Sabtu, 27 Julai 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI




1. Memperbanyak Membaca"LahawlaWala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Melanggengkan Ber-Istighfar"Barang siapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

4. Membaca Surat Al-Ikhlas"Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surat Al-Waqiah"Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Shalawat Ata Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

7. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

credit to: Yang Tertutup itu Lebih Indah Sayang 

Jumaat, 26 Julai 2013

Vitamin Shaklee untuk tambah Darah supaya Muka Kembali Berseri

Pengalaman hamil dengan mengalami masalah hemoglobin yang cukup2 makan sahaja (bacaan di bawah 10 untuk sukatan hemoglobin) masih saya ingat...Kesannya pada saya menjadikan badan saya cepat lelah dan letih...baru berjalan beberapa meter dah terasa penatnya..apatah lagi, saya menghuni di Kuarters Tingkat 4 memaksa saya untuk memanjat tangga yang tinggi sebelum sampai ke rumah....Fuh! Termengah-mengah dibuatnya.. Setiap kali check-up di klinik, saya bersiap sedia untuk menerima teguran doktor @ cik misi coz dah boleh agak Hb saya rendah...saya dinasihatkan untuk mengambil vitamin zat besi yang klinik bekalkan sebanyak dua kali ganda daripada biasa. Huhuhuu.... Tapi mengenangkan pada masa tu saya tinggal bersendirian (kes PJJ) dan semua housemate dulu dah pindah, maka saya kena pastikan yang saya betul2 sihat....so, saya ikutkan aje semua saranan doktor..takut juga kan if ada pape...

Antara makanan yang doktor sarankan untuk tambah darah :
  • bayam
  • ikan bilis 
  • hati (organ dalaman tidak digalakkan kerana mengandungi toksin yang tinggi)
  • kekerang (kena hati-hati coz silap haribulan boleh kena diarrhea dan kalau orang yang ada masalah allergy kerang kurang sesuai untuk diamalkan)
Tapi kalau nak makan semua makanan kat atas tu hari-hari, jenuh juga dibuatnya kan? Jadi di sini, saya ingin kongsikan kepentingan Vitalea Iron Formula Shaklee.


Ia terkenal sebagai supplemen untuk tambah darah, zat besi (iron) memainkan peranan yang sangat penting. 

Apakah kepenetingan zat besi?
Tahukah anda, zat besi berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah, membantu pemeliharaan badan yang sihat, mencegah anemia.
  • Tahukah anda:

    Zat besi berfungsi sebagai komponen bagi struktur hemoglobin iaitu satu sebatian penting untuk mengangkut oksigen  yang diperlukan oleh badan dari paru-paru ke tisu di seluruh tubuh. Apabila zat besi yang dibekalkan terlalu sedikit, kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah anemia dan ini mengakibatkan kelesuan, gangguan konsentrasi dan fungsi imun turut terjejas.

    Jadi, jika anda mengalami masalah kekurangan darah, amalkanlah pengambilan  VitaLea Shaklee 2 biji sehari... InsyaAllah pasti membantu dalam masalah kekurangan darah ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang memerlukan terutamanya mereka yang sedang berbadan dua. Jaga diri, jaga kesihatan anda demi keluarga tersayang, Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 25 Julai 2013

Tazkirah Ramadhan ~ Berdoalah Sebelum Berbuka Puasa

Assalamualaikum...saya tertarik dengan perkongsian 

Ustazah Noor Laila Aniza di status FB beliau...di sini saya

 nak kongsikan pesanan beliau...sementara bulan 

Ramadhan yang tinggal dua belas hari je lagi ni, apa kata 

kita sama-sama amalkan nasihat Ustazah Laila...semoga 

bermanfaat untuk kita semua.




''Apa perkara yang kita fokuskan time dekat2 nak buka

 puasa? :)) Marahkan anak suruh cepat2 bersiap untuk

 buka 

puasa, marahkan anak jangan gaduh2, atau kita yang 

tengah

 gaduh2 ngan suami pasal ada benda tak kena kat hati...?

atau fokus hidang makanan, renung makanan & tunggu nak

 makan...



 Walhal janji Allah & jaminan Allah...DOA 

ORANG 

BERPUASA KETIKA HAMPIR WAKTU BERBUKA, TIDAK AKAN

 DITOLAK ALLAH S.W.T.... ini jaminan sejuta %!!!! Jom doa

sungguh2 sebelum berbuka, doa sungguh2 segala2nya 

berkaitan dunia akhirat, ALLAH KATA ALLAH TAKKAN 

TOLAK!!! Dan Allah tidak pernah memungkirinya....Doa 

dengan puji Allah banyak2, minta apa sahaja yang kita

 mahukan dan

 tutup dengan selawat...20 min,10 min, 5 min sebelum 

azan, kita SIIIIIIBUK berdoa.... Itulah yg kita semua perlu 

lakukan.... selamat berdoa sebelum berbuka ya! Sayang 

semua!''


Insya Allah...lepas ni sama2lah kita berdoa, minta pada

 Allah apa sahaja yang kita perlukan...dan yakinlah 

bahawa janji Allah itu PASTI...tak rugi pun kan jika kita

 minta pada Allah banyak-banyak? Allah lagi suka tau....

SEKIAN.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Rabu, 24 Julai 2013

Testimoni Nutriferon untuk Kanak-kanak

Anak saya selesema dan batuk 3 hari selepas demamnya kebah. Tambahan pula, hampir setiap hari hujan sahaja di Pulau Pinang ni. Sebenarnya, demam terjadi disebabkan antibodi tubuh sedang melawan virus, sebab itu badan seseorang akan panas. Punca virus itu berkemungkinan virus selesema, demam, keracunan makanan, demam campak dan sebagainya.

Seperti Yaya selepas 3 hari kebah demamnya baru selesema dan batuk muncul. Dari hari pertama Yaya batuk dan selesema saya berikan Yaya secubit Nutriferon 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Alhamdulillah, selepas hampir seminggu Yaya sudah tidak perlu makan Nutriferon walaupun dia sangat sukakan Nutriferon Shaklee. 


Maklumlah setelah menggunakan Supplement Shaklee hampir dua tahun dan kini menjadi pengedar sah Shaklee banyak pengetahuan mengenai kebaikan supplement Shaklee yang terbaik di dunia yang menaiktarafkan kesihatan pengguna bukan sekadar merawat penyakit sahaja. Tambahan pula, apa guna saya menjadi pengedar Shaklee dan mengetahui kebaikan dan manfaat supplement Shaklee tetapi tidak dikongsikan bersama orang-orang kesayangan saya.

Dua hari pertama, suami sangat risau akan kesihatan Yaya, maklumlah sebelum saya berkenalan dengan Nutriferon ini, Yaya pernah selesema hampir sebulan, dikhuatiri terkena jangkitan paru-paru dan perlu berulang alik ke klinik 2 kali sehari semuanya kerana ketika itu Yaya tidak pandai mengeluarkan hingus dan kahaknya sendiri, maklumlah baru berusia setahun beberapa bulan ketika itu. 

Tambahan pula, Yaya merupakan anak sulung kami maka banyak yang kami tidak tahu dan perlu pelajari dalam masa singkat seperti menyedut hingus yaya menggunakan alat sedut hingus dan juga menggunakan cara tradisional menyapukan bahagian belakang dan hadapan badan Yaya dengan campuran hirisan daun kaduk beserta secolek kecil kapur makan. Namun begitu sedutan sama ada terus melalui mulut penjaga ataupun alat sedutan sebenarnya tidak begitu digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada saluran pernafasan anak, tambahan kulit mereka masih lagi lembut. 

Hari kedua pemberian Nutriferon, suara yaya bertukar sengau dan dia kerap batuk, tetapi saya meneruskan pemberian Nutriferon kerana saya tahu Nutriferon lebih baik daripada memberikannya antibiotik, ubat selesema dan batuk yang mempunyai kesan sampingan serta saya tidak suka melihat anak saya tertidur lena kerana ubat yang berunsurkan dadah dan sintetik. 

Keistimewaan Nutriferon ialah Nutriferon dapat meningkatkan interferon tubuh dan menggerakkan antibodi tubuh untuk melawan virus selesema dan batuk dalam tempoh tiga hari. Oleh sebab itu, untuk dua hari pertama, selesema dan batuk Yaya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. 

Masuk hari ketiga, Yaya tidak lagi batuk dan hanya sesekali bersin. Suaranya tetap sengau maklumlah hingus masih berkumpul dalam hidungnya. Dan, saya masih meneruskan pemberian Nutriferon 2 kali sehari kepada Yaya setiap pagi selepas menyusukan Yaya, sebelum saya keluar bekerja.

Memberi Nutriferon kepada Yaya sangat mudah daripada memberi ubat klinik. Hanya SECUBIT Nutriferon setiap 2 kali sehari. Rasanya pula, manis labu dan tidak kelat atau pahit seperti ubat klinik kerana Nutriferon dirumus dengan 4 ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu biji labu, biji  plantigo asiatica, honeysuckle jepun dan juga bunga safflower.

Anda hendak tahu? hari pertama hingga ketiga Yaya masih lagi takut semasa saya memberinya Nutriferon walaupun rasanya manis labu dan Yaya sangat suka makan labu kerana Yaya takut makan ubat. Hari ke-empat dan ke-enam Yaya mintak letakkan Nutriferon ditangannya dan dia akan jilat sampai habis dengan perasaan gembira. Bila sudah habis Nutriferon Yaya jilat ada masalah lain pula..hehe..dia mahukan Nutriferon lagi^_^

Suami saya pula? semasa hari ketiga Yaya selesema dia sudah boleh bertenang kerana dia dapat melihat perubahan positif tahap kesihatan Yaya. Oh ya, Yaya masih berselera makan  dan aktif bermain seperti hari biasa walaupun sedang selesema. Itu yang membuatkan saya senang hati ^_^ 

Kini, selesema dan batuk Yaya sudah sembuh sepenuhnya dan kadangkala dia mencari akal beri alasan pada saya untuk berinya Nutriferon lagi. Seperti pagi tadi sebelum entry ini ditulis. "Amau can  cuq agum ti Aya untah. Mama Aya nak can bat" (tak mau makan cucuq jagung, nanti yaya muntah. Mama, Yaya nak makan ubat)..hehehe..

Bagi anda; ibu bapa yang ingin memberi Nutriferon kepada anak anda saya akan berikan konsultasi sukatan Nutriferon mengikut umur anak-anak anda. Konsultasi ini hanya eksklusif kepada pelanggan-pelanggan yang membeli Nutriferon daripada saya Sahaja. 

Anak saya kini ada pilihan 'ubat' yang 100% semulajadi, selamat, berkesan dan disukai oleh kanak-kanak tidak setakat anak saya sahaja. Tambahan pula, produk-produk shaklee  ini semuanya hangat di pasaran dan acap kali kehabisan stok. Jangan tunggu Nutriferon kehabisan stok pula baru anda ingin menyediakan stok Nutriferon di rumah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Isnin, 22 Julai 2013

Pengedar Shaklee di Kawasan Anda

Assalamualaikum w.b.t....Alhamdulillah, kita dah masuk hari ke-14 kita berpuasa. Saya doakan semoga pembaca yang saya kasihi dapat menunaikan ibadah puasa dan tarawikh dengan sempurna..Insya Allah. Di bulan Ramadhan ini adalah sangat bermanfaat jika kita meluangkan masa dengan sebaik-baiknya. Isilah masa kita dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran. Semoga segala doa dan impian kita akan dipermudahkan Allah..ameen! 

Perkongsian hari ini adalah berkenaan senarai pengedar Shaklee berhampiran anda...di sini saya senaraikan pengedar-pengedar Shaklee yang mungkin berada di sekitar kawasan anda.

  1. JUNAINAH MOHAMED~ GUA MUSANG, KELANTAN. HP:019-2187383
  2. MOHD FAHMI MOHD YUSOF~ KOTA BHARU, KELANTAN. HP: 019-2137383
  3. FATMAWATI MOHAMED~ PAKA,KERTEH TERENGGANU. HP: 019-9866331
  4. ROSYATI MOHD ROFEE~ SABAK BERNAM, SELANGOR. HP: 013-9323848
  5. RALIYAH ABU BAKAR~MUAR, JOHOR. HP : 016-6703257
  6. JENNIFER TIANSIN~ KOTA KINABALU, SABAH. HP: 019-8373101
  7. RAHIMIN MOHAMED~ JERTEH, TERENGGANU. HP: 012-9522559
  8. ZURAIDA NOR BAHARI~SELAYANG, SELANGOR. HP: 019-6411614
  9. NORIZAN IBRAHIM~ FELDA CHIKU, GUA MUSANG, KELANTAN. HP: 013-9194925
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ye..

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Ahad, 21 Julai 2013

Tazkirah Ramadhan ~ Pohon Nabi

POHON NABI

Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang.

Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.






Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.


Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”


Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra :

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda

SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosrasejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua.


Sumber FB

Serangan Jantung Punca & Cara Mengatasinya

Bismillah.

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS
(Perhatian bagi pengemar minum air sejuk apabila berbuka puasa)




Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung …

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup …

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa… Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Jumaat, 19 Julai 2013

Doa Hilangkan Kesedihan


Sama-sama kita amalkan...doa yang dianjurkan kita baca setiap hari..

Tazkirah Ramadhan ~ Khasiat Surah Al-Ikhlas


”Demi ALLAH yang jiwaku di Genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada, sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.”.



Ehsan Google



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

”Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan.”.

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal.

Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70.000 malaikat itu diutus hanya kerana almarhum sering membaca surat ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabiuntuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(HR Qurthuby).

SubhanAllah....
Semoga kita bisa mengamalkannya setiap waktu saudaraku...

Sumber FB

Khamis, 18 Julai 2013

Punca Susu Ibu Berkurangan dan Cara Mengatasinya

Sebagai ibu yang berhasrat untuk menyusukan, kita sudah semestinya akan berasa tertekan sekiranya susu badan tiba-tiba berkurangan. Macam saya dahulu, yang saya perasan setiap kali datang haid susu mula menunjukkan penurunan setiap kali sesi perahan. Sedikit sebanyak hal ini boleh merisaukan saya. Tapi saya mengambil langkah untuk tidak terlalu stress dengan keadaan itu kerana stress juga boleh menjadi faktor susu badan berkurangan. Di sini saya ingin berkongsi tentang 10 punca yang boleh mengurangkan susu ibu berkurang. Dah tahu punca, maka mudahlah untuk kita mencari penyelesaiannya :-)

1. Kekerapan mengepam (demand vs supply)
Kesibukan seringkali menjadi kekangan kepada ibu untuk mengepam. Jika sebelum ini, si ibu mampu mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, pada hari-hari yang sibuk sesi mengepam boleh berkurang kepada 2-3 kali sahaja. Apabila kekerapan mengepam berkurang, maka signal akan menghantar isyarat ke otak bahawa keperluan untuk pengeluaran susu juga berkurang. Maka susu juga dihasilkan akan berkurangan daripada biasa. 




2. Cara penjaga bayi beri minum susu
Ingat balik teori demand = supply tadi. Macam agak tidak logik apabila dihantar kepada pengasuh je tiba-tiba baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga ada yang tak kena pada cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Mungkin juga situasi ini berlaku, asal bayi menangis sikit, terus beri susu. Padahal mungkin bayi menangis kerana inginkan perhatian tetapi bukan kerana kelaparan. Jadi, kita harus menerangkan kepada pengasuh cara yang betul untuk memberikan susu perahan kepada bayi. Setidak-tidaknya, beri jadual untuk bayi kita minum susu kepada pengasuh.

3. Cara ibu simpan susu perahan
Si ibu menjangka anak minum 10 oz, jadi dia akan hantar 2 botol susu dengan 5 oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! iya la, walaupun 10 oz, tapi ibu hantar 2 botol saja...
Penyelesaiannya : Simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.



Sumber : Google

4. Out-station
Ketika terpaksa outstation, kadang-kadang ibu tidak berpeluang untuk membawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu bahawa dia harus pam sebanyak 8-12 kali sehari. Ataupun sesi perahan hendaklah dibuat 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain milk production. Kadang-kadang ibu tak sedar tentang ini kerana biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Penyelesaian : Pam siang & malam setiap 2-3 jam. Tak penat ke? Kalau hendak seribu daya...


5. Keberkesanan pam

Macam benda-benda lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya apabila sudah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. ini akan menyebabkan pam tersebut gagal untuk membantu ibu mengosongkan payudara sekosong-kosongnya.

Penyelesaian : Gunakan pam hospital-grade; lakukan kaedah Marmet selepas pam & pastikan  susu tidak keluar untuk kosongkan payudara.


6. Pengambilan ubat-ubatan 
Apabila sakit, jumpa doktor & doktor akan bagi ubat… jangan lupa untuk memberitahu doktor bahawa kita sedang breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat untuk breastfeeding.

Penyelesaian : Ambil tahu tentang kesan ubat-ubatan terhadap penyusuan. Ada juga ubat-ubatan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu. Akan tetapi, vitamin dan ubat adalah berbeza yer...ehemmm :-)


7. Pengambilan pil perancang
sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.

Penyelesaian : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.


8. Mengandung
Mengandung boleh mengurangkan susu.. kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’ dan berkurangan.


9. Growth spurts
Apabila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya akan berubah sedikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Penyelesaian : Sediakan stok untuk hadapi saat-saat begini & tambah sesi mengepam.


10. Stress!
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon-hormon penyusuan. Hehe...

Penyelesaian : Amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding. 
sumber : mysuperkids.net



Semoga info di atas dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi mereka dengan susu badan mereka sendiri. Sesungguhnya, anda adalah ibu-ibu yang hebat kerana memilih hanya yang terbaik untuk bayi anda ;-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah. Kalau nak lebih jimat, jadilah ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20% mengikut jenis vitamin. Ketahui1001 kelebihan jadi ahli di sini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Tips Penjagaan Luka Pembedahan Caesarean


Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, caesarean adalah jalan terakhir yang akan mereka pilih jika mengalami masalah sewaktu melahirkan anak. Seperti yang kita ketahui, mungkin semasa proses 'caesar' kita tidak akan berasa sakit kerana telah dibius. Tetapi setelah kesan bius tersebut hilang, muncullah rasa sakit kesan daripada pembedahan tersebut. Langkah untuk penjagaan bagi ibu-ibu yang melahirkan secara caesarean juga agak sukar berbanding ibu yang bersalin secara normal. Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi tips yang sesuai bagi penjagaan luka Caesarean. 


Ehsan Google

Apa yang perlu anda lakukan ialah :


1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut.
Ini penting agar luka anda sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

2. GUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGERINGKAN TEMPAT LUKA. 

Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena
jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering.

3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai 

bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu 
selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh 
hospital, ia juga boleh di beli di farmasi
.
4. Tujuan meletakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bukan sahaja untuk
\ mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama di bahagian 
pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa
bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal 
dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih 
setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung.


5. Untuk kesan yang optimum, bengkung hendaklah dipakai 24 jam sehari selama 44 hari 

berpantang.

*** Untuk mempercepatkan pemulihan luka bolehlah mencuba Zinc Complex Shaklee yang 

termasuk dalam set pantang Shaklee.

Itu saja buat kali ini. Selamat mencuba!


Sumber : FB




June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383