Isnin, 30 Jun 2014

Review Shaklee Skincare Set ~ Enfuselle Normal to Oily

Semakin hari semakin sayang! Begitulah diibaratkan saya dan Shaklee. Hek elehhh...mengada-ngada je bunyinya kan? Bukan gurauan tapi kenyataan. Semakin lama mengenali produk dan fungsinya, saya semakin jatuh cinta! Salah satu keistimewaan Shaklee berbanding syarikat lain ialah kesetiaan pengguna. Biasanya pengguna akan terus setia menggunakan Shaklee kerana yakin dengan keberkesanannya selain selamat dan diperbuat daripada bahan semula jadi. 

Kali ini saya nak buat review tentang Set Enfuselle Normal to Oily. Kulit saya jenis sensitif, berminyak dan berjerawat. Pakej yang cukup lengkap tu. Saya telah menggunakan set ini selama hampir tiga bulan. Dan apa yang saya perasan, kulit saya semakin lembut dan liang-liang roma yang dulunya terbuka juga semakin mengecil. Kalau tak, dari jauh lagi dah boleh nampak! Apa yang paling penting, kulit saya yang sensitif (cepat merah) apabila terkena cahaya matahari dah makin berkurangan. Sampaikan ada anak saudara saya tegur, kulit Aunty dah tak merah macam dulu-dulu lagilah. Laaa, ye ke? Saya sendiri pun boleh tak perasan pulak fasal ni. Kata orang, biar orang lain yang menilai. Kalau tak, kita akan dikatakan syok sendiri...ahahahhh!

Sepanjang tempoh menggunakan Set Enfuselle Normal to Oily, saya perasan bahawa setiap kali memakai toner dan pelembap, kulit saya akan berasa sedikit pedih. Tapi lepas tu dalam 2-3 minit rasa pedih tu akan hilang. Ramai juga pengguna yang ada pengalaman macam saya ni. Ada juga yang dah mula was-was. Cakap produk semula jadi, tak ada chemical bagai, tapi kenapa bila pakai terus rasa pedih dan pijar? Nak tahu sebabnya kenapa? Sebabnya, ia sedang bertindak balas untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas dengan logam yang ditemui dalam air paip. Air paip yang disalurkan ke rumah kita sebenarnya masih mengandungi banyak bahan kimia dan jika ada kemampuan, eloklah ditapis sebelum digunakan. 

Apabila wajah bebas daripada masalah kulit, kita pun akan tampil dengan lebih berkeyakinan. Apabila masalah kulit menghantui, sedikit sebanyak sudah tentu akan menggugat tahap keyakinan diri. Lebih-lebih lagi apabila ada yang bermulut cabul dan tak de insurans yang menegur...cakap ikut sedap mulut aje kan..siapa yang pernah terkena je yang tahu perasaan saya. Peace! 

Sekarang ni, saya lebih yakin untuk ambil dan lihat gambar sendiri. Kalau dulu, nak bergambar pun naik malu. Terkejut juga apabila melihat gambar saya semasa National Conference tempoh hari...alhamdulillah! 

Saya bertudung putih, gambar bersama nenek Shaklee saya, M. Zeti Hafiza :-)

Saya bertudung merah. Jangan terkejut, gambar lama ni..

Tadaaaaaa....!

Ini dia Set enfuselle buah hati kesayangan hamba :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-) Klik ORDER untuk dapatkan set skincare anda sekarang!

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 29 Jun 2014

Tips Berpuasa ketika Cuaca Tidak Menentu

Subhanallah. Pagi tadi saya hampir-hampir terlepas waktu sahur. Mungkin kerana kepenatan yang amat sangat (siangnya drive dari kampung) dan malam tadi Faris tidur lambat daripada biasa. Jadi saya tidak sedar ketika alarm berbunyi. Saya sepatutnya bangun pukul 3.30 pagi untuk buat to do list yang berjela. Tapi sedar-sedar tadi, dah pukul 5.05 pagi! Waktu macam tu agak lewat bagi saya yang suka bangun awal-awal pagi. Mujurlah sahur cara saya sangatlah mudah. Saya memilih untuk bersahur dengan sebiji kurma, 2 sudu ESP, segelas Performance dan 2 gelas air masak. Kembung perut dibuatnya coz minum semua tu dalam masa tak sampai setengah jam! Lain kali taubat tak buat lagi daaa...

Kali ini saya nak berkongsi tentang tips untuk menjaga kesihatan ketika berpuasa dalam fenomena El Nino sedang melanda dan cuaca tak menentu sebegini. Jemput baca :-)

Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.
Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Ketahui cara untuk minum air masak dengan lebih banyak di sini.
"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.
Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.
-Sumber Bernama
Jagalah kesihatan diri supaya kita dapat berpuasa dengan tenang dan selesa.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Khamis, 26 Jun 2014

Dah Makan Set Kurus Shaklee, tapi Tak Kurus Pun!

Assalamualaikum :-) Salam bahagia dan membahagiakan buat semua. Dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan :-) Tak sabar rasanya nak berpuasa lagi. Semoga semua amalan kita 'dipandang' Allah dan menjadi benteng daripada panasnya api neraka kelak. Insya Allah.

Sekarang saya dalam proses untuk membantu beberapa orang pelanggan saya yang cantik dan handsome untuk transform diri mereka menjadi lebih kurus. Bukan kurus cekeding ye, tapi kurus yang sihat. Mereka berhasrat untuk menurunkan berat badan supaya dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik. Kurus menyebabkan badan berasa lebih ringan dan 'selesa' apabila nak buat sebarang aktiviti. Kegemukan merupakan salah satu daripada pencetus kepada penyakit-penyakit yang berbahaya seperti lemah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga strok.

Pelanggan-pelanggan saya ni bijak kerana mereka sudah mula sedar tentang kepentingan mendapatkan berat badan ideal. Maka, mereka memilih untuk menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee. Tapi hairan jugakan, ramai jer yang dah makan set kurus Shaklee, tapi badan masih sama jer seperti sebelum ini. Ada juga yang mengadu, saya dah tiga bulan makan Set Kurus Shaklee, tapi berat badan makin naik. Perut pun bertambah buncit jadinya.

Ko cakap boleh kurus, tapi kenapa tak kurus-kurus pun!

Mengapa ya, dah makan set Kurus Shaklee tapi hasilnya tak seperti diharapakan? Kat sini saya ingin mengupas beberapa sebab yang mungkin boleh menjawab persoalan ini. Stay tune :-) Antara sebabnya ialah :

Meninggalkan sarapan pagi. Menurut kajian, sekiranya kita skip breakfast, kita akan berasa sangat lapar jadi kita akan makan dengan lebih banyak sewaktu makan tengahari. Selain itu, kadar metabolisme kita juga akan menurun akibat meninggalkan waktu makan.



Makan tidak ikut jadual. Sepatutnya, kita melatih diri kita untuk makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukannya, mengurangkan waktu makan tetapi sekali makan, makanan yang nak dimakan diambil dengan banyak. Macam untuk 2-3 orang makan pula layaknya. Agak-agak berjaya ke tak nak kurus kalau macam ni?

Kurang bersenam. Bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisme kita. Jadi, dengan senaman kita akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Ramai yang cakap nak kurus tapi apabila disarankan untuk bersenam, banyak pula alasan mereka. Sebenarnya, turun naik tangga pun dah boleh membakar kalori. Selain itu, banyakkan berjalan kaki setiap hari. Nak window shoppnig pun boleh. Anda pasti suka kannya :-)




Makan makanan tidak seimbang. Ramai yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat dan lemak dalam hidangan mereka setiap hari. Sekiranya, karbohidrat tidak digunakan, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita. Jadi, apabila lemak tersimpan, peluang untuk kurus semakin berkuranganlah kan?

Tidak menghitung jumlah kalori yang diperlukan untuk tubuh kita. Jumlah kalori yang sesuai untuk lelaki dewasa = 2000-2500 kalori setiap hari. Manakala bagi perempuan pula, mereka memerlukan hanya 1600-2000 kalori sahaja setiap hari. Jom kira kalori yang kita ambil setiap hari dengan merujuk artikel ini.

Makan set Kurus Shaklee secara tidak konsisten. Macam mana vitamin nak berfungsi dengan betul sekiranya pengambilannya tidak mengikut jadual yang disarankan.



Suka minum air manis dan tidak gemarkan air kosong! Air manis juga mengandungi kalori yang tinggi tau. Jadi, mulai hari ini cuba ubah tabiat ini. Ketahui tips untuk minum banyak air masak di sini.

Sering makan salad bersama mayonis. Sedap memanglah sedap, tapi mayonis boleh merosakkan diet kita kerana ia juga tinggi kalori. Oh tidak...!


Rasanya cukup dulu setakat ini perkongsian saya. Ada rezeki kita bertemu lagi. Insya Allah. 

Semoga entry ini dapat menjawab persoalan di atas. Jom ubah cara hidup kita supaya lebih sihat. Badan sihat, nak beribadah pun lebih senang dan tenang. Tak adalah semput-semput kalau nak bertarawih 20 rakaat pun kan:-)


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Kurus Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Selasa, 24 Jun 2014

Tips Minum Air Masak lebih Banyak

Sepanjang setahun lebih saya menceburi dunia Shaklee, bermacam-macam ragam customer yang saya temui. Saya tidaklah mahu huraikan satu-persatu tentang gelagat mereka. Ada yang comel, ada yang serius, ada yang peramah, ada yang macho dan ada juga yang OK-OK jer... Tapi, bagaimana pun mereka, saya anggap semua pelanggan saya macam ahli keluarga saya sendiri. Sebabnya? Saya mahu mereka mendapat manfaat terbaik untuk diri mereka sendiri. Bila badan sihat, hati pun senang. Bila hati senang, kita rasa lebih ceria... dan insya Allah, orang di sekeliling kita juga akan dapat rasai perbezaannya :-)

Sebab itulah saya sering sarankan supaya semua pelanggan saya amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Sebenarnya, masih ramai yang makan suplemen tetapi sukar untuk minum air kosong dengan lebih banyak. Rugilahkan kalau dibiarkan macam ni. Suplemen tak dapat nak berfungsi dengan sepenuhnya kerana kekurangan air. 

Jadi, kat sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menggalakkan korang supaya minum air masak dengan lebih banyak. Jom baca :-)
  1. Sentiasa bawa botol air ke mana-mana sahaja korang pergi. Macam saya, setiap kali keluar dari rumah dalam jangka masa yang agak lama, saya akan berbekalkan sebotol air sebanyak 1liter. Itu pun adakalanya tak cukup. Tapi, kalau setakat nak ke pasar dalam setengah jam tu tak payah bawalah kot :-P
  2. Dapatkan botol air yang menarik dan bergaya. Botol air yang cantik pun boleh dijadikan motivasi untuk minum dengan lebih banyak. Sebab dah jadi lumrah manusia, sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Jadi, kita akan lebih tertarik untuk minum air dengan lebih banyak. Setuju tak?
  3. Perlu tahu jumlah air yang badan kita perlukan setiap hari. Anggaran air yang diperlukan oleh badan kita diukur mengikut berat badan. Keperluan air untuk 25kg berat bersamaan dengan 1 liter air. Katakanlah, berat kita 75kg, maka air yang kita perlukan adalah sebanyak 3 liter setiap hari (tanpa suplemen). Jika anda ambil suplemen pula, kepekatan bendalir dalam badan bertambah. Jadi, lebih banyak air diperlukan untuk mengembalikannya kepada asal...
  4. Sukat jumlah air yang diminum setiap hari. Dapatkan botol air yang ada sukatan. Senang untuk kita anggarkan banyak mana air yang telah diminum setiap hari. Macam yang saya buat,  botol air saya sukatannya satu liter. Jadi saya amalkan untuk minum 1 liter sebelum ke sekolah. Satu liter semasa berada di sekolah. Dan satu liter lagi setelah pulang dari sekolah :-) Cukuplah 3 liter. 
  5. Minum air sebelum rasa haus. Jangan tunggu tekak terasa benar-benar haus baru nak minum. Latih diri untuk untuk 'sukakan' air kosong kerana ia bagus untuk kesihatan. Topik ini kita bincang dalam next entry ye :-)
  6. Minum dengan rasa gembira! Jangan rasa terpaksa tau..Seandainya sel-sel badan korang boleh berbicara, betapa terseksanya 'mereka' jika korang kurang minum air. Macam mana mereka nak 'bekerja' dengan baik jika agen pengangkutan yang masuk ke dalam tubuh tidak mencukupi. Kasihanilah mereka...

Antara contoh botol air yang cantik. Pilihlah warna yang ceria supaya kita rasa seronok untuk minum. Yeaaaaay!

Semoga tips di atas dapat membantu. Jika korang ada idea yang lebih menarik, bolehlah dikongsikan dengan saya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221






Isnin, 23 Jun 2014

Cara Nak Ambil Bacaan Tekanan Darah

Assalamualaikum.
Nak Ilmu baru tak?
Macamana nak check blood pressure?
Ok..hari ni kita belajar baca blood pressure saya ye..
Blood pressure ni diambil oleh ibu mertuaku pd hari Isnin lepas.
Excited dia nak check BP sorang2.
Free of charge lg katanya.hehe.
Jom Start!
SYS-SYSTOLIC
Tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari denyutan jantung.
120 ke bawah-normal
120-139 >prehypertension
140-159 >high blood pressure stage1
DIS-DIASTOLIC
Tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam.
80 kebawah-normal
80-89 >prehypertension
90-99 >high blood pressure stage 1
PULSE
Kiraan denyutan nadi dlm masa seminit.
Normal bg kanak2 (6 ke 15thn)
70-100 beats per minute.
Dewasa (18 thn ke atas)
60 ke 100 beats per minute.
Ok..sekarang cuba baca result saya.
Dah dpt 1 ilmu hari ni kan?
Best tak??
Semoga bermanfaat!
kredit to ; Pn. Mastura Ahmad SGL
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Shaklee ada menyediakan produk untuk penjagaan jantung dan tekanan darah. Jom, dapatkan sekarang. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 22 Jun 2014

Cara Elakkan Susu 'Drop' ketika Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t :-)

Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Mereka tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang beramal dalam bulan yang barakah ini. Tapi, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, pasti ada sedikit kerisauan takut-takut susu mereka akan berkurangan apabila berpuasa. Tambah pula, jika stok susu yang ada dalam simpanan tidak seberapa, ini pasti lebih membimbangkan. Sedihnya andai bayi kita tidak mendapat bekalan secukupnya apabila kita keluar bekerja.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk mengelakkan susu berkurangan akibat ibu yang berpuasa :



  1. Pastikan anda minum air 3-4 liter setiap hari. Sukat jumlah air yang diambil kerana adakalanya kita rasa yang kita dah minum banyak air. Tapi hakikatnya, tak sampai 2 liter pun air yang kita minum setiap hari. Apabila tak cukup air, macam mana susu nak dihasilkan dengan lebih banyak? Betul tak...
  2. Pastikan anda mengambil makanan lengkap ketika bersahur dan berbuka. Macam saya, saya lebih suka amalkan ESP, Meal Shakes dan Performance untuk bersahur. Tapi jangan lupa dapatkan makanan yang seimbang jugak ya walaupun sedikit. Pastikan ada ikan/ayam/daging, nasi/roti dan sayuran atau buah-buahan dalam hidangan anda. Ketika berbuka pula, Performance sudah jadi kemestian untuk saya.
  3. Ikut jadual perahan susu seperti biasa. Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Pada sebelah malam, saya akan pam sebelum tidur dan selepas bangun tidur (sebelum bersahur). Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Korang ingat lagi tak rules DEMAND vs SUPLLY?
  4. Saya amalkan pengambilan suplemen. Saya pernah test, berpuasa tanpa suplemen sangat-sangat melesukan tubuh saya. Susu juga nampak lebih cair berbanding biasa. Jadi, bagi saya pengambilan suplemen sangat penting untuk menjadikan kita cergas & bertenaga. Saya amalkan B Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Vitamin C, ESP dan Performance untuk kekal cergas. Susu juga kelihatan lebih creamy dan berkhasiat :-) Anak pun cepat kenyang. Alhamdulillah.
  5. Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.
  6. Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan.
Saya doakan semoga ibu-ibu sekalian berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan stok susu yang melimpah ruah dan meriah. Semoga berjaya!

P/S : Soal jawab tentang penyusuan di bulan puasa boleh baca di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Learn New Thing Today

Alhamdulillah :) Hari ni saya dapat belajar perkara baru. Biar pun simple tapi cukup untuk membuatkan saya gembira. Mungkin orang lain dah berzaman tahu pasal ni, tapi saya tak kisah. Yang penting saya dapat buat poster dan kata-kata hikmah dengan mudah. Saya ni tak berapa kreatif. Jadi, bila ada apps yang boleh bantu saya buat poster, hati jadi sangat riang dan gembira!! Hahahaa.. 

Tak lupa juga big thanks and hugs for my husband coz giving me this really special gift :) I've got this smart phone coz I did well in Shaklee for the past cycle. Alhamdulillah and TQ Allah. I'm really-really happy for that :))


Dok diam-diam jelah :)

#TextCutie

Sabtu, 21 Jun 2014

Penyusuan Semasa bulan Ramadhan

Bagi ibu menyusu, kehadiran bulan Ramadhan adakalanya menjadikan mereka sedikit gusar. Lebih-lebih lagi jika usia bayi mereka masih di bawah enam bulan dan mereka belum mula makan makanan pejal. Mereka hanya bergantung kepada susu ibu semata-mata. Bagaimana sekiranya penghasilan susu berkurangan kerana mereka berpuasa? Diharapkan perkongsian di bawah dapat membantu menjawab kemusykilan yang mungkin timbul bagi ibu-ibu yang bakal berpuasa tidak lama lagi :-)
1. Bolehkah saya berpuasa semasa menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 
2. Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

3. Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?
Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.  

4. Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.
Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.
Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.


Bilakah saya harus meminta bantuan?
Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Kredit: babycenter.com.my

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah klik untuk ORDER atau pun menghubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Punca Susu Badan Semakin Berkurangan

Pada tahun ini, guru-guru sesi petang di sekolah saya ramai pula yang hamil. Kebetulan pula, jarak kehamilan tidak terlalu jauh. Jadi, seorang demi seorang terpaksa meninggalkan sekolah dan bercuti panjang kerana melahirkan. Dari kalangan enam orang guru yang telah hamil, tiga orang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki dan perempuan yang sangat comel. Dan yang paling menggembirakan saya, seorang daripada ibu bayi tersebut telah memilih untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama. Beliau juga berhasrat untuk melanjutkan tempoh penyusuan selama dua tahun. Alhamdulillah! Saya bangga dengan hasrat beliau. Saya seorang yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Seboleh-bolehnya saya akan bantu sekiranya rakan saya ini memerlukan.Jadi, sedikit sebanyak saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada selama menyusukan Faris selama 2 tahun empat bulan tempoh hari. Bayi ini merupakan anak kedua beliau. Anak sulung tidak lama menyusu badan akibat salah faham bahawa susunya tidak banyak. 




Macam saya dahulu pun, susu tidaklah semeriah mana. Namun saya gigihkan diri untuk mengepam setiap tiga jam sekali. Saya juga mengepam susu setiap kali selesai menyusukan Faris. Saya mahu 'breast' benar-benar kosong supaya otak akan hantar signal bahawa lebih banyak susu diperlukan oleh badan.

Selain itu, saya langsung tidak menyediakan susu formula di rumah. Beli pun tidak. Kalau ada kemudahan susu formula di rumah, saya bimbang saya akan memilih jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada Faris apabila dia menangis. Adakalanya, bayi menangis bukanlah disebabkan dia kelaparan. Mungkin juga dia memerlukan perhatian dan masih belum dapat membiasakan diri dengan dunia luar.

Kalau ikutkan, penat memanglah penat. Tapi apabila memikirkan bayi sangat memerlukan susu ibu jadi saya seperti mendapat kekuatan untuk teruskan penyusuan ibu. Bagi saya, dua tahun pertama yang sangat penting dalam sejarah kehidupan manusia haruslah bermula dengan susu ibu!

Selama tempoh dua tahun, acap kali juga saya mengalami fasa turun naik dalam dunia penyusuan. Apabila difikirkan kembali, tak sangka kot saya mampu bertahan sehingga lebih dua tahun. 

Apa sebenarnya yang menyebabkan susu badan berkurang?
  • Ibu sering tertekan ~ tekanan boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan.
  • Kurang stimulasi ~ ibu tidak @ kurang mengepam susu apabila berada di tempat kerja
  • Ibu sedang berdiet dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari.
  • 'Breast' tidak dikosongkan sekerap mungkin.
  • Tiada jadual pengepaman yang teratur.
  • Ibu datang bulan.
Tips menambahkan susu badan. Antara tips yang boleh dicuba untuk menambahkan susu badan :

  1. Power pumping ~ merupakan satu kaedah yang dikatakan sangat membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu badan dengan meniru gaya 'cluster feeder'. 
        Kaedah : Masa diperlukan = satu jam. Boleh dibuat 2-3x sehari.

  • Double pumping = > 10 minit pam, 10 minit rehat ulang dalam masa sejam
  • Single pumping  = >  5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat ( dalam masa sejam)
  • Info lanjut tentang POWER PUMPING ada di sini.

  2. Kerapkan mengepam susu pada waktu malam ~ Pada waktu malam, hormon prolaktin akan meningkat secara semula jadi. Kita digalakkan untuk banyakkan mengepam pada waktu malam kerana susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


  3. Kosongkan payudara setiap 3 jam sewaktu sedang bekerja ~ lagi kerap payu dara dikosongkan, lagi banyak susu dapat dikeluarkan.

  4. Pam dengan lebih lama ~ kalau biasanya anda mengepam selama 15 minit, cuba tambah lagi 15 minit. Mana tahu, akan dapat rasa 'let down'..masa ni susu akan keluar dengan lebih banyak.

  5. Rangsang payu dara sebelum mula mengepam ~ urut payu dara dengan urutan membulat dari pangkal hingga ke puting menggunakan tangan perlahan-lahan. Sambil tu bayangkan susu keluar mencurah-curah seperti air hujan. Jangan abaikan kuasa minda di bawah sedar anda. Hasilnya adakala tidak terjangka! Meriah gitu...

    6. Tatap gambar bayi @ fikirkan perkara yang buat kita rasa gembira ~ tips ini juga mampu meggalakkan penghasilan susu badan.

     7. Amalkan pemakanan yang berkhasiat ~ badan memerlukan zat yang mencukupi untuk mengekalkan tahap kesihatan. Jika protein, kalsium  dan zat lain tidak mencukupi, mana mungkin pengeluaran susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

     8. Jika tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang setiap hari, anda boleh memilih suplemen Shaklee yang semula jadi untuk bekalkan khasiat terbaik kepada tubuh anda. Set tambah susu badan daripada Shaklee.
Klik sini untuk lebih info : Set 3 M

   9.  Amalkan zikir Ya Matin banyak-banyak kali sewaktu mengepam susu dan anda juga boleh amalkan doa seperti di bawah :


Jadilah ahli sekarang untuk membeli vitamin pada harga ahli. Penjimatan sehingga 15-20% atas setiap jenis vitamin. Wowww, banyak kan? Juga, ketahui kelebihan jadi ahli di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221