungkin kerana kepenatan akibat berendam di kolam dan pantai semasa menyertai Hari Keluarga anjuran sekolah Mama tempoh hari. Suara Faris pun dah bertukar menjadi serak-serak basah. Biasanya kalau nampak kesihatan Faris kurang baik, saya akan cepat-cepat berikan Faris satu sachet Nutriferon. Alhamdulillah, selepas dua-tiga sachet pengambilan Nutriferon, kesihatan Faris semakin pulih. 

Tapi kali ini kami telah kehabisan stok Nutriferon. Jadi, tak dapatlah nak mencegah dengan lebih awal lagi. Siang tadi, badan Faris bukan main panas lagi. Sempatla saya lapkan basah badannya dengan air sejuk. Performance juga menjadi suplemen yang wajib diambil jika kami sekeluarga demam. Alhamdulillah cukup-cukup membantu untuk menyejukkan badan. 



Untuk meredakan demam Faris dengan lebih cepat, saya juga menyapu krim Herbal Blend setiap kali selepas mandi. Ini adalah bertujuan untuk menyejukkan badan dari luaran. Tidak lama selepas itu, badan Faris akan berpeluh-peluh dan kembali sihat seperti biasa.

Memang tak sangka jugalah krim Herbal Blend membantu menurunkan panas badan ketika demam. Sebelum ini saya sangkakan krim tersebut hanya sesuai digunakan merawat ruam lampin, kulit kering, kesan gigitan nyamuk atau pun ekzema. Untuk sejukkan badan pun boleh juga rupanya. Ini yang saya alami sendiri lah...bukan overclaim tau.

Apa lagi yang saya suka tentang krim Herbal Blend ialah, kesannya yang sedikit berangin dan memberikan rasa yang tenang kepada pemakainya. Sebelum tidur. tidak sah kalau saya tak oleskan krim ini ke tangan dan bahagian kulit yang agak kering. Lepas tu, bolehlah saya tidur dengan tenang.

So, kalau korang pun nak cuba krim Herbal Blend ni bolehlah hubungi saya ya... rugi kalau tak cuba sendiri. Yang penting, rumusannya bebas daripada bahan kimia dan selamat digunakan seisi keluarga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 23 September 2014

Set Anak Bijak Sihat Shaklee

Sejak akhir-akhir ini saya dah tak perlu ingatkan Faris untuk makan suplemen for kids setiap hari. Bila tiba waktu makan vitamin, dia akan ingatkan saya untuk memberikan vitamin kepadanya. Pagi-pagi selepas sarapan Faris akan kunyah Chew vita-C. Rasa buah oren yang masam-masam manis tu sangat digemarinya. Ada sekali tu, Faris sampai nak bawa 'gula-gula' @ Chew C beliau ke rumah pengasuh. Nak berkongsi dengan kawan-kawan katanya :-) Boleh tahan pemurah jugak Faris ni ye...



After lunch, saya bekalkan Faris dengan Omega Guard. Ketika mengandung hari tu saya tak ambil minyak ikan apa-apa. So, sepanjang menyusu dan selepas berhenti susu saya bekalkan khasiat minyak ikan kepada Faris. Risau jugak kalau otak Faris tidak dapat berkembang seperti sepatutnya. Tambahan pula, Omega Guard banyak lagi fungsi lain terhadap kesihatan buah hati pengarang jantung saya ni...Alhamdulillah, Faris suka Omega Guard dan senang je nak suruh dia makan setiap hari... Kalau ubat, alamatnya bertuahla kalau dia nak telan :p

Meal Shakes pula Faris akan request bersama segelas susu sebelum tidur. Ada ketikanya, Meal Shakes yang sedap tu diratah begitu sahaja macam Faris ratah Milo. Bukan setakat rasanya yang hebat, bau vanilla Meal Shakes pun dah cukup buatkan sesiapa sahaja teruja untuk mencuba... Faris boleh sampai tahap merayu-rayu kalau Mama terlambat sediakan susu Meal Shakes kesukaannya...sabar jelah kan?

Kalau nak tahu bagus ke tak set ini, cubalah dulu...lepas tu baru boleh lihat sendiri perbezaan kat anak-anak...set ini boleh tahan sehingga 2-3 bulan...tak mahal pun jika dibahagikan kepada 90 hari... harga sekitar RM3.20 je sehari. Yang penting....anak sihat, hati ibu pun bahagia..tak perlu lagi ibu ambil cuti emergency bila anak sakit...pengasuh pun suka bila jaga kanak-kanak yang sihat dan cergas :-) Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Kebaikan Basic H yang Saya Suka

Siang tadi saya dok belek-belek buku Product Guide Shaklee yang terkini. Baru sahaja saya order dari HQ, dalam masa tiga hari buku tu dah sampai. 

Saya nikan..semakin banyak dapat info tentang Shaklee, semakin jatuh cinta...teruk betullah SID Shaklee ni kan...dengan produk pun boleh jatuh cinta. Serius cakap, kebanyakan daripada kami menyertai Shaklee kerana berpuas hati dengan keunggulan produknya. 

Kalau korang kurang percaya, silalah cuba sendiri produknya. Jika terjebak, jangan salahkan saya pulak ye :-P

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit fakta tentang Basic H.

Basic H merupakan sabun pencuci biorosot  sejak tahun 1960 lagi. Ini menjadikan Shaklee sebagai syarikat yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda, dan juga bumi yang kita diami.


Tips penggunaan Basic H



Dalam beberapa tahun yang lalu, jualan sabun pencuci Basic H yang menjimatkan ini dikatakan berjaya menghapuskan penggunaan botol-botol pencuci jenama lain yang mampu mengelilingi Bumi sebanyak 18 kali!!!!



Basic H diperbuat daripada bahan semulajadi seperti hampas kelapa dan jagung. Ramuan ini bukan sahaja selamat dan tidak bertoksik. Ia sangat diformulasikan tanpa bahan kimia berbahaya dan hanya beberapa titis diperlukan untuk memberikan hasil cucian yang sungguh menakjubkan!

Selain selamat untuk diri dan keluarga, saya juga sukakan Basic H kerana ia tidak perlu dibilas. Cukup dengan sekali lap, ia meninggalkan kesan berkilauan dan bersih yang sukar dipercayai!

Tak percaya? Jangan risau...dulu pun saya macam anda jugak...ada ke patut mop lantai dengan sabun tapi tak perlu dibilas...tak licin ke lantai tu?

Kalau tak bagi peluang pada diri-sendiri untuk cuba, memang rugilah kan...lagi pun kalau tak bagus, masakan ciptaan sejak tahun 60-an masih bertahan hingga sekarang....dah 54 tahun tu...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 22 September 2014

Sudahlah Demam tapi Enggan Makan Ubat

Dua hari ni tekak terasa sangat perit. batuk-batuk kecil dah mula kedengaran. Makin ditahan makin menjadi.

Saya cuba bertahan untuk tidak ke klinik. Risau pula kalau doktor bagi MC dan suruh saya berehat. Lagi pun, saya cuba mengelak daripada makan ubat.

Apa yang saya lakukan untuk mengurangkan batuk, selsema dan demam ringan ni adalah dengan mengambil dosage vitamin lebih banyak berbanding hari biasa. 

Selama bercuti saya tidak membawa multivitamin, iaitu Vita-Lea pulang ke kampung. Macam mana saya boleh tertinggal botol vitamin kesayangan tu pun tak tahulah. Mungkin suasana hari terakhir persekolahan yang agak kalut berbanding biasa kot.

Kali ini suami yang dapat menjemput, jadi saya perlu cepat untuk ikut masa yang suami tetapkan. Tak seronoklah kalau buat si dia menunggu terlalu lama.

Bagi saya, makan Vita-Lea mampu mengurangkan risiko daripada kerap jatuh sakit. Itu yang saya perasan kerana dah berbulan-bulan saya tak demam! Alhamdulillah..

Vitamin untuk Mengurangkan Demam, Sakit Tekak dan Batuk


Performance sangat membantu untuk mengurangkan suhu badan saya yang panas.

Saya ambil Vitamin SR yang telah dipatahkan dua kali sehari untuk meredakan sakit tekak.

Garlic juga saya gandakan pengambilan sebagai alternatif untuk antibiotik.

Nutriferon adalah agen imunisasi terbaik. Tapi sayangnya stok yang ada dah makin susut....harapnya cepat-cepatlah stok baru sampai.

Vita-Lea dan B Complex adalah wajib untuk saya bagi mengelakkan kelesuan melampau akibat demam. Tak adalah asyik tak ada mood je kan.

Ahad, 21 September 2014

Cerita-ceriti Ketika Cuti Sekolah

Hari ni merupakan hari kedua persekolahan bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Kami telah bercuti selama seminggu sempena cuti Pertengahan Penggal Kedua. Agenda waktu cuti sekolah baru-baru ni ialah Family Day SMK Bandar Chiku. Selebihnya adalah aktiviti biasa-biasa aje.

Last week saya mengerjakan kebun kecil di belakang rumah Emak. Punyalah geram bila tengok rumput yang dah mula panjang. Nak harapkan Emak kemaskan belakang rumah tu memang taklah... manalah larat kudrat seorang warga emas nak membersihkannya.

Ihsan Google

Jadi, saya dengan rajinnya meringankan diri untuk membersihkan semak-samun di belakang rumah. Hari pertama, berjam-jam saya berada di kebun tu. Sampai tengah hari jugalah. Cuaca pulak redup-redup sahaja lagilah seronok sehinggi tak sedar matahari dah meninggi.

Nyamuk dan agas berebut mengekori saya. Tapi saya dah buat persediaan awal. Pakai baju long sleeves, berseluar panjang dan bertudung litup lagi tu. Kaki je tidak berkasut. Jadi, kaki sayalah yang menjadi tumpuan gigitan nyamuk. Sempat jugak saya digigit dua ekor pacat....

Semua dugaan kecil tu tidak mematahkan semangat saya untuk membersihkan kebun. Seronok sangat bila tengok kawasan belakang rumah Emak yang semakin kemas. Maka saya pun berazam untuk meluaskan kawasan jajahan saya keesokan harinya. 

Hari kedua, saya bangun pagi-pagi dengan bersemangat. Sebelum tidur malam saya dah telan siap-siap Ostematrix supaya badan tak terasa lenguh atau sakit urat akibat terlebih bekerja di siang hari. Alhamdulillah hasilnya berlaku seperti yang saya harapkan.

Masuk hari ketiga, badan saya dah mula rasa tak sedap. Nak kata demam tak demam. Sesekali bila kurang sihat tu barulah terasa betapa nikmatnya kesihatan. Betul tak? Moral of the story, nak buat apa-apa pun biarlah berpada-pada. Dahlah lama tak bersenam. Sesekali bila dapat cangkul, mulalah berkebun tak ingat dunia...hihihhhh...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :



June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sabtu, 20 September 2014

Punca Suplemen tidak Berkesan kepada Pengguna

Makan Vitamin tapi tidak Berkesan

Dalam zaman moden seperti sekarang, suplemen semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat. Kesedaran untuk masyarakat untuk mengenepikan duit poket untuk membeli suplemen juga semakin meningkat. Ini merupakan perkembangan yang sangat positif. Malah peratus jualan suplemen ( vitamin Shaklee) pada tahun 2013 juga telah bertambah sebanyak 300% berbanding tahun-tahun sebelum ini! Alhamdulillah.

Setakat ini telah ramai pelanggan saya yang memberikan maklum balas positif setelah mengamalkan Shaklee. Ada yang sakit lututnya semakin berkurangan, kolesterol dalam darah makin menurun, bacaan gula dalam yang tinggi akibat diabetis sebelum ini telah kembali normal dan ibu-ibu yang sedang berpantang berasa lebih cergas setelah mengamalkan suplemen. Saya juga sangat teruja dengan kemeriahan susu badan yang dialami oleh sahabat saya selepas mengambil suplemen. Alhamdulillah, murah rezeki bayi beliau.

Betul ke suplemen Shaklee boleh membantu kita untuk hidup lebih sihat? Bagi saya, jawapannya iya kerana saya telah mengalami perbezaannya sendiri. Sebab itulah saya begitu teruja untuk berkongsi kebaikan vitamin Shaklee kepada anda semua :-)



Ada juga orang yang mengambil suplemen Shaklee namun begitu mereka masih belum dapat merasakan sebarang perubahan positif. Sesetengah tu keadaan mereka bertambah-tambah teruk pula jadinya. Sungguh mengecewakan bukan?

Nasihat saya, sebelum membuat sebarang pembelian, eloklah anda memilih pengedar Shaklee yang benar-benar bertauliah. Bukan daripada pengedar yang hanya tahu menjual untuk mendapatkan 'point' sahaja. Ada beza tau..insya Allah saya bukan jenis itu :-) Jika ada sebarang masalah bolehlah rujuk terus kepada pengedar yang anda beli tu kan..

Agak-agaknya, mengapa ya suplemen lambat memberi kesan kepada badan? Sesetengah orang tu badan mereka cepat sangat memberikan tindak balas yang positif setelah mengambil suplemen. Dalam masa seminggu je dah nampak perbezaannya. Bertuahnya orang-orang sebegini kan? Cemburu saya dibuatnya...anda nak tahu kenapa? Badan saya bukanlah jenis yang mudah memberi tindak balas terhadap vitamin. Kena sabar, sabar dan sabar baru dapat lihat kesan positifnya.

Punca suplemen kurang berkesan kepada badan?

1. Vitamin tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kerana bahagian usus kecil yang menyerap zat makanan dipenuhi dengan toksin dan tinja yang telah lama tersimpan dalam badan. Sebab itulah saya biasa mencadangkan pelanggan untuk detox dengan Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengambil vitamin-vitamin lain.

2. Tidak mengambil air kosong yang mencukupi.

Jadi vitamin sukar menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Badan tak cukup air, macam mana vitamin nak diserap oleh badan. Setelah mengambil suplemen, seharusnya anda kena minum lebih banyak air kerana kepekatan darah telah bertambah. Sukar nak minum air banyak-banyak? Mungkin ada boleh cuba tips minum banyak air di sini.

3. Tidak mengikut dos atau sukatan pengambilan yang betul.

Contohnya, kita ambil Alfalfa Complex untuk resdung. Sukatan yang disarankan adalah 10 biji sehari. Tetapi kita hanya mengambil 3-4 biji sahaja setiap hari, maka kesan yang diharapkan akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum menampakkan hasil yang diinginkan.

4. Tidak ISTIQAMAH makan suplemen.

Contoh terdekat yang boleh saya kongsi, macam ibu saya sendiri. Ibu mengambil Set Kesihatan Sendi untuk sakit lutut yang beliau deritai sejak bertahun-tahun dulu. Tetapi beliau tidak mengambil vitamin dalam jumlah yang betul dan mengikut sukatan yang diberikan. Sebab itulah, walaupun telah makan set tersebut selama berbulan-bulan namun lutut ibu masih sakit-sakit. Hampir tiada perubahan positif yang berlaku! 

Rupa-rupanya, setelah saya selidik Ibu tidak mengamalkan vitamin dalam jumlah yang betul....risau overdose kata beliau... sekarang ni ibu dah mula makan vitamin mengikut sukatan yang saya berikan...dan alhamdulillah, dah nampak perbezaannya walaupun tak banyak sangat..

5. Mengamalkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Ramai yang mengamalkan minuman berkafein seperti teh dan kopi walaupun ketika mengambil suplemen untuk kesihatan. Tahukah anda, pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. 


Kita tidak mendapat manfaat pun dari pengambilan vitamin yang kita makan. Sebabnya, vitamin akan rosak disebabkan kafein yang diambil secara berterusan. Rugi je kan beli vitamin mahal-mahal tapi tiada manfaat yang diperoleh.

6. Makan vitamin dengan ubat.

Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat. Kepada pengguna yang masih dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak. Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru kerana ada dua 'benda' yang berbeza masuk dalam badan sekali gus. Jadi, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Sebaik-baiknya, cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.

7. Makan banyak vitamin dalam satu-satu masa.
Ada juga orang yang malas untuk makan vitamin beberapa kali dalam sehari. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan makan semua jenis vitamin sekali gus. Tabiat ini tidak wajar diamalkan kerana ia menyebabkan  buah pinggang agak terbeban pada satu-satu masa tertentu sahaja. Cuba jarakkan beberapa jam untuk setiap jenis vitamin. Rancanglah waktu pengambilan vitamin dalam waktu yang berbeza supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan. Barulah dapat manfaatnya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221