Selasa, 25 Februari 2014

Last 3 Days PROMO : Vita-Lea Iron Formula

PROMO VITALEA 
BUY 6 FREE 1 !!

Jom kita selidik apa yang best nya multivitamin ini:

Multivitamin shaklee dikenali sebagai vitalea. Kalau semua nak tahu vitalea shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia.x sangkakan bole jumpa makanan tambahan yang pertama kali dicipta di dunia. Sungguh bertuah kalau anda mengenali multi vitamin ini. Nama asal nya ialah "vitalize-shaklee"

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

*Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
*Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
*Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
*Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
*Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil

•The best multivitamin dlm public interest thn 2000.

•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%

•Disokong oleh 7 kajian klinikal

•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru

•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..



 Khasiat yang anda dapat hanya dengan 2 tablet Vita-Lea setiap hari.


PROMOSI TINGGAL TIGA HARI SAHAJA LAGI..

KALAU TERLEPAS MEMANG TAK DAPAT NAK TOLONG LAGI DAH..

REBUTLAH PELUANG UNTUK MENCUBA VITA-LEA DENGAN PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1


 Hubungi saya untuk tempahan vitamin anda sekarang..

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Kejayaan bukanlah Kebetulan


Assalamualaikum :-)

saya tampal poster ni dulu kat sini sebelum kita update panjang-panjang lagi ye..

Hari ini ada sukan di sekolah..terpaksa keluar bertugas pagi-pagi lagi.. biasanya saya keluar rumah dah 

tengah hari coz mengajar di sesi petang..

Isnin, 24 Februari 2014

Set Brilliant for Kids ~ Vitamin Shaklee untuk Kecerdasan Anak

Bagaimana untuk lahirkan anak yang pintar?

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan bahawa cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi kerana tanpa nutrisi yang baik perkembangan minda dan kesihatan anak akan terganggu. Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat penting supaya anak kita dapat membesar dengan sihat dan ceria. Anak-anak yang kurang jatuh sakit pastinya mampu belajar dengan fokus dan otak mereka dapat menyerap lebih banyak maklumat yang diajar oleh guru di sekolah.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Multivitamin/ Meal Shakes
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh : meningkatkan keupayaan belajar
  • kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, 
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • meningkatkan perhubungan antara sel otak
  • menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif
  • membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.


Shaklee Brilliant for Kids Set

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Cara Makan:

Jadual makan vitamin adalah eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Cara makan yang tepat sangat penting dan ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu vitamin.


Lagi awal anda mulakan pemakanan tambahan untuk anak-anak, lagi cepat kesan positif yang akan anda nampak. Jadi, janganlah berlengah lagi. Jika ada anak anda yang akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun, pastikan anda membekalkan suplemen dari awal tahun lagi. Persediaan awal mampu mengubah hidup dan masa depan anak anda. Insya ALLAH..kita berusaha, ALLAH tentukan. Selamat mencuba :-)

P/S : Anda berminat untuk menjana sumber pendapatan 2-3-4 angka sebulan? Sertailah team kami untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Sabtu, 22 Februari 2014

Hilangkan Kesan Campak dengan Shaklee

Terujaaa for testimoni ni!
Gambar pertama tu masa nak naik penerbangan dari Jeddah ke Malaysia.. 13hb! then turun KL terus ke Penang! Masa kena campak saya amik vitamin C dan Nutriferon yang memang memang saya bawak semasa ke umrah. Chicken pox ni keluar di leher 2 biji masa hari terakhir kat Mekah. Atas nasihat kawan saya beli 10 liter air zam2 dan minum. Separuh buat mandi. di Mekah semasa demam tinggi tak selera makan. Saya hanya banyak makan kurma,minum jus, Cinch tea + madu untuk energy.



Then saya ambil Nutriferon+ Vitamin C. Panadol ada ambil juga sebab badan terlalu panas.


Sampai di Penang baru saya start intensive shaklee!

16hb kot! Saya bedakkan muka dengan ESP. Cuci muka dengan Nutriwhite. Vitamin C SR 2 biji sehari. Vivix 1-2 kali sehari. Collagen 1 sachet sehari. Performance Drink dan ESP untuk nutrition. dan vitamin E untuk sapu pada bintik-bintik yang hampir kering! Hasilnya, lebih kurang 1 minggu dah ok sangattt2 kulit! Dalam masa 4-5 hari berShaklee secara konsisten! ada jugakla mandi 3 kali dengan air daun mambu. Dan ada amik piriton for gatal merenyam.

Bagi uolss yg bajet, saya sarankan sekurang-kurangnya nya amik ESP untuk minum dan masker dan vita C 2 biji sehari.

Kalau ada bajet, boleh tambah Vivix dan Collagen. Memang pantas kulit akan kembali cantik! Ini parut campak tau! Dan saya pun makan ikut suka laksa, ayam goreng, udang semua bedal!

Kalau uolss setakat jerawat batu tu~~~~ memang laaaa lagi senang!

Shaklee works!! 
kredit : Herny

Jika anda juga sedang mengalami masalah parut campak, jom try Shaklee...lihatlah perbezaan testimoni di atas. Parut menghilang tak sampai seminggu! Yang penting, konsisten makan vitamin dan minum air yang banyak bagi memastikan suplemen dapat menjalankan fungsi dengan sempurna.

P/S : Anda berminat untuk jadi ahli? Jom, sertai team kami untuk menjana pendapatan sampingan 2-3-4 angka sebulan. Anda mampu mengubahnya.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Tips Penting untuk Keselamatan Wanita

Assalamualaikum w.b.t..

Salam ceria buat pembaca yang saya kasihi, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ini saya sekadar berkongsi beberapa tips yang  saya rasakan amat penting buat kaum wanita. Jom baca :-)





1) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Semoga kita dapat mempraktikkan tips di atas sekiranya terpaksa berdepan dengan bahaya. Jangan lupa berdoa kerana doa adalah senjata bagi orang mukmin.

sumber : ~Unknown author~


Jumaat, 21 Februari 2014

Set-set Kesihatan Asas Shaklee yang Jadi Rebutan Ramai

Assalamualaikum w.b.t..

Salam petang Jumaat. Semoga hidup kita sentiasa diberkatiNya. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. Kalau pun ada duka melanda, cepat-cepatlah cari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tak baik bersedih lama-lama..masa pun banyak terbuang. Rugi tau.. Banyak lagi nikmat yang Allah berikan dan patut kita syukuri selama ini... Kalau nak dikira satu per satu, tak terhitung dek akal fikiran betapa banyaknya nikmat pemberian Allah untuk kita setiap saat, setiap detik dan setiap ketika... Betul tak?

Kali ini, saya sekadar berkongsi set-set asas yang ada dalam Shaklee supaya pembaca lebih mudah untuk memilih set yang paling sesuai mengikut keperluan masing-masing. Pilihlah yang mana berkenan di hati ye :-)



1. Kesihatan Optimum
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex

2. Set Penyusuan Asas
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Alfalfa Complex

3. Set Berpantang
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Zinc Complex


4. Set Kecantikan Kulit 
  • Vita-E Complex
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex


5. Set Penyusuan Optimum
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Alfalfa Complex
  • OsteMatrix


6. Set Kewanitaan
  • Vita-E Complex
  • Alfalfa Complex


7. Set Resdung, Alergi, Asthma @ Ekzema
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex 
  • Alfalfa Complex


8. Set Kehamilan 1
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • OsteMatrix


9. Set Kehamilan 2
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B-Complex
  • OsteMatrix
  • Omega Guard


10. Set Kurus
  • VitaLea Iron Formula
  • Herb Lax
  • Alfalfa Complex
  • Lecithin


11. Set Penyusuan Lengkap ( 3M )
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Alfalfa Complex
  • OsteMatrix
  • Energizing Soy Protein 
  • Omega Guard


12. Set Anak Pintar
  • Meal Shakes
  • Omega Guard
  • Chewable Vita C


13. Set untuk Pelajar
  • B-Complex
  • Lecithin
  • Omega Guard


14. Set Suami Isteri
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Vita-E
  • Alfalfa Complex
  • Zinc Complex


TOTAL WELLNESS CONNECTION PROGRAMME

Family Wellness
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • B- Complex
  • Energising Soy Protein


Meal Replacement
  • Energizing Soy Protein
  • Meal Shakes
  • Performance Drink


Men's Vital Health
  • Omega Guard
  • Vita-E Complex
  • Zinc Complex


Women's Health
  • OsteMatrix
  • Vita-E Complex
  • GLA Complex


Antioxidant
  • Carotomax
  • Sustained Release Vita-C
  • Vita-E Complex
  • CoQ Health Plus


Immune Booster
  • Sustained Release Vita-C
  • Zinc Complex
  • Garlic
  • Nutriferon


Digestive Helth
  • Alfalfa Complex
  • Herb Lax


Super Detox
  • DTX Complex
  • Garlic
  • Alfalfa Complex


LiverAids
  • DTX Complex
  • Nutriferon


Love Your Heart
  • Garlic
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Energizing Soy Proein
  • Vita-E Complex
  • CoQ Health Plus


Diabetes Care
  • VitaLea Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C
  • GLA Complex
  • Zinc Complex
  • Energizing Soy Proein

Anti Aging
  • Vivix
  • Energizing Soy Protein 
  • Nutriferon
Nak tahu harga setiap set ini? Boleh rujuk harga di link ini yer..bolehlah congak-congak set mana yang sesuai dengan bajet anda :-) Suka cita saya nak maklumkan di sini bahawa harga untuk Sabah & Sarawak adalah sama dengan harga kami di Semenanjung Malaysia. Pihak Shaklee telah bermurah hati untuk menurunkan harga vitamin untuk mereka yang berada di Sabah/ Sarawak berkuat kuasa 1 Februari 2014 yang lalu. Best kan?

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya di sini untuk maklumat lanjut. Nikmati diskaun harga istimewa dengan setiap pembelian daripada kami. Nak tahu dengan lebih lanjut? Tanyalah saya, OK :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Rabu, 19 Februari 2014

Diari Seorang Wanita ~ Cukupkan Nutrisi untuk Jadi Lebih Tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup hari ini. Semoga kita dapat menggunakan nikmat yang Allah anugerahkan untuk memberi lebih banyak hari ini. Sentiasa jadikan kita orang yang hidup untuk memberi kebaikan kepada orang lain dan bukanlah orang yang hanya tahu meminta dan menerima. Insya Allah.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi info yang saya dapat semasa mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee tempoh hari. Berkongsi pengetahuan yang kita ada juga merupakan salah satu 'pemberian' tau :-) . Terlalu banyak info yang saya dapat tempoh hari. Tak sia-sia saya menghabiskan cuti hujng minggu saya untuk berbengkel. Enjoy sangat2 OK..

Pernah tak anda terfikir untuk celebrate hari pertama kita datang bulan dalam hidup kita? Hihihii..bunyinya macam lucu, tapi ada rahsia di sebalik tarikh datang bulan yang pertama bagi seorang gadis. Saya pasti, tak ramai yang ingat tarikh tersebut..Mmm, nampak macam tak berapa pentingkan? 



Ada apa sebenarnya dengan tarikh pertama kita datang bulan tu? Selain ia menunjukkan bahawa kita dah akil baligh, ia juga menunjukkan yang kita hanya ada masa 3 TAHUN sahaja daripada tarikh tersebut untuk membesar dengan sempurna. Tempoh ini sangat-sangat kritikal, jadi adalah sangat penting untuk kita dapatkan nutrisi yang cukup untuk membesar.
Selepas 3 tahun, kita tidak akan meninggi lagi. Kita akan kekal dengan ketinggian tersebut hingga dewasa. Buatlah macam mana pun, memang takkan tinggi-tinggi lagi dah..Melebar jer boleh..sure kita tak nak jadi macam tu kan..ehehee. Jadi, dalam tempoh 3 tahun selepas datang bulan tu, pastikan kita mendapat protein dan kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran yang normal. Takdelah badan kita 'rendang' semcam je..betul tak?

Protein dan kalsium pilihan saya sudah tentulah Energising Soy Protein ( ESP ) dan Ostematrix. Ibu-ibu, yang ada anak dara yang pertama kali datang bulan, bolehlah cuba ESP dan Ostematrix Shaklee supaya tubuh mereka dapat membesar dengan normal dan lebih sempurna :-)

Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat ESP dan Ostematrix anda sekarang. Nak cuba vitamin lain pun boleh aje...

Sekian, terima kasih :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Vitamin Shaklee untuk Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet

Selama ini saya tidak pernah ambil kisah tentang suplemen yang satu ini. Saya masih muda lagi, baru berusia awal 30-an, dan saya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan sendi-sendi saya. Huh, eksyennya saya! Sehinggalah saya diberitahu bahawa penyakit sendi hanya boleh dikesan apabila ianya benar-benar serius. Apabila sendi-sendi kita mula bergesel antara satu sama lain, itu menunjukkan bahawa segala-galanya sudah terlambat! Tiada ubat untuk sakit lutut atau sakit sendi yang lain. Kalau ke klinik pun, doktor hanya akan memberi suntikan atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit akibat tulang-temulang yang berlagaan antara satu sama lain. Ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan kerana ia memberi kesan sampingan kepada badan kita. 

Sebenarnya, kita digalakkan untuk mengamalkan vitamin untuk kesihatah sendi seawal usia 30-an supaya sendi-sendi kita lebih sihat. Jangan tunggu sehingga sendi kita benar-benar haus barulah sibuk nak cari ubat... Jangan buat macam tu ye kawan-kawan..

Antara kebaikan Advance Joint Health Tablet (AJHT) ialah :
  • bahan-bahan yang digunakan adalah 100% daripada sayur-sayuran
  • 100% bebas kekerang
  • kombinasi bahan yang digunakan adalah sangat berkesan
  • mampu menyokong keselesaan sendi apabila bergerak 
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • membantu untuk fungsi sendi yang sihat
  • dihasilkan oleh ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang sendi perlukan.
  • kesan dapat dilihat seawal 5 hari!

Terbukti secara klinikal untuk :
  • menggalakkan mobiliti 
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
Kandungan dalam AJHT :


  • mengandungi ekstrak unik Boswellia yang menghalang penghasilan bahan kimia yang mampu menyerang tisu sendi dan mengakibatkan ketidak selesaan sendi.
  • ekstrak jagung untuk membekalkan sumber glukosamin ( pelincir ) yang pekat.
  • zinc, kuprum dan manganes adalah nutrien penting untuk membina tisu penghubung yang sihat.
  • vitamin C iaitu nutrien yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan.

Inilah dia Advanced Joint Health Tablet Shaklee yang semakin menjadi pilihan ramai dewasa ini. Pengambilan 2 tablet setiap hari mampu memberikan kesan kelegaan terhadap
sendi dalam masa 5 hari.

Jagalah kesihatan sendi sebelum ia benar-benar sakit. Ibu saya merupakan seorang pesakit lutut yang serius. Beliau tak dapat nak berjalan kaki dalam jarak 50 meter pun. Setelah menggunakan set kesihatan sendi yang mengandungi AJHT, Omega Guard dan OsteMatrix, tahap kesihatan ibu bertambah baik. Alhamdulillah. Anak mana yang tidak gembira apabila tahap kesihatan ibu mereka bertambah baik, betul tak? 

Jika anda turut mempunyai masalah sendi, hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan sendi anda hari ini juga!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Selasa, 18 Februari 2014

Khasiat Bawang Putih ~ Rahsia Orang Korea Hidup Sihat


Minggu lepas saya sempat menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee. Garlic shaklee merupakan salah satu produk yang dibincangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee iaitu Celine. Kali ini saya nak bawa anda mengembara ke negara Korea. Pernah tak anda perasan bahawa orang-orang Korea mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik? Walau pun cuaca di negara mereka sangat sejuk, tetapi mereka jarang mendapat demam atau selesema. Kalau kat Malaysia pun orang mudah terkena selesema, apa tah lagi kalau dalam cuaca sejuk macam di Korea. Betul tak? Apa agaknya yang menyebabkan tahap kesihatan orang Korea begitu baik? Lagi satu, kebanyakan kulit orang-orang Korea licin dan bebas jerawat. Ini menjadikan kulit mereka sangat gebu dan cantik! Jealous tak...huhuuu..

Rahsianya adalah berpunca daripada makanan. Orang Korea sentiasa mengamalkan bawang putih dalam setiap hidangan mereka. Bayangkan, dalam sehari mereka mampu menghabiskan 2 labu bawang putih yang dimakan seperti ulam-ulaman sahaja. Kalau kita, dua ulas tu cukup untuk dimasak dan dijadikan perencah untuk menumis masakan je. Jadi, lepas ni kalau nak sihat dan cantik, makanlah bawang putih banyak yek :-)


Autumn In My Heart~ Touching story ever..

Hari ini, sekali lagi saya ingin menyentuh tentang khasiat bawang putih Shaklee. Saya percaya, tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu  untuk makan 2 labu bawang putih mentah-mentah setiap hari! Jadi, pilihlah Garlic Shaklee yang dikekalkan khasiatnya walau pun telah diproses ke dalam bentuk tablet.


Garlic Shaklee mengandungi allisin yang sangat banyak khasiatnya. Allisin hanya terdapat dalam bawang putih yang dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih telah digunakan secara turun-temurun untuk melegakan batuk, selesema dan membantu peredaran darah yang baik. Garlic Shaklee diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada musim panas. Ia bebas 100% daripada racun perosak.(RAHSIA SAYA : Dewasa ini, adalah sangat-sangat sukar untuk kita cari tanaman yang tidak menggunakan racun perosak dan tidak diubahsuai secara genetik a.k.a non GMO.)



Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan di bawah kawalan ketat iaitu pada suhu bilik tanpa menggunakan haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (TOP SECRET : Tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai allisin aktif. Allisin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
·         Mengurangkan pemendapan artesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee


  •    Pengekalan 100% Allicin aktif
  •    Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  •    Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  •    Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  •    Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Khasiat Garlic Complex
·    Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·    Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·    Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·    Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·    Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·    brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·    Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·         Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds)
-      Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut,          dada, sistem air kencing


Hmm, terlalu banyak khasiat Garlic Complex. Rugi kot kalau tak try. Macam saya, saya adalah penggemar sup tulang. Jadi, untuk mengurangkan risiko kolesterol yang tinggi dalam sup tulang, saya akan pasti makan tablet Garlic Complex setiap kali selepas makan. Beringat sebelum kena. Lagi pun, harga sebotol Garlic Shaklee tidaklah semahal mana pun.

Hubungi saya untuk dapatkan khasiat Garlic Complex Shaklee. Memang berbaloi-baloi.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221