Selasa, 22 Julai 2014

Tips untuk Kekal Bertenaga ketika Qiammullail

Assalamualaikum w.b.t :-)

Pernah dulu seseorang yang agak rapat dengan saya bercerita bahawa satu perkara yang dia kurang selesa sewaktu Ramadhan tiba adalah kerana jadual makan, minum dan tidur mengalami perubahan ketara. Ini menyebabkan badan terasa amat lesu, lemah longlai dan kurang bertenaga. Akibatnya, beliau sering tidur semula selepas subuh, sering tersengguk-sengguk ketika membaca al-Quran dan tak dapat bertarawih di masjid kerana terlalu mengantuk setelah berbuka puasa. Bayangkan kalau keadaan sebegini berlarutan sehingga sebulan lamanya. Bila masanya beliau nak beribadah? Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang untuk beribadah sepuas-puasnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Saya percaya, ramai juga yang mengalami 'masalah' yang sama seperti beliau. Kasihan kan?

Sebab itulah, mengamalkan suplemen sangat penting bagi saya. Kalau hari ini kita tak bekalkan nutrisi yang lengkap untuk tubuh kita, bagaimana kita nak harapkan sel-sel kita berfungsi dengan baik. Makan tak tentu...sayur dan buah jarang-jarang jumpa. Asyik-asyik makan makanan yang kita suka sahaja. Sudah tentu ia tak mampu 'cover' zat yang badan ita perlukan. Kalau sayangkan badan, berikanlah makanan yang badan kita perlukan, bukannya makan mengikut nafsu semata-mata.

Alhamdulillah, pagi ini saya terjumpa satu resepi yang sangat sesuai untuk orang yang sukar untuk berqiammullail di bulan Ramadhan. Resipi ini saya pinjam daripada seorang Master Shaklee yang telah berkecimpung dalam bidang suplemen selama 20 tahun lama. Kalau tak dikongsi terasa bersalah la pulak. Jadi saya dengan berbesar hati ingin berkongsi satu resepi yang memberikan kita keuntungan di dunia dan akhirat kepada anda semua, Insya Allah. 

Badan sihat -----> Ibadah sempurna ------> Semoga mendapat keredhaan Allah hendaknya.

Tips untuk Kekal Bertenaga ketika Qiammullail :

1 sach cinch energy tea(tenaga segera/tingkat metabolisma badan
2 sach nutriferon (tingkatkan immune badan agar dpt focus/ khusyuk dlm bacaan Quran)
1 sudu vivix (segar dan btenaga repair sel agar awet muda )
kalau perut terasa lapar ambil triple gems 


Selain itu, amalkanlah minum air suam yang lebih banyak..
Walaupun cost lebih tapi berbaloi sebab satu malam Lailatulqadar adalah bersamaan dengan 1000 bulan...tak rugi kan? Duit boleh dicari, saham akhirat yang paling penting.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Alamak! Saya Dah Terlepas Waktu Sahur..

Berpuasa hari ke-25 mencatat sejarah bagi saya. Kalau sebelum ni berjaya untuk bangun bersahur setiap hari dengan mudah, namun hari ini saya gagal berbuat demikian. Puncanya? Saya terjaga lebih awal daripada biasa sekitar pukul 3.30 pagi, dan kemudiannya sesudah buat apa yang patut kepala terasa agak pening. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk 'melelapkan mata buat seketika'.

Memang sekejap je saya terlena (tidur kalau 5-6 jam pun masih rasa sekejap je kan hihihh). Alih-alih, tersedar tengok jam handphone saya dah menunjukkan pukul 6.10 pagi...hadooiiii...terlepas sahur saya. Tak dapatlah saya bersahur untuk hari ini. Dahlah kelas penuh..terpaksalah saya menggunakan tenaga secara berhemah kat sekolah tadi. Sebenarnya saya tak rasa ralat sangat kalau tak sempat makan. Tapi saya rasa rugi sangat bila tak sempat bersahur dengan air oren kesayangan saya ni. Berbeza sungguh berpuasa tanpanya... 





Inilah dia buah hati pengarang jantung kami sekeluarga :-)


Saya sangat sukakan Performance kerana ia membantu agar kulit saya tidak kering lagi walaupun kurang minum air ketika di bulan puasa. Alhamdulillah!

Wahhhh! Terujanya...kalau korang pun nak dapatkan PERFORMANCE, boleh terus ORDER je tau.. Semudah ABC :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akibat terlepas waktu sahur, saya rugi kerana tidak mendapat fadilat-fadilat seperti berikut : 

"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari) 

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)


Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Ahad, 20 Julai 2014

Kesan Kolesterol Tinggi dalam Darah

Dari Mana Datangnya Kolesterol Tinggi dalam Darah?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dan mewah dengan makanan yang lazat-lazat. Jika diperhatikan, kebanyakan makanan yang dimasak adalah berminyak dan menggunakan santan bagi menambah kelazatan sesuatu makanan. Makanan sebegini sudah pasti mengandungi kolesterol yang tinggi jika diamalkan setiap hari.


Rasanya telah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran terhadap bahaya pengambilan makanan berkolesterol tinggi dalam diet mereka. Namun begitu, mereka belum begitu jelas tentang apa itu kolesterol sebenarnya. Kalau disoal secara 'details' berapa orang sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat. 

Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan yang saya buat selama ini. Kolesterol merupakan sejenis lemak yang digunakan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai fungsi penting seperti menghasilkan asid hempedu serta membantu mencerna dan menyerap makanan. Kolesterol juga penting untuk menghasilkan vitamin D, hormon estrogen dan dan hormon testosteron.

Kolesterol tidak dapat diedarkan secara langsung oleh darah. Seperti minyak dan air, lemak dan darah tidak bercampur, untuk mengatasinya tubuh membentuk lemak partikel seperti protein yang mudah bercampur dengan darah dan mengalirkannya. Partikel kecil ini disebut lipoprotein (lemak plus protein). Kolesterol sangat memerlukan 'lipoprotein' yang bertugas untuk mengangkut kolesterol ke kawasan yang memerlukan kolesterol. Lipoprotein ini terbahagi kepada dua iaitu 'high-density lipoprotein (HDL) dan low-density lipoprotein(LDL)'.

Antara Kesan Negatif Kolesterol Tinggi dalam Darah

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan negatif kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?


Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung pula berlaku. 

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan :
1. Baik Buruk Kolesterol
2. Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat
3. Kesan Kolesterol Tinggi

Khamis, 17 Julai 2014

Diabetis : Bacaan Gula berkurang Dengan VIVIX

Alhamdulillah, hari ini saya sangat teruja kerana seorang downline saya yang menghadiahkan sebotol vivix untuk ibunya pada minggu lepas menyampaikan berita gembira sebentar tadi. Baru seminggu lepas, beliau melahirkan kerisauan bahawa Ummi beliau sering kepenatan akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya sejak sekian lama. Selera makan jadi berkurang, tubuh menjadi lemah, kencing kerap tetapi tidak lawas itu adalah antara simptom lain yang Ummi beliau alami. 


Tapi setelah seminggu mencuba vivix, Ummi berjaya mengurangkan paras gula dari 19 kepada 14 sahaja! Patutlah selera makan Ummi bertambah baik, rupa-rupanya bacaan gula dah turun. Alhamdulillah...alhamdulillah! Saya tumpang gembira untuk Ummi sahabat saya ni :-) Apalah sangat harga sebotol vivix berbanding dengan kesihatan seorang ibu. Betul tak?

Inilah vivix yang menjadi pojaaan hatiku...

Testimoni 1  :

Testimoni 2 :

Testimoni 3 :

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 13 Julai 2014

Cara Kuruskan Badan Yang Biasa Kita Abaikan

Cara Kuruskan Badan yang Harus kita Amalkan Setiap Hari


Nampaknya ramai yang berhasrat untuk kuruskan badan dengan segera. Pada pandangan mereka, hanya dengan yang kuruskan barulah mereka akan kelihatan cantik. Produk kuruskan badan yang dijual di pasaran pun laku macam pisang goreng panas. Juallah apa sahaja produk untuk kuruskan badan, pasti mendapat sambutan daripada pengguna. Kenapa agaknya ya? 

Makan makanan yang seimbang

Menurut statistik yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Antara punca masyarakat kita sukar untuk kuruskan badan adalah akibat tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. 



Pemakanan yang seimbang haruslah mengandungi kesemua cadangan yang ada dalam piramid makanan. Kurangkan makan tinggi karbohidrat dan berlemak, sebaliknya kita harus lebihkan makan makanan yang banyak serat setiap hari barulah dapat kuruskan badan dengan selamat. 


Aktiviti Senaman

Selain itu, masyarakat kita kurang bersenam. Senaman merupakan sesuatu yang sering diabaikan akibat kekangan masa. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak mengambil berat untuk bersenam. Sedangkan, dengan bersenam kita akan dapat menguruskan badan kita secara sihat dan berkesan. Sekurang-kurangnya, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu untuk membakar kalori dalam badan dan percayalah, anda akan kurus lebih cepat dengan bersenam!

Makan mengikut Jadual

Dewasa ini, banyak restoran yang beroperasi 24 jam sehari dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tempat-tempat sebegini menjadi tempat untuk orang ramai makan-makan dan lepak bersama teman sehingga lewat malam. Bayangkan, apakah yang akan terjadi jika kita mengambil sepinggan nasi pada waktu malam dan kita tidur selepas itu? Kalori yang masuk ke dalam badan kita akan ditukarkan kepada lemak kerana tiada aktiviti fizikal yang kita lakukan sesudah makanan masuk ke perut kita. Sebab itulah kita sukar untuk kurus jika sering makan lewat malam. Sebaik-baiknya, kurangkanlah aktiviti makan lewat malam supaya anda dapat kuruskan badan seperti yang dihajati :-)


Tidak Makan Sarapan Pagi

Perbuatan meninggalkan sarapan pagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan usaha untuk menguruskan badan anda gagal. Makan pada waktu pagi membantu untuk mengurangkan selera makan anda pada kemudian hari. Ini membantu untuk mengelakkan anda dari makan secara berlebihan. Selain itu, tabiat menunggu sehingga petang untuk makan akan meletakkan badan anda dalam 'mood kebuluran' menyebabkan tubuh anda bersedia untuk menyimpan lemak dengan lebih banyak. Selepas ini, ambillah sarapan setiap hari kerana ia juga membantu misi kita untuk kuruskan badan.



Rasanya cukup setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara untuk kurus yang biasa kita abaikan. Sekiranya anda telah bosan mencuba pelbagai teknik untuk kurus, apa kata cuba dapatkan suplemen Shaklee yang selamat dan berkesan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan :
1. http://goo.gl/z1DMff
2. http://goo.gl/OcztJE
3. http://kesihatankini.blogspot.com/2013/03/kesan-tidak-bersarapan-pagi.html
4. http://goo.gl/A8PwMG
5. http://goo.gl/QeMo34

Khamis, 10 Julai 2014

Faris Demam Tiga Jam Sebelum Sihat seperti Biasa

Pagi semalam, orangnya riang ria lah sangat. Tengah hari, sempat lagi kami sekeluarga keluar shopping baju raya. Sambil tu cari barang dapur sikit-sikit. Petang baru sampai kat rumah. Faris macam biasalah menghabiskan masa dengan tengok kartun. Mama pula sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Masak simple2 jer..sup sayur, sambal udang dan ayam goreng. Dah siap masak, tengok-tengok, Faris dah terbongkang tidur.

FYI, Faris ni jarang sangat tidur siang melainkan dia betul-betul penat atau kurang sihat. Bila Mama sentuh kepala Faris, terasa lebih hangat berbanding biasa. Macam nak demam je anak bertuah ni.

Selepas berbuka, saya segera mengelap kepala Faris dengan air sejuk. Sambil tu saya minta Encik Suami bancuhkan Performance bersama satu sachet nutriferon. Gabungan nutriferon dengan Performance memberikan rasa yang sangat sedap. Tak sempat Mama nak 'powww' air oren Faris sudah habis diminumnya. Selepas 2 jam, Faris dah mula minta nak makan nasi. Eh eh...cepat pulak kebah demamnya. Badan yang panas tadi pun dah kembali normal. Alhamdulillah..

P/S : Stok Nutriferon dan Performance saya sentiasa pastikan supaya ada dalam simpanan. Penting untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan sebegini.


Set cegah anak demam sangat membantu untuk turunkan suhu badan anak.



Faris nak shopping sattt..

Siannya dia..bila demam nak Mama dia aje..

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri Bahagia

Set Kesuburan untuk Isteri Cepat Hamil 

Set Kesuburan Shaklee untuk Dapatkan Cahaya Mata Idaman

Hurmmm....saya dah tiga empat tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki nak dapat anak. Ibu mentua dan orang kampung dah mula sokseksoksek dok tanya-tanya. Ada pulak yang mulut celupar tu dok tuduh yang kita ni mandul. Sesedap rasa je cakap je. Dah tu, bila keluar berjalan, shopping ke kalau nampak wanita mengandung pulak, hati kecil mudah tersentuh. Bila agaknya turn aku? Lagi-lagi terasa bila member yang kahwin tahun yang sama dengan kita dah pun bersalin. Tak tahu di mana silapnya. Doktor pun dah sahkan bahawa aku dan pasangan mampu untuk dapat zuriat sendiri. Namun, rezeki belum lagi menyebelahi kami. Sedihnya dalam hati terpaksa ditelan sendiri. Hanya Allah dan suami tempat mengadu. 

Ada tak yang pernah mengalami situasi macam ni? Sedihkan? Saya cadangkan kalian cuba ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Manalah tahu, ianya sesuai untuk korang dan pasangan. Semoga ada sinar seperti yang diharapkan.

Set kesuburan yang kami cadangkan hanyalah sebagai ikhtiar untuk hamil. Tidaklah dijamin 100% dengan mengambil set ini pastinya anda akan hamil setiap tahun!




Mari kita lihat maksud kesuburan itu sendiri. Perkongsian saya kali ini agak panjang lebar. Sekiranya kalian mampu bersabar selama bertahun-tahun untuk mendapat zuriat, pastinya anda juga mampu bertahan untuk membaca artikel ini sehingga habis....:-)

Takrif kesuburan :

Seseorang itu boleh dikatakan tidak subur jika : belum hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang kaedah perancangan keluarga. Faktor lain ialah perkahwinan jarak jauh, pernah menggunakan IUD atau pun memakai implan untuk jarakkan kehamilan. Biasanya badan akan ambil masa 3, 6, 9 bulan atau setahun untuk kembali subur. Selepas setahun dari tempoh tersebut, dan wanita itu masih belum hamil, barulah dikira sebagai tak subur.

Biasanya ketidaksuburan ini melibatkan :
35% daripada faktor lelaki
35% daripada faktor perempuan
20% faktor bersama lelaki dan perempuan
dan 10% lagi tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan boleh berlaku.

Mengapa masih gagal untuk hamil setelah berkali-kali mencuba?

Pihak isteri gagal untuk hamil jika proses reproduksi tidak berlaku dengan normal.
Sebenarnya, hanya ada tiga syarat utama untuk hamil : 


  1. Kena ada ovum yang sihat
  2. Kena ada sperma yang kuat
  3. Wajib ada sistem peranakan yang normal (wanita) supaya benih dapat disenyawakan.

Antara punca tidak subur : 

  1. Penyakit sistem peranakan wanita seperti Pelvic Inflammatory Disease (PID) & endometriosis
  2. Gangguan persekitaran pekerjaaan seperti radiasi, pencemaran logam berat di kilang, hospital. Kes sebegini mengambil masa untuk dikesan.
  3. Toksik dalam badan contohnya perokok. Pengambilan ubat-ubatan sintetik yang tidak larut dan akan mendak dalam badan. Bahan-bahan pencuci atau sabun di rumah juga ada mengandungi bahan kimia berbahaya. Jika digunakan dalam jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan kita. Minyak wangi, lipstik juga mengandungi bahan kimia yang mungkin akan memberi kesan kepada tahap kesuburan kita.
  4. Diet atau pemakanan yang tidak seimbang akan memberi kesan kepada organ dalaman kita termasuklah kesuburan. Untuk membolehkan badan berfungsi dengan lebih baik, kita kena makan zat seimbang. Jauhi makanan segera dan minuman bikarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan kita jika diambil secara berterusan.
  5. Berat badan berlebihan. Berat badan berkadar terus dengan hormon. Sedikit-sebanyak, ia akan mengganggu sistem reproduksi dalam badan kita. Mulalah terjadi masalah haid tidak teratur dan sebagainya.
  6. Terlalu aktif dengan aktiviti/ latihan fizikal. Kalau aktif sangat pun ia pasti akan mengganggu hormon dalam badan.
  7. Pertambahan usia. Semakin usia meningkat, tahap kesuburan semakin berkurang. Umur yang paling ideal untuk hamil adalah sekitar 18-27 tahun. Pada peringkat ini, peluang untuk hamil adalah sangat tinggi. Setelah mencecah usia 30-an ke atas, tahap kesuburan semakin berkurang. Dan, peluang untuk hamil juga makin rendah. Jadi, jangan bertangguh-tangguh dalam usaha untuk dapatkan zuriat sendiri.

HOW TO GET PREGNANT?


Kita harus mengenal pasti punca terlebih dahulu.
  1. Terdapat cyst, fibroid dalam rahim. Sesetengah tu ada yang sampai tahap perlu operate kerana sudah di peringkat serius. jangan risau sangat kerana ada juga yang boleh hilang dengan suplemen.
  2. segera dapatkan rawatan doktor jika berkaitan penyakit yang menyebabkan ketidaksuburan.
  3. Amalkan cara hidup yang lebih sihat. Biasakan diri untuk bersenam beberapa kali dalam seminggu.
  4. Pilih untuk jadi orang yang positif. Elakkan rasa kecewa dan putus asa. Jangan terlalu tertekan atau stress sebaliknya kena terus mencuba kerana tiap-tiap percubaan pasti meningkatkan kebarangkalian untuk hamil!

CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE :


VITA-LEA ( Suami & Isteri ) :
  • Membekalkan keperluan asas 12 vitamin dan 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • mengandungi asid folik yang boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir
VITAMIN C ( Suami & Isteri ) :
  • Boleh meningkatkan keinginan untuk melakukan hubungan seks/ libido
  • Bagus untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
B COMPLEX ( Suami & Isteri ) :
  • Sangat penting dalam mengawal atur hormon dalam badan
  • Menukarkan makanan kepada tenaga untuk memberikan tenaga kepada sel.
  • Sel sperma yang bertenaga mampu berenang untuk bersenyawa dengan ovum.
  • Mengawal masalah tekanan yang boleh menjejaskan hubungan antara suami isteri.
  • Vitamin B6 mampu memanjangkan waktu subur wanita.
  • Vitamin B12 dikatakan dapat meningkatkan bilangan sperma lelaki @ memekatkan air mani yang cair
  • turut mengandungi asid folik yang boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir
ESP ( Suami & Isteri ) :
  • Mengandungi 9 asid amino perlu yang tak mampu dihasilkan oleh badan.
  • Sesuai untuk masalah rahim tak kuat. Orang sering gugur elok amalkan ESP.
  • Semua orang perlukan ESP kerana ESP mengandungi isoflavin yang boleh menggantikan fungsi Clomid kerana ia bertindak sebagai reseptor estrogen semula jadi 
  • Arginin (asid amino) yang sangat diperlukan oleh badan kerana ia bagus utk mengawalatur hormon dalam badan.
ZINC COMPLEX ( Suami & Isteri ) :
  • Bagus untuk lelaki kerana ia membantu proses penghasilan hormon testosteron.
  • Mampu menormalkan kitaran haid dan mematangkan telur
VITAMIN E ( Suami & Isteri ) :
  • Membantu penghasilan estrogen dan progesteron pada wanita.
  • digelar sebagai vitamin cinta kerana dapat meningkatkan libido dan keinginan seksual suami isteri.
  • Membantu proses persenyawaan berlaku.
  • Selenium dalam vitamin E meningkatkan pergerakan sperma kerana peratusan selenium yang ada dalam badan paling tinggi ada dalam air mani.
  • Sesuai untuk haid yang tidak teratur
  • Anti oksidan yang tinggi
  • Sesuai untuk masalah hormon yang tidak stabil, cyst, fibroid dan endometriosis
  • Membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma.
ALFALFA COMPLEX (Suami & Isteri ) :
  • Mengetatkan keintiman wanita (ala-ala Kacip Fatimah)
  • Mengurangkan toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan pada wanita
  • Meningkatkan stamina suami isteri

COQHEALTH PLUS (Suami & Isteri ) :
  • Highly recommend! Sangat bagus untuk kesuburan kerana ia mengandungi koenzim Coq 10 yang diperlukan untuk memberi tenaga kepada sel.
  • Anti oksida yang tinggi bertujuan untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat seranganradikal bebas yang berlaku setiap hari.
  • Sangat sesuai untuk orang yang telah berumur.
  • Menambahkan tenaga kepada sperma untuk persenyawaan.
  • Menyihatkan telur kepada mereka yang dah berusia.
Bagus untuk memperbaiki sel sehingga tahap DNA. Tapi vivix sahaja kurang cukup untuk meningkatkan tahap kesuburan. Jadi ia harus ditambah dengan suplemen yang sesuai mengikut keperluan badan masing-masing.




Akhir kata, setelah berusaha sehabis daya untuk hamil anak sendiri. Jangan lupa banyakkan meminta dan mohonlah kepada Allah supaya dipermudahkan anda dan pasangan untuk menimang cahaya mata sendiri. Semoga ada rezeki untuk kalian. Sama-sama kita doakan ya:-) 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Rabu, 9 Julai 2014

Kelebihan dan Testimoni Set Berpantang Shaklee

Hari ini saya nak fokus pada set berpantang Shaklee. Memandangkan masih ramai lagi yang cuak nak menggunakan Set Berpantang Shaklee ni, maka di sini saya sertakan beberapa testimoni daripada para pengguna Set Berpantang Shaklee yang telah berpuas hati. Tapi sebelum tu, jemput baca Tips Memilih Set Berpantang terlebih dahulu ya.

Jangan risau, pada mulanya saya juga seperti anda. Setelah memahami semua fungsi  setiap vitamin yang ada dalam pakej tersebut, barulah saya faham akan kebaikannya. Tak kenal, maka tak cinta. Cadangan saya, cari maklumat dan buatlah kaji selidik terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya. Sebab itulah, saya tak ragu-ragu lagi untuk 'recommend' Set Berpantang Shaklee kepada orang lain. Prinsip saya, share apa yang kita betul-betul suka kepada orang lain. What you give, you get back. So, berikan hanya yang terbaik untuk orang lain pasti hasilnya juga baik-baik aje kan? Insya Allah :-)



Rajah menunjukkan fungsi ringkas tentang Set Berpantang Shaklee ( Macam buku teks Sains pun hado...skemanya Cikgu!)

Kalau korang nak tahu kebaikan Set Berpantang Shaklee, boleh baca kat sini ye. Kelebihan Set Berpantang Shaklee.

OKlah, saya tak mahu korang ternanti-nanti testimoni pengguna Set Berpantang Shaklee ni. Sebenarnya ada banyak sangat, tapi saya pilih mana yang sesuai ajelah ye :-)

TESTIMONI 1 :


TESTIMONI 2 :


TESTIMONI 3 :


TESTIMONI 4 :

TESTIMONI 5 :

Rasanya, cukuplah 5 testimoni dulu yang dapat saya share kat sini. Semoga ada manfaat yang korang dapat melalui testimoni yang saya kongsikan hari ini. Kepada yang sedang survey set-set yang akan digunakan ketika berpantang nanti, bolehlah cuba Set Berpantang Shaklee yang selamat dan semula jadi daripada shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221