Selasa, 29 Oktober 2013

Mengapa Mesti Malu Berada Dalam MLM?


Masa saya join Shaklee dulu, saya tak tahu pun Shaklee adalah MLM.. Mujur saya tak tahu.. Kalau saya tahu, mungkin saya tak nak join.. Sebab saya pun anti MLM.. dan saya pun pernah terkena..

Saya join Shaklee masa tu sebab saya dah try sendiri produknya.. dan saya memang nak cari income tru bisnes since dah plan untuk resign masa tu. Passion awalnya sebab breastfeeding.. Shaklee menghubungkan saya kepada passion saya, supaya saya bukan saja dapat promote set penyusuan, tapi dapat menggalakkan serta membantu ibu-ibu yang menyusu.

Bila saya dah tahu Shaklee sebenarnya MLM.. owhhhhh ye ke.. Tapi saya dah tak kesah pun.. Sebab saya dah tengok sendiri macam mana sistem Shaklee dan sistem yang dibawa oleh group Jutawan.. Sama sekali SALAH kalau disamakan MLM adalah sistem piramid atau skim cepat kaya!

Langsung tiada yang salah.. Sah syariah. Hanya menggunakan konsep SHARING sahaja.. Tak perlu head hunting pujuk rayu paksa orang join Shaklee atau beli Shaklee.. Tak perlu beli stok beribu atau tak perlu ada modal besar baru dapat bermula.. Juga tak perlu buat loan. Memang konsep MLM sebenar tidak menindas dan adil untuk semua. Semua orang pun mampu menyertainya kerana membership fee sangat rendah, hanya RM75 dan boleh bergerak even tanpa modal!

Yes.. Bukan skim piramid sape masuk dulu dia lebih kaya atau lebih tinggi pangkatnya.. sebab dalam Shaklee, downline boleh potong rank upline dan boleh dpt lebih tinggi bonus daripada upline. Malah tiada had untuk berapa ramai sekalipun Master Coordinator yang dibayar bonus minimum RM600k setahun (mengikut besar group)..

Juga terbukti bukan skim cepat kaya sebab rata-rata bermula dengan 2 angka.. START SMALL.. baru berganjak ke 3 angka. Seterusnya 4, 5 dan 6 angka..

Saya tak malu mengaku berada dalam MLM.. Even ramai yang sinis kepada yang berada dalam MLM.. "patut la cepat kaya sebab buat MLM".. ''OOoo patut la byk bonus, downline ramai.. makan hasil penat lelah downline".. Hanya jauhari yang mengenal manikam.. Siapa yang berada dalam MLM sebenar, pasti akan tahu bagaimana penat lelah nak sampai ke rank tertinggi.. yang cetek, jumud dan negatif pasti akan mudah melabel orang tanpa tahu hal sebenarnya... kesian.. 

Sekarang passion saya nak membantu dan mengubah hidup lebih ramai lagi orang supaya dapat merasa apa yang saya dah rasa.. Bukan sahaja transformasi kewangan, tapi transformasi diri ke arah yang lebih positif dan lebih hebat! Menerapkan nilai 'kaya dan berjaya untuk membantu Islam dan lebih ramai orang'.

Yang kat luar banyak berkata2 tu, kalau nak tahu kisah sebenar susah payah berada dalam MLM sebelum mengutip hasilnya, saya jemput untuk cuba.. Setakat mana boleh tahan.. hihi 

P/s: Jom bersihkan nama MLM yang berniat mulia nak membantu orang biasa menjadi luar biasa.. Buat MLM dengan cara yang betul, guna sistem gerak kerja yang betul.. Jangan plak syarikat MLM tu asal sistem betul, tapi dimanipulasi untuk cepat kaya.. tu dah salah.

kredit to : MHM
Hidup luar biasa..

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kepentingan Protein kepada Manusia

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science
  1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
  2. Metabolisma (otot)
    Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
  3. Metabolisma (pencernaan)
    Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet.Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
  4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi di antara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
  5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi).Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan. (kredit)
  6. Memandangkan protein sangat penting kepada kita, jadi saya memastikan bahawa saya mengambil protein soya ESP setiap hari. Protein yang kita ambil daripada makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya biasanya mudah musnah sewaktu kita memasak. Jadi, kita tidak mendapat sumber protein yang mencukupi melalui makanan kita. Itulah sebabnya saya memilih ESP sebagai sumber protein terbaik untuk keluarga saya. Jika anda juga berminat untuk mendapatkan sumber protein yang berkualiti, boleh hubungi saya untuk pertanyaan. Sekian, terima kasih :-) 



June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Jumaat, 25 Oktober 2013

Apa yang kita perlu tahu tentang Vitamin C?

Selain vitamin B Complex, Vitamin C juga merupakan sejenis vitamin larut air dan ia dikenali sebagai 'L-ascorbic acid'. Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C. Memandangkan ia sangat penting untuk melengkapkan fungsi badan manusia, kita perlu mendapatkannya melalui makanan harian setiap hari.

Fungsi Vitamin C 
  1. Mampu memperbaiki tisu-tisu yang rosak.
  2. Sangat berguna untuk menjaga kesihatan gusi ( vit C ibarat gam yang membolehkan gigi melekat pada gusi).
  3. Mengelakkan stress kerana vitamin C berperanan mengeluarkan hormon anti-stress.
  4. Bertindak untuk bergabung dengan toksin  dan mengangkutnya keluar daripada badan.
  5. Sangat penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan kolagen tanpa vitamin C adalah satu kerugian yang besar kerana kolagen tak mampu memberikan kesan yang terbaik terhadap kulit anda.
  6. Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman. Sebab itulah vitamin C antara suplemen wajib untuk set berpantang.
  7. Meningkatkan sistem imun badan
Kesan Kekurangan Vitamin C
Apakah pula kesan andai kita tidak mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari? Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia tidak akan disimpan di dalam badan dan kita harus mengambilnya dalam diet harian. 
  1. Badan mudah diserang selsema dan demam.
  2. Cepat tertekan.
  3. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik.
  4. Gusi mudah berdarah.
  5. Mudah diserang ulser.
  6. Luka lambat sembuh.
  7. Sakit pada bahagian sendi.
  8. Masalah pencernaan.
  9. Wajah tampak lebih tua daripada usia sebenar...tak sanggupkan?hihi..
  10. Tapak kaki kelihatan seperti orang berusia 60-an! Kering & bersisik.
Berapa banyakkah vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari? 


Recommended Dietary Allowance (RDA) mencadangkan pengambilan vitamin C seperti berikut :
 
Wanita dewasa : 75mg, Lelaki dewasa : 90mg 
(Jumlah ini boleh didapati daripada sebiji oren bersaiz sederhana.)
Perokok : 125mg

Jadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, eloklah cuba amalkan makan buah-buahan setiap hari.

Terima kasih kerana sudi membaca.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Khamis, 24 Oktober 2013

Cara Mengurangkan Cyst Tanpa Pembedahan

Selain kanser payudara, cyst merupakan antara penyakit yang digeruni oleh wanita masa kini. Cyst adalah sejenis 'tumbuhan' dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan ini mesti mengandungi cecair, sama ada air, cecair bercampur proteinn, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, serta lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan sebagainya. (sumber)

Antara tanda-tanda Cyst & Fibroid
* Gangguan Haid/ Senggugut
* Keputihan
* Masalah ketidaksuburan
* Kemandulan di kalangan wanita
* Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
* Perut kembang
* Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
* Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
* Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
* Kerap letih dan lesu
* Sakit lutut dan tumit
* Kesejukan kaki dan tangan
* Kekejangan otot di bawah betis (simpul mengkarung)
* Kerap keguguran
* Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada gangguan haid dan senggugut
2. Ia sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang        pernah melahirkan anak
Cara Rawatan Cyst & Fibroid

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid.


Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuhan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun bergantung kepada aktifnya fibroid mereka. Jadi, sebagai alternatif, saya mencadangkan supaya wanita yang mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim untuk mengawal masalah itu dengan pengambilan suplemen.

Cadangan vitamin : GLA COMPLEX


Untuk mereka yang mengalami cyst ni,cubalah amalkan GLA Complex. GLA Complex bertindak menstabilkan hormon dan menjadikan period lebih teratur.. Ia juga mampu mengurangkan masalah senggugut yang teruk di kalangan wanita.

P/S : Vitamin hanyalah sebagai usaha kita. Yang menentukan kesembuhan adalah Allah. Tapi, ada baiknya kita mencuba suplemen terlebih dahulu sebelum terus memilih untuk melakukan pembedahan. Nantikan testimoni pengguna yang telah berjaya mengecutkan cyst tanpa pembedahan.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Isnin, 21 Oktober 2013

Kekurangan Vitamin, Buruk Padahnya

Tahukah anda masalah berkaitan emosi juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin? Ya, ia bukan saja menunjukkan kesan dari segi fizikal, malah lebih dari itu, bila kita kurang vitamin. Jom kita tengok apa kesan-kesan kekurangan vitamin ni..

   Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Vitamin B1 – kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin B3 – tekanan perasaan
Vitamin B5 – kurang daya ingatan, stress
Vitamin B6 – mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin B12 – kurang daya ingatan, keliru
Asid Folik – tekanan perasaan, gemuruh

   Vitamin C – bukan untuk kulit sahaja

Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan...

   Magnesium (dalam Ostematrix)

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur…

   Zinc

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang konsentrasi.
Jadi bila anda mengalami perkara-perkara di atas, usah risau, anda masih belum gila.. cuma kekurangan vitamin saja.
Dapatkan
  • B Complex
  • Vita-C Sustained Released 500mg
  • Ostematrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D)
  • Zinc

Kredit : http://vitaminsemulajadi.com/kesan-kekurangan-vitamin/



June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Sabtu, 19 Oktober 2013

Mengapa Doktor Perubatan juga Memilih Shaklee?

Sekadar perkongsian..baca dengan mata hati...renung-renungkan maksud yang tersurat & tersirat...ada mesej istimewa yang bakal disampaikan dalam perkongsian Doktor Malinda ini :-)

Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.


Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 

Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.
Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 


Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 


Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.



So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 



Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.




This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur. 
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri. 
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk. 

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan. 

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri. 

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!


Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak. 

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee. 

Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu. 

Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital. 

Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee. 

Ni gambar kami masa 2004 - tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.


Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.





Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan. 

Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat. 

Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri. 

Kebebasan membuat apa yang saya suka!. 

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul? 

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang. 

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.


Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life. 

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.


Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan Shaklee. Kami di Future Wellness Presidential Master group bersedia untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun kami dalam perniagaan shaklee.


In shaa Allah, training dan support system yang dapat membantu anda untuk melakar kejayaan dalam perniagaan.


Sebagai Master Coordinator yang telah membantu ramai insan diluar sana. Tiba masanya kami memberi dan membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan bimbingan yang lebih baik dalam bidang perniagaan dan agar tidak di tipu dan dianiaya. Agar tidak menjadi 'mangsa' penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Penjana Tenaga Ekstra hanya dengan Sebiji CoQHealth Plus

Sejak mencuba coQHealth Plus, saya bagaikan orang bercinta...memang saya dah jatuh cinta dengan vitamin kecil yang comel ni...hasilnya sangat-sangat berbeza pada saya. Apa yang saya nampak, badan saya  tidak mudah berasa penat walaupun terpaksa berdepan dengan tugas yang banyak setiap hari...saya juga tinggal di tingkat 4 tanpa lif...setiap hari terpaksa turun naik tangga beberapa kali...apa yang magicnya, saya tidak lagi cepat mengah seperti dulu...relax je walaupun 5-6 trip turun naik tangga. Fuh! Very energetic...alhamdulillah..

Apa yang menyebabkan CoQHealth Plus begitu berkesan? Sebenarnya, dalam CoQHealth Plus terkandung vitamin E, teh hijau dan koenzim CoQ10. Tapi kali ini saya nak highlight tentang CoQ10 je dulu ye..

Bagaimana CoQ10 di dalam CoQHealth Plus membantu tubuh jana tenaga extra?


CoQ10 yang terkandung di dalam suplemen ini merupakan zat makanan larut lemakyang membantu sel-sel tubuh manusia menghasilkan tenaga supaya seluruh organ dapat berfungsi dengan baik, atau lebih mudah kita fahami yang CoQ10 ini adalah 'pencetus tenaga', lebih-lebih lagi terhadap organ-organ yang memerlukan tenaga selular yang banyak seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.




CoQ10 membuatkan otot-otot jantung lebih kuat, menyokong keupayaan mengepam darah lantas memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh ; sekaligus menyumbang kepada paras tekanan darah yang sihat.

CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang menjaga arteri dan mengurangkan LDL (kolestrol jahat) dalam badan.

Atas sebab-sebab di atas maka suplemen CoQHealth Plus Shaklee membuatkan kita mendapat extra tenaga selepas mengamalkannnya secara konsisten.

Hanya sebiji sehari :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Tak rugi jika anda memilih untuk mencuba. Jantung sihat, badan pun automatik akan jadi lebih cergas. Insya Allah.
Sumber

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA: 017-943 8392

Khamis, 17 Oktober 2013

Kebaikan Vitamin C Sustained Released Shaklee

Sehari dua ni kecoh dengan berita sensasi bahawa vitamin C Sustained Released Shaklee bakal berada di pasaran minggu depan. Sebenarnya dah setahun saya menunggu kedatangan vitamin C ni since ia telah kehabisan stok dari bulan October 2012 lagi...rindu betui...apa yang membuatkan vitamin C SR ni begitu istimewa? Tiada yang seumpamanya tau...
Ni la dia vitamin C SR tu...sumber dari google..


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu? Jemputlah baca fungsi-fungsi vitamin C ni ye..

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu makan oren sebanyak itu setiap hari, maka tidak perlulah menelan pil. Namun jika tidak, ada baiknya jika kita mendapatkannya dalam bentuk tablet. 

P/S : Sebotol mengandungi 180 biji....boleh tahan sehingga 6 bulan...harga pula serendah RM92.50..so jimattt..

Jika berminat untuk mencuba boleh hubungi saya di sini : 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | WA/SMS 017-943 8392

Jumaat, 11 Oktober 2013

Vitamin Shaklee untuk Wanita Tampil Hebat Mempesona

Assalamualaikum...sedar tak sedar kita dah pun masuk ke bulan Oktober...dah nak masuk hujung tahun rupanya kita. Begitu pantas masa berlalu...kalau kat sekolah, waktu-waktu macam ni guru-guru sibuk menanda kertas exam dan kalut kejar due date untuk key in markah dalam sistem online SAPS. Bagi guru-guru menengah rendah pula, mereka bersengkang mata untuk key in markah PBS. Boleh tahan banyak jugalah yang nak kena selesaikan...apa pun, amanah yang diberi kenalah laksanakan dengan sebaik mungkin. Betul tak?

Hari ni hari Jumaat, which is kalau kat Kelantan adalah hari cuti hujung minggu. Jadi, saya ambil peluang cuti ni untuk rehat2..sempatla juga update blog sambil melayan kerenah si anak...anakku cuma seorang, tapi sibuknya mama di rumah macam beranak tiga! Sebagai ibu, isteri dan pekerja...adakalanya tugas di rumah & tempat kerja boleh jadi sangat-sangat memenatkan. Kita haruslah kuat mental & fizikal untuk memikul tugasan yang tak pernah habis....So, apa kaitan dengan tajuk kat atas????

Walau sesibuk mana pun kita, kesihatan kita sebagai ibu rumah tangga haruslah diutamakan. Pernah tak korang bayangkan, apa perasaan kalau tiadanya si ibu di rumah...tak perlu lama, tiga hari cukuplah...agak-agak macam mana ye situasi kat rumah kita tanpa ibu ye..hihihhh.

OK, back to the topic...sebenarnya saya nak kongsikan tentang vitamin yang penting untuk wanita iaitu : GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix.


                                                                         GLA Complex


                       Omega Guard
                                                               


                                                               Ostematrix

Untuk fungsi bagi setiap vitamin, anda boleh klik pada tajuk di bawah mereka...jangan takut untuk mencuba kerana saban hari saya dikejutkan dengan cerita yang indah-indah daripada pengguna vitamin Shaklee...tak kenal maka tak cinta. Dah cuba tak boleh lupa tau...insya Allah, segalanya berlaku atas izin Allah jua.

Feel free to contact :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383