Isnin, 31 Mac 2014

Antara Mi Goreng Basah, Alfalfa & Lecithin!

Alahai..dah dekat pukul 9.00 pagi, anak bertuah belum bangun tidur lagi nih..boring la pulak rasanya. Kalau tak, ada jer benda yang nak dibuatnya. Pagi semalam, Faris ada request mi goreng kat gerai depan sekolah. Oppss..pecah rahsia Mama tak masak ek..kikikii..


Actually semalam hari pertama bersarapan kat rumah after school holiday..haruslah tak de lauk basah dalam peti ais Mama tu.. Jadi, hari nilah baru berpeluang nak masak. Mama buat mi goreng basah seperti yang Faris minta semalam tu lah..

Tapi tak de apa yang menarik sangat pun. Masak pun simple2 jer. Janji tekak boleh telan.. Now, Mama dah siap makan pun Faris belum bangun2 lagi..haisyy..ni mesti penangan tidur lewat coz temankan Mama closing malam tadi.. 


Pinjam gambor Incik Google

Dah habis sarapan dengan sepinggan mi goreng basah, haruslah Mama telan Lecithin dan Alfalfa. Mi goreng sememangnya enak. Rupa pun cantik, berkilat-kilat gituu...tapi, jangan abaikan jumlah kalori dan lemak yang masyukkk ke dalam badan tau... Sebab tu berat susah nak turun, makin naik lagi ado...So, lepas ni Mama memang takkan missed makan Set Kurus dua bersaudara nih..Rugi tau kalau tak makan..ngeee..

Cakap pasal Lecithin, semalam Mama diterpa oleh customer yang satu sekolah dengan Mama...My oh my!! Akak sorang ni sungguh-sungguh teruja dengan kesan lecithin pada badannya. Berat berkurang...dan yang paling best, kulit pun makin halus dan mulus jadinya...haa...kan Mama dah cakap, Lecithin memang best sesangat...sape tak makan tu, rugiiiii....

Sekian, kisah mi goreng basah dan rakan-rakannya. Assalamualaikum!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Closing Oh Closing!

ALHAMDULILLAH..

Done CLOSING..
Malam ni closing Mama bertemankan anak teruna, Faris yang terjaga selepas tertidur awal tadi.
OKlah coz ada jugak teman yang boleh diajak berbual..hihihh.
Mmm..
Bye-bye ESP Promo..
Sempat jugak rembat 2 set untuk diri-sendiri!
Lepas ni bolehlah mandi ESP..skrub bagai eheheehh..

Agak-agak...
Bulan April ni promo apa pulak yer?
Tapi kali ini best sangat tau coz  dah tak de perang-perang harga lagi. 
Semua SID kena jual retail price..
Sape2 yang ketegaq tak mau patuhi P&R yang Shaklee tetapkan, silap2 hari bulan kena FIRE!
Tak pasal2 keahlian ditamatkan & tak dapat merasalah bonus yang berkepuk2 ittew!!
Jangan cari pasal k..
Foto : Ninjapah

Sekian, Celoteh sesudah Closing ;-)

Ahad, 30 Mac 2014

Adakah Kopi Mengganggu Penyerapan Vitamin?

Sejak akhir-akhir ini saya begitu gemar minum kopi untuk sarapan pagi atau minum petang. Adakalanya, saya terfikir juga sama ada kopi yang saya minum akan mengganggu penyerapan vitamin yang saya makan setiap hari. Jadi, kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang kesan kafein yang ada dalam kopi terhadap penyerapan vitamin dalam badan.


Sebenarnya, masih ramai lagi pengamal kopi yang tidak perasan bahawa pengambilan kafein dan vitamin secara serentak mampu memberi kesan terhadap penyerapan vitamin dalam badan. Di sini saya kongsikan senarai vitamin yang akan 'terjejas' akibat pengambilan kafein secara berlebihan.

Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.

Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12.

Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin Amenjalankan fungsinya pada badan.

Sumber Kafein
Kopi dan teh adalah sumber kafein yang jelas . Walaupun ada penghasilan minuman nyah-kafein (decaffeinated) juga sebenarnya mengandungi sedikit sisa kafein. Sumber-sumber lain termasuk minuman ringan, coklat, koko dan beberapa minuman tenaga. Sesetengah makanan tambahan dan ubat-ubatan, yang mempunyai kandungan ubat penahan sakit untuk sakit kepala, mengandungi kafein anhydrous, yang kering dan dalam bentuk serbuk. Makanan tambahan yang menggunakan bahan semulajadi yang dipanggil guarana, juga satu lagi bentuk kafein.

Satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor-faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum. sumber

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Rabu, 26 Mac 2014

Kebaikan Herbal Blend Shaklee ~ The Magic Cream Ever


Herbal Blend yang dah lama kehabisan stok kini kembali lagi. Minggu lepas, Shaklee announce bahawa stok Herbal Blend dah sampai..tapi dalam masa sehari, 39,078 tiub Herbal Blend dah out of stock semula..adeh! Nasib baik saya sempat beli beberapa ketul untuk simpanan saya sendiri... Kalau ada customer yang nak try, kena cepat-cepatlah ye coz stok dah semakin menyusut.

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)


3. Ubat luka atau melecur

Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.



Herbal Blend Shaklee

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?



Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Jadi, untuk dapatkan Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi kami. Harga tak mahal pun. Berbaloi dengan khasiatnya! Wallaa...


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 25 Mac 2014

Masalah Wanita Selepas Bersalin : Kentut Faraj

Assalmualaikum.. Maafkan saya kerana berkongsi entry yang agak 'kurang sopan' ini. Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah sebegini. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi tentangnya di sini. Nak sebut pun malu sesangat...tapi untuk kepentingan semua kaum wanita di luar sana ( dan demi keharmonian rumah tangga mereka ) saya sanggup berkongsi tentang topik di atas dalam entry kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua :-)

Dah nama kentut...mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur?

Kerana....
Angin ini datangnya dari rahim.

Saya pilih aturcara LANGGAR PANTANG yang paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.

1. Minum banyak air kosong untuk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yang boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin; contohnya air Akar Herbanika NR. Paling tidak air rebusan kurma merah atau halba. Yang lain2 saya tak tahu.

2. Bersejuk. Kipas angin ditala ke muka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sebab air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?

3. Langgar pantang makan benda berangin...pun atas alasan nak tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yang diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dan sebagainya dan saya dapat banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.

4. Tidak amalkan pemakanan herba yang membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bagi saya baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, di mana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat untuk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah untuk "bernafas". Sayangnya...pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah dan urat ini. 

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yang sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yang semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yang berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yang rajin berjalan dan berdiri, mengangkat benda berat dan membuat kerja2 rumah yang extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri. 

Ok....saya dah susunkn perkara2 yang menyebabkan berlakunya kentut faraj. Tetapi saya belum menerangkan apa yang berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.

Urat2 rahim yang sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Saya dah x larat dah ni"

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yang berbau ada yang berwarna. Masa tu suami nak dekat pun mula rasa loya.

Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. 

Saya tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya....yang keluar dari faraj kalian adalah bayi ye...bukan guli....

Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yang meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.

Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Tetapi masalahnya...kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.

Jgn ambil mudah.
Ini maruah kita. ~ Kredit : Mak Bidan Siti Aishah Confinement

Ahad, 23 Mac 2014

Cara Atasi Bau Badan & Testimoni Pengguna Shaklee

Masalah bau badan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberikan kesan rendah diri kepada pemilik badan berbau. Kalau pun berwajah cantik, tampan atau segak bergaya, tetapi memiliki masalah bau badan, sudah tentu ia boleh menyebabkan rasa rendah diri kepada empunya diri. Orang sekeliling yang berurusan dengan mereka juga sudah tentu berasa kurang selesa. Jadi, sebelum masalah ini berlarutan, saya ingin berkongsi tentang suplemen yang mampu menyelesaikan masalah badan berbau ini.


Tapi, sebelum itu kita perlu tahu apa punca utama masalah bau badan ini. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, sebahagian besarnya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Sekiranya ada masalah seperti sembelit dan sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan boleh menyebabkan bau badan yang kuat.

Selain itu, tabiat banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar peluh yang sangat aktif.

Cara Atasi :

1. Mandi dengan lebih kerap setiap hari. Kalau biasa mandi 2 kali sehari, apa kata selepas ini cuba mandi 3-4 kali setiap hari..tapi larat ke nak mandi banyak-banyak kali setiap hari?

2. Elakkan diri daripada banyak makan makanan yang kuat berbau seperti rempah ratus dan bawang putih.

3. Pakailah deodoron yang sesuai dengan badan sendiri.

4. Sentiasa keringkan ketiak setiap kali selepas mandi supaya bawah lengan sentiasa kering dan mengelakkan bau keringat yang kuat.

5. Mengamalkan ALFALFA Complex Shaklee yang boleh mengelakkan sembelit serta mengeluarkan toksin daripada badan supaya dapat mengelakkan bau yang tidak enak pada badan.

TESTIMONI PENGGUNA ALFALFA SHAKLEE YANG BERJAYA!


Pengalaman pertama :


Pengalaman Kedua :


Pengalaman Ketiga :

Pengalaman Keempat :

Jika anda mempunyai masalah yang sama, dapatkan Alfalfa segera untuk mengurangkan masalah bau badan yang dialami. Tak ramai yang sanggup berterus-terang tentang masalah bau badan yang rakan mereka alami. Paling tidak pun, rakan anda akan bercerita sesama teman-teman yang lain sahaja. Malu beb! Klik untuk beli ALFALFA COMPLEX Shaklee sekarang juga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 21 Mac 2014

Kesan Kekurangan HB pada Ibu Hamil ~ Nyawa Ibu Terancam & Mental Anak Lemah

Menurut beberapa soal selidik yang dijalankan dalam kalangan wanita hamil, masih ramai lagi yang tidak mengetahui kesan sebenar anemia terhadap diri mereka dan bayi. Berikut antara jawapan yang diberi :

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1
“Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.” - Wanita 2

“ Anemia semasa hamil boleh memberi risiko pendarahan ketika bersalin.” - Wanita 3

Jawapan-jawapan sebegini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia dan kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?


Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.

Di Malaysia, 35% wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.


“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.


“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.
Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.




Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.



Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.


“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.
“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

INFO

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami oleh:


* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah 

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium (jika diambil serentak dengan zat besi)
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Sumber

Namun begitu, jika anda sudah cuba semua tips di atas tetapi masih belum berjaya, anda digalakkan untuk mencuba set untuk tambah HB di bawah :

Foto : Dr. Google

Testimoni HB meningkat dengan vitamin Shaklee :








Jadi, setelah memahami kesan negatif akibat kekurangan hb, sebaik-baiknya jangan biarkan bacaan Hb anda terlalu rendah kerana ia boleh mengancam nyawa ibu dan memberi kesan kepada mental si anak setelah dilahirkan. Patutlah doktor memandang serius bacaan Hb pada ibu hamil. Rupa-rupanya, kesannya sangat serius dan banyak masalah yang akan timbul apabila masalah ini dibiarkan berlarutan. 

Jom beli set ini sekarang!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221






Khamis, 20 Mac 2014

Petua Hilangkan Bau Badan secara Semulajadi

 Sebenarnya saya sudah lama tidak berurusan dengan orang yang mengalami masalah bau badan. Mungkin kerana zaman sekarang sudah ada pelbagai jenis deodoron yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah bau badan. Namun begitu nasib saya kurang baik. Beberapa hari lepas, pengalaman berurusan dengan seorang wanita yang mempunyai masalah bau badan sungguh memeningkan kepala. Hampir-hampir saya menutup hidung, tapi dek kerana nak menjaga air muka beliau terpaksalah saya menahan diri daripada berbuat demikian.
Jadi, kalau-kalau ada sesiapa yang mempunyai masalah badan berbau, bolehlah cuba petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat untuk anda :-)
1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi wanita.
2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.
3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.
4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau badan tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.

5. Anda juga boleh cuba suplemen untuk menghilangkan bau badan seperti Alfalfa.
6. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,  selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.


Dengan menjaga bau badan, ia akan dapat mengeratkan hubungan sesama insan. Bunyinya macam melucukan tapi perkara ini memang betul pun. Kalau masalah bau badan dibiarkan berterusan, ia boleh membuatkan orang menjauhkan diri daripada anda. Sebenarnya, tidak ramai orang yang sanggup untuk berterus-terang kepada rakan mereka tentang masalah bau badan yang mereka alami.
Semoga bermanfaat!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 19 Mac 2014

Tazkirah : Rahsia Solat yang Tak Ramai Orang Tahu

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Sumber : Ustazrazi

Selasa, 18 Mac 2014

PROMO ESP : Jadi Ahli Percuma Sempena Promosi ESP Mac 2014


Memandangkan Shaklee Malaysia susah sangat nak bagi promo ESP..tahun lepas tak ada tau promo ESP. last time punya promo ESP buy 6 FREE 1 ialah pada Oktober 2012. Lama tu... Nak tahu kenapa Shaklee tak pilih ESP sebagai promo tahun lepas? Jeng jeng jeng.... Antaranya adalah disebabkan ESP merupakan all times favourite. Tak payah tunggu promosi pun ESP memang 'hot seller'. Ramai pengguna yang memang dah jatuh cinta dengan ESP yang best ni tau. Termasuklah saya...

Ada yang minum ESP untuk kurus.
Ada yang ambil ESP untuk gebu.
Ada yang ambil ESP untuk tambah susu badan.
Ada yang pilih ESP untuk hilangkan parut.
Ada yang cari ESP untuk pulihkan luka pembedahan.
Ada yang suka ESP untuk kesuburan.
Ada yang mahu ESP untuk tegangkan kulit.
Ada yang jatuh cinta dengan ESP kerana tumit yang merekah dah jadi licin.



Pendek kata, sekali dah cuba ESP pasti rasa rugi sangat-sangat jika tak teruskan. Hasilnya memang marvellous.. tapi dengan syarat, anda kena amalkan setiap hari untuk dapat kesan yang diidam-idamkan. Makan suplemen jenama apa pun, kalau tak berapa rajin & konsisten susah juga nak dapat hasilnya.. betul tak?

Jadi, untuk tidak menghampakan pelanggan setia dan peminat tegar ESP, dengan suka citanya saya ingin war-warkan bahawa bulan ini, MAC 2014 sekali lagi Shaklee bermurah hati untuk memberikan promo ESP kepada semua pengguna Shaklee.

Apa untungnya jika anda membeli produk PROMO ( beli 6 percuma 1) kali ini?

  • Anda akan mendapat satu canister ESP percuma bernilai RM150.00
  • Anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM75 (WM) @ RM85 (EM)
  • Anda akan mendapat CASH BACK pada bulan berikutnya sebanyak RM36.00
  • Anda akan mendapat bimbingan berterusan untuk berbisnes (jika berminat/ tiada paksaan).
  • Anda akan menyertai kumpulan JUTAWAN yang kini telah berjumlah lebih 13 ribu orang secara eksklusif.
Banyak lagi kelebihan yang akan diperoleh sekiranya anda menyertai kami. Peluang keemasan hanya datang sesekali. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran ini. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut. 

Salam sayang, 
June Mohd

kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 17 Mac 2014

Alternatif untuk Kawal Kolesterol dengan Shaklee

Kata orang, Malaysia negara yang mewah lagi kaya. Kalau tak percaya, tanyalah pendatang asing yang berebut-rebut untuk datang dan bekerja di Malaysia. Pasti ada sesuatu yang bermakna bagi mereka di sini. 

Tapi bagi saya, negara kita Malaysia memang sangat mewah dengan pelbagai jenis masakan dan makanan yang istimewa. Sebab itulah, rakyat Malaysia banyak ditimpa penyakit yang berpunca daripada makanan. Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, kolesterol tinggi dan sebagainya kebanyakannya bermula daripada pola pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat serta kurang bersenam.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang alternatif untuk mengawal kolesterol dengan suplemen Shaklee. Namun begitu, harus diingat bahawa suplemen bukan ubat dan ia hanya berfungsiuntuk mencegah penyakit daripada menjadi lebih serius. Kesannya juga tidaklah terlalu cepat kerana ia bertindak dengan 'lembut' pada tubuh kita.

Mari kita fahami terlebih dahulu apakah kolesterol?

Kolesterol ialah komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti men­tega, kuning telur, dan sebagainya. Kolesterol yang berlebihan dikatakan mem­punyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah. Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu : LDL ( low density lipoprotein) atau kolesterol jahat dan HDL ( high density lipoprotein ) atau kolesterol baik.

Kolesterol sebenarnya tidak perlu diambil dalam bentuk makanan kerana hati kita telah menghasilkannya di dalam badan. Bagaimanapun, pemakanan harian kita selalunya mengandungi kolesterol yang tinggi yang boleh didapati dari kuning telur, hati lembu, daging merah dan susu penuh lemak.

Kolesterol bergerak di dalam darah sebagai lemak-protin yang dikenali sebagai lipoprotein. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu HDL dan LDL.
  • LDL yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.
  • HDL pula bertindak sebagai kolesterol baik yang mengawal kesihatan jantung.
 

Mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh National Heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI), individu yang sihat perlulah mempunyai kadar:
  • kolesterol keseluruhan di bawah 200 mg/dl
  • HDL lebih daripada 35 mg/dl
  • LDL kurang daripada 130 mg/dl
Sekiranya anda mempunyai masalah kolesterol tinggi dan ingin mencuba suplemen sebagai penawarnya. Saya mencadangkan supaya anda mencuba suplemen-suplemen di bawah :


ALFALFA & HERB LAX : Bertindak seperti span untuk menyerap kolesterol yang ada dalam badan dan dibuang melalui perkumuhan
VITAMIN C : Menurunkan kolesterol dengan menguatkan dinding arteri bagi memastikan salur darah kita sihat.
B COMPLEX : Mengandungi B3 ( Niasin ) yang membantu merendahkan kolesterol
OMEGA GUARD : Omega 3 membantu mengurangkan kolesterol jahat  (LDL) dalam badan
VITAMIN E : Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
GARLIC : Merendahkan kolesterol dan tekanan darah

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set kolesterol ini, anda bolehlah hubungi saya : 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Jumaat, 14 Mac 2014

Bahayakah Antibiotik kepada Bayi?

Masih teringat sewaktu awal-awal kelahiran Faris dulu. Bagi seorang ibu yang baru pertama 

kali menjadi ibu dan kekurangan pengalaman, saya mudah cemas dan risau sekiranya anak

terkena demam atau selesema. Jadi, pantang suhu badan Faris panas sedikit kami segera ke

klinik untuk mendapatkan rawatan. Antara ubat wajib yang doktor bekalkan 

ialah antibiotik. Tapi saya tidaklah memberikan Faris antibiotik terlalu kerap kerana saya 

pernah terbaca tentang bahaya antibiotik kepada manusia.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua fakta sebenar tentang antibiotik.

Secara ringkasnya, fakta antibiotik adalah seperti di bawah :


Apa itu antibiotik?
  • Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya, antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan.
  • Penisilin adalah antibiotik yang paling dikenali. Ia telah digunakan sejak 60 tahun lalu.
  • Tidak semua antibiotik berkesan untuk melawan penyakit.
  • Tahukah anda, di US lebih 500,000 kanak-kanak mendapat kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan dan 5% daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad.
  • Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ruam, sakit perut dan cirit-birit.
  • Antara contoh bakteria antibiotik yang resistant terhadap Chloramphenico ialah Salmonella Typhi dan Streptoccocus Pneumonia resistant terhadap Maklorida baru dan banyak lagi.

.
''Antibiotik kerap disebut sebagai 'magic drug' kerana peranannya yang sangat besar dalam mengurangkan angka kematian. Tetapi kini antibiotik menjadi ancaman disebabkan oleh penggunaannya secara berleluasa mencetuskan kerintangan bakteria terhadap ubat.''


Menurut pandangan doktor :

''Atas sebab masalah resistant, (lali pada antibiotik) , para doktor sangat menitikberatkan 

mengenai antibiotik. Kami akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan 

perlu, dan kami sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi 

mengelakkan terjadinya masalah resistant ini. Oleh itu janganlah hairan apabila anak anda 

dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/ batuk tetapi tidak antibiotik. 

Kebanyakan kes kanak-kanak demam, mereka tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh 

kami tak mahu menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila 

keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi 

atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam

 tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini,

 sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kami khuatir bakteria

 resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila si anak

 membesar/ dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin

 sukar dirawat.''

Seboleh-bolehnya saya memang mengelakkan daripada memberikan anak saya makan ubat-

ubatan mahu pun antibiotik. Jadi, sebagai alternatifnya saya membekalkan Faris nutrisi

yang lengkap melalui makanan dan suplemen setiap hari. Suplemen wajib untuk Faris ialah

Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C. Alhamdulillah, Faris dah lama sangat

tak perlu ke klinik kerana jarang demam mahu pun selesema. Bersyukur sangat kerana

dengan izin Allah melalui Shaklee, keluarga kami dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik :-) Terima kasih Ya Allah!


Berminat untuk mendapatkan ini, hubungi saya melalui maklumat di bawah. Sama-samalah

kita berusaha untuk menikmati hidup yang lebih sihat demi masa depan anak kita hari ini

juga.


Sekian, terima kasih!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221