Ahad, 30 Jun 2013

Set Penyusuan Shaklee Super Bajet

Set penyusuan Shaklee semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak. Mereka tidak teragak- agak untuk memilih Shaklee kerana setiap kali 'Google' tentang set tambah susu ibu, page Google ternyata dipenuhi dengan cerita tentang Shaklee...saya sendiri pun berkenalan dengan Shaklee melalui info daripada internet..saya di Kelantan, tetapi pengedar yang menjual Shaklee kepada saya berada di Sarawak..sungguh mudah! Dan saya juga hanya bermula dengan set bajet, sajalah nak test market...kot2 la tak serasi, jadi tak delah rugi sangat...tapi ternyata selepas itu saya berpuas hati & terus membeli Set Penyusuan Optimum untuk kesihatan diri saya dan anak :-).



Set penyusuan bajet diperkenalkan bagi memberi peluang kepada semua ibu untuk mencuba vitamin Shaklee..ianya terdiri daripada Energising Soy Protein dan alfalfa...khasiat yang diperoleh setelah menggunakan set ini ialah si ibu akan lebih cergas bertenaga, susu akan bertambah meriah, ....dan kulit ibu dan bayi juga makin lama menjadi semakin halus dan gebu!

Mari kita rungkaikan khasiat ESP dan alfalfa satu persatu...


Kebaikan Energising Soy Protein Shaklee (ESP) :

1. Kulit makin cerah, gebu dan berseri-seri
2. Memudarkan kesan parut pada wajah dengan cepat (protein menghasilkan sel baru yang lebih sihat)
3. Menjadikan ibu lebih bertenaga dan tidak cepat letih
4. Mengenyangkan, jadi ESP sesuai bagi ibu menyusu yang ingin berdiet
5. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik jika diambil bersama ESP
6. Memekatkan susu ibu dan bayi cepat kenyang, jadi senanglah ibu nak pam susu untuk dibuat stok
7. Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang disusukan dengan susu ibu
8. Mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tidak mampu dihasilkan oleh badan
9. Mengurangkan masalah rambut gugur
10. Menjadikan ingatan lebih kuat

Kebaikan Alfalfa :

1. Milk booster
2. Membantu untuk membuang toksin dalam badan
3. Membantu mengurangkan masalah keputihan
4. Mengurangkan masalah bau badan
5. Mengurangkan kesan alergi atau resdung
6. Membantu masalah penghadaman@ mengurangkan sembelit
7. Merawat asthma
8. Mengurangkan kolesterol dalam darah
9. Bertindak seperti kacip fatimah & menjadikan hubungan intim lebih hangat... (syy, diam-diam jer  tau...)
10. Meneutralkan asid dalam badan kerana alfalfa sangat beralkali
11. Merawat masalah gastrik
12. Melegakan sakit sendi dan belakang bagi ibu-ibu menyusu

Dengan adanya set penyusuan bajet ini diharap agar semua ibu berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama dua tahun.. Jangan lupa juga untuk mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu. Khasiat susu ibu tiada tandingannya, percayalah!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Jumaat, 28 Jun 2013

Tips kepada Mereka yang sedang Diet

Assalamualaikum...hari ini masa agak suntuk...jadi entry saya pun serba ringkaslah...perkongsian kali ini berkaitan dengan tips menurunkan berat badan oleh salah seorang teman FB saya...seronok baca status beliau, jadi saya pun nak kongsikan dengan anda semua. Semoga ianya bermanfaat untuk kita terutamanya mereka yang sedang berdiet :-)

" Saya pernah gemuk 72kg... sekarang ni  jadi 49kg. Pinggang 34 inci jadi 27inci~~ Mudah ke nak kurus? Ramai yang bertanya saya soalan macam ni...Jadi, apa yang saya nak simpulkan kat sini ialah....

1. Saya manusia biasa.. suka makan, jadi saya ade 1 ari cheating day untuk makan makanan yang saya suka dengan banyaknya..
2. tapi!! saya pastikan 6 hari yang lain saya makan dengan pengambilan kalori yang betul.
3. Saya tak rajin bersenam, jadi lebih baik saya buat aktiviti fizikal lain seperti berjalan kaki dan menaiki tangga instead of naik lif. pagi2 pon bangun tdo saya terus buat sit up 30x. xde ari2 pon.. 3 kali je seminggu.
4. saya tak rajin minum air~~ jadi saya akan bawak botol air g keje dan g soping..saiko diri sendri utk minum air 3 botol sehari (botol tu 1liter)
5. saya nak diet tapi saya taknak lapar.. jadi saya memang makan on time dan selalunya saya memang ikut menu yang saya tampal di bilik..
6. saya memang kurgkan kalori pada mknn bergula dan minuman bergula.. no air minuman dlm tin.. sambal manis mmg xmkn..
7. saya suka mcd dan kfc.. yess!! |hehe.. sy xmakan kulit.. sy buang.. tp klu tringin sgt, y garing tu sy makan gak segigit comeyyy..
8. kadang2 saya tringin makan keny rogers... siap de 3 sides dish tu. total kalori 600kalori. so kalu ari tu saya da lebey kalori, saya gi la joging. tapi mmg kentang goreng sy xmakan...

Kentang goreng = 600kalori = sepinggan nasi goreng = 2 pinggan nasi biasa = 40/50minit joging tanpa henti.. (kalo rajin berjoging sila~~makan kentang goreng banyak2 pon boleyyy)


Menarik bukan? Semoga dengan perkongsian ini dapat meringankan beban perasaan mereka yang sedang berdiet. Jalani jadual diet anda yang indah dengan gembira...jangan berasa terpaksa untuk melakukannya...kesihatan lebih utama berbanding nikmat makanan yang sebentar cuma...selamat mencuba..good luck ye!

sedikit perkongsian dr saya...~ FB: Lovely Faizah


**dengan sedikit editan daripada saya untuk menambah perasa...hihihh..

June Mohd | kerengge83@yahoo.com | 019-2187383

Isnin, 24 Jun 2013

CoQHealth Shaklee : Vitamin untuk Pesakit Jantung

Penyakit jantung sememangnya sangat sinonim dengan kita sebagai rakyat Malaysia. Penyakit jantung boleh dianggap sebagai pembunuh utama di Malaysia. Masakan tidak, dengan statistik 60% rakyat Malaysia terdedah dengan risiko penyakit jantung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sudah cukup merisaukan kita. Di sini saya kongsikan beberapa risiko serta faktor penyakit jantung:
·         Kolestrol Darah yang Tinggi
Bahan berlemak dalam salur darah yang bertindak menyempitkan salur darah

·         Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah. Hal ini memberikan risiko pecahnya saluran darah yang merosakkkan fungsi organ-organ seperti mata, otak dan jantung

·         Stress
Stress adalah tindakan hormon yang meningkatkan bebanan jantung serta tekanan darah

·         Kurang Senaman Serta Berat Berlebihan
Jantung memerlukan senaman untuk kekal sihat serta mengekalkan kemampuannya bekerja. Senaman yang kerap juga mampu membantu membakar kalori serta mengurangkan kolestrol dalam darah

·         Merokok
Merokok mampu merosakkan bukan sahaja paru-paru, malah saluran darah kerana tar serta nikotin rokok turut diangkut melalui saluran darah. Risiko merokok selain penyakit jantung termasuklah kanser paru-paru serta strok.

Coenzyme Q10 sebagai Kunci kepada Keupayaan Jantung
Otot jantung merupakan sel paling unik dalam badan manusia atas kemampuannya untuk menghasilkan tenaga. Tenaga inilah yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan manusia bagi membekalkan seluruh tubuh dengan oksigen, nutrient, hormon serta mineral yang diperlukan oleh badan. Atas sebab inilah keupayaan jantung untuk bekerja harus dikekalkan dan ketidakupayaan jantung mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit jantung.
Coenzyme Q10 telah dijumpai oleh Fred Crane pada tahun 1957. Sejak itu, kajian demi kajian telah membuktikan keupayaan molekul ajaib ini dalam meningkatkan keupayaan jantung. Jantung memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dan kehadiran Coenzyme Q10 sangat membantu jantung untuk menghasilkan tenaga.

Coenzyme Q10 Sebagai Jawapan Kepada Penyakit Jantung
Menurut Peter H. Langsjoen dalam artikelnya bertajuk ‘Alleviating Congestive Heart Failure With Coenzyme Q10’ dalam majalah Life Extension Magazine, kajian sepanjang tahun 1960an dan 1970an menunjukkan individu yang mengalami kegagalan fungsi jantung mempunyai paras Coenzyme Q10 yang sangat rendah. Kegagalan fungsi jantung adalah disebabkan oleh sel otot jantung yang lemah serta tidak mampu menghasilkan tenaga untuk mengepam darah. Pada tahun 1980, satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan oleh Karl Folkers, Gian Paolo Littarru, Denton Cooley dan Per H. Langsjoen di mana 126 individu yang mempunyai ketidakupayaan jantung diuji dengan Coenzyme Q10 dan berikut saya kongsikan keputusan kajian tersebut.

·         Pengurangan sakit dada daripada 64% kepada 6%
·         Penurunan kadar keletihan daripada 84% kepada 16%
·         Penurunan kadar sesak nafas daripada 58% kepada 12%
·         Pengurangan kehilangan memori daripada 8% kepada 4%

Daripada keputusan kajian tersebut, jelaslah kepentingan Coenzyme Q10 dalam mengekalkan serta meningkatkan fungsi jantung.

Buatlah pilihan yang bijak dengan mengamalkan suplemen terbaik di samping mengawal pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena penyakit jantung yang merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Ahad, 23 Jun 2013

Harga Runcit Produk Shaklee

Assalamualaikum w.b.t....
Memandangkan terlalu ramai pembaca yang email, SMS dan telefon untuk bertanyakan harga produk yang dijual di vitamineshoppe, maka hari ini saya paparkan harga runcit bagi setiap jenis vitamin Shaklee yang ada. Semoga ia dapat memudahkan urusan anda untuk memilih produk yang bersesuaian dengan bajet & keperluan anda semua. Terima kasih ya kepada yang bertanya sebelum ini..^^


  • Advanced Joint Tablet - 60 tablets (RM124.00/ RM130.00)
  • Alfalfa Complex ( S ) - 330 tablets ( RM 53.75/ RM 56.25)
  • Alfalfa Complex ( L ) - 700 tablets ( 97.50/ RM 102.50)
  • B Complex - 120 tablets ( RM 53.75/ RM 56.25)
  • CarotoMax - 30 caps (RM 74.00/ RM 77.00)
  • Chewable Vita C 100mg - 90 tablets ( RM37.50/ RM 40.00)
  • Collagen Powder - 15 sachets (RM 298.00/ RM 312.00 )
  • CoQHealth - 30 caps ( RM 124.00/ RM 130.00)
  • DTX Complex - 90 tablets ( RM155.00/ RM 160.00)
  • ESP Soy Isolate Powder - 850g (RM150.00/ RM 160.00)
  • Garlic Complex - 60 tablets ( RM 47.50/ RM 50.00)
  • GLA Complex - 60 tablets ( RM 91.25/ RM95 )
  • Herb-Lax Tablets - 120 tablets ( RM 52.50/ RM 55.00)
  • Lecithin - 180 caps ( RM52.50/ RM 55.00)
  • Meal Shake- French Vanila- 544g ( RM113.75/ RM121.25)
  • NutriFeron - 30 sticks ( RM181.25/ RM 191.25)
  • OmegaGuard - 90 caps ( RM 136.00/ RM 140.00)
  • OsteMatrix - 120 tablets ( RM 61.00/ RM 65.00 )
  • Peppermint-Ginger Plus- 90 tablets ( RM 45.00/ RM 48.00)
  • Performance-Orange - 539g ( RM 82.50/ RM 87.50 )
  • Sustained Release Vita- C 500mg 180 tablets ( RM 92.50/ RM 97.50)
  • Vita- E Complex - 120 caps ( RM 149.00/ RM 154.00)
  • Vita-Lea Iron Formula - 120 tablets ( RM88.75/ RM 93.75)
  • Vivix - 150ml ( RM 475.00/ RM 499.00 )
  • Zinc - 120 tablets ( RM 33.75/ RM 35.00 )


Sebarang pertanyaan, jangan segan2 untuk hubungi kami di sini...tawaran menarik menanti anda...anda juga bakal di'add' ke secret group yang special untuk customer kami sahaja...HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANDA !

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Diabetis

Tahukah anda? Bilangan pesakit diabetis di Malaysia semakin meningkat hampir 80 peratus dalam jangka masa 10 tahun ( 1996-2006) kepada 1.4 juta orang pesakit. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana diabetis merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang gemarkan makanan yang manis- manis. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit diabetis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang kurang sihat dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.

Apakah diabetis?
Diabetis atau pun kencing manis merupakan penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Pertama ( Type 1) yang berlaku akibat kekurangan pengeluaran hormon insulin. Manakala diabetis Jenis Kedua ( Type 2 ) pula adalah diakibatkan oleh keadaan sel yang tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula yang bersesuaian dalam darah. Insulin amat penting untuk membantu proses penyerapan gula ke dalam sel untuk membekalkan tenaga kepada badan. 
Gambar : Ehsan Dr. Google


Punca sebenar diabetis?
Makanan merupakan penyumbang utama kepada faktor peningkatan jumlah pesakit kencing manis. Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat dan mi boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Malaysia merupakan negara yang mewah dengan makanan, maka tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malysia yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan meroko turut meningkatkan risiko untuk kita mendapat diabetis.

Adakah penghidap diabetis memerlukan perhatian doktor? 
Sudah tentu! Selain daripada penyakit jantung dan darah tinggi, kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang memerlukan perhatian serius daripada doktor. Tanpa pemantauan doktor dan 'pantang' daripada pesakit, kencing manis boleh mengakibatkan komplikasi pelbagai jenis penyakit lain seperti jantung, kegagalan buah pinggang, selaput pada mata yang pada suatu tahap boleh mengakibatkan buta dan silap-silap hari bulan kaki pun terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria pada luka yang lambat sembuh!

Apakah tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis?

Penghidap kencing manis pada kebiasaannya:
  • berasa cepat dahaga
  • cepat letih
  • mengalami penurunan berat badan yang mendadak
  • kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • cepat kebas pada bahagian jari kaki atau jari tangan

Selain mendapatkan rawatan doktor, kita juga boleh mengawal kencing manis dengan pengambilan suplemen. Di sini saya ingin kongsikan tentang cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis :
  • VIVIX ~ kaya dengan resveratrol yang meningkatkan tahap sensitiviti hormon insulin & mengurangkan membantu mengurangkan simptom bagi pesakit diabetis Type 2.
  • ESP ~  mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 3.9. ESP akan dicerna secara berperingkat dan menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  • VITALEA IRON FORMULA ~ mengandungi 28 vitamin & mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia.
  • GLA COMPLEX ~ bertindak merendahkan kandungan gula dalam darah & mengurangkan kebas akibat lebihan gula dalam darah.
  • VITAMIN C~ mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis
  • ZINC COMPLEX~ membantu pankreas untuk merembeskan hormon insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula pada tahap yang diperlukan dalam darah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Sabtu, 22 Jun 2013

Cara Pekatkan Susu Badan


Ada seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya menghantar sms kepada ibu ....dan sms beliau berbunyi begini :

Saya sering keletihan. Saya pam dengan konsisten di pejabat tetapi susu saya sangat sedikit bila diperah. Bertambah frust bila susu saya sangat cair. Ada kekawan yang suggest Shaklee sebab kata boleh pekatkan susu dan banyakkan susu betul ke? 

Bila membaca sms wanita ini, ibu pasti beliau dalam keadaan kecewa namun tetap bersemangat dan berusaha nak beri yang terbaik pada anaknya. Menjawab persoalan ibu ini ,

Benarkah Shaklee membantu memekatkan susuibu?
Shaklee merupakan makanan tambahan yang lebih dikenali sebagai vitamin nama ringkasnya. Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan. Boleh baca semua TESTIMONI ini. Tidak semestinya mengamalkan vitamin Shaklee baru dapat hasil sebegini CUMA kelebihan Shaklee ialah vitaminnya tidak punya perasa tiruan, pengawet tambahan malah pewarna tambahan. Malah beberapa customer yang baru mencuba set B dengan ESP mendapati susu mereka sangat pekat dan berbeza dari sebelumnya. Mereka mengakui kepuasan si anak dengan hanya minum sedikit sahaja dan memudahkan si ibu membuat stok perahan dengan perlahan2.


Shaklee membanyakkan susu?
Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini sangat penting iaitu

1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten. Memang banyak cabaran bagi ibu bekerja untuk membuat sesi perahan yang tetap namun jika ada niat yang baik, insyaALLAH ALLAH bukakan jalan kemudahan. Jika tak pam, maka vitamin tadi hanya membantu ibu sihat dan bertenaga namun tidak membantu mendapat susu dengan banyak dan sendirinya tanpa mengepam.

2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 2L sehari bagi yang tidak amalkan pengambilan apa2 vitamin. Bagi yang makan vitamin, 3 L adalah cadangan supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.

Akhir sekali ialah

3) doa. Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang. Doalah semoga rakan seperjuangan berjaya dalam penyusuan dan banyakkan doa yang baik. Law of attraction, doa yang baik akan dapat yang baik.

Apakah kepentingan vitamin Shaklee dalam penyusuan?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)

Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.


Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah
kredit * kak hadha

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Vitamin untuk Kecerdasan Otak Kanak-kanak

Anak-anak adalah permata berharga yang diamanahkan oleh Allah kepada kita supaya dijaga dan dididik dengan sempurna. Tahniah saya ucapkan kepada semua pembaca yang sudah memiliki cahaya mata. Hargailah anugerah terindah anda kerana masih ramai lagi insan di luar sana yang mengimpikan gelak tawa insan istimewa bergelar 'cahaya mata' dalam hidup mereka. Saya yakin setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Betul tak? Selain menyediakan keperluan tempat tinggal, pakaian, barang-barang mainan serta makanan, juga menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan sumber makanan yang berzat lagi berkhasiat untuk anak-anak. 

Saya akui amatlah sukar untuk kita membekalkan nutrisi lengkap kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi kita yang punya masa terhad dan tidak dapat memasak dengan sempurna. Anak-anak juga adakalanya terlalu memilih, lauk-pauk tak nak makan, sayur-sayuran pun jauh sekali nak ditelannya...Jadi, ibu haruslah lebih kreatif dalam menyediakan hidangan buat si manja anda. Semoga mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk menjalani proses tumbesaran yang normal dan sempurna.

Di sini saya ingin berkongsi tentang cadangan vitamin yang harus diambil oleh semua kanak-kanak :

Meal Shakes :
Perisa Vanilla yang hebat!

  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.(mamafaiz.com)

Omega Guard :


  • Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
    Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.

    Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

    Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

    Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins.

    Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
    • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
    • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
    • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru
    • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  •  Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga
Sumber : http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com/2012/06/risau-anak2-makan-tak-seimbang-tercari.html

Cubalah sekarang, apa yang kita bekalkan kepada anak kita hari ini menentukan siapa mereka pada masa hadapan. Nutrisi yang lengkap mengelakkan kanak-kanak daripada mudah diserang penyakit. IQ yang tinggi juga menjadikan mereka lebih bijak & mampu bersaing dengan lebih baik di zaman yang serba mencabar ini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383 | ID : 891221

Khamis, 20 Jun 2013

Punca Roger Barnett Mengambil Alih Shaklee

"..For years, the Barnett family lived like most Americans. Then, in 2004, they got an unexpected wake-up call 

that changed the way they clean their home and treat the environment.

Sloan and Roger say they began to notice their son Spencer’s health problems when he was just 3 years old. At 

first, Sloan says her son coughed continuously. One day his heart was racing, so she rushed him to the 

emergency room.

“I don’t think we knew whether we were going to lose him or not,” Roger says. “They told us that he had a 

respiratory issue. They thought he might be developing asthma.”

Sloan says she began researching chemicals that can irritate the lungs and found them in a startling location…

inside her home. According to a physician, some household products—like bathroom cleaners, disinfectants, floor 

cleaners and oven cleaners—contain toxic chemicals that can trigger an asthma attack.


As soon as the Barnetts learned that cleaning products can be hazardous to their health, Sloan says they cleaned 

out their cabinets and made their home a place where everyone could breathe easier.

After throwing out common household cleaners, Roger discovered the Shaklee Corporation, a company that had 

been producing natural cleaning products for 50 years.

Sloan and Roger began using these eco-friendly cleaners inside their house. “We thought they worked terrifically,” 

Roger says. “The great news is that Spencer has never had to go back to the hospital since we switched our 

products and that really speaks it all for us.”

The Barnetts liked the products so much, they bought the company! Now, Sloan says she tries to live in a way 

that’s responsible to the health of her children and to the health of the planet.children and to the health of the 

planet.

Rabu, 19 Jun 2013

Doa Tambah Susu Ibu

Tatkala susu mula merudum, hati jadi gundah gulana. Usahlah dikau bersedih hati wahai teman. Niat yang baik untuk terus menyusukan anak pasti Allah suka. Terus laksanakan konsep asas dalam penyusuan. Jika semua usaha telah dibuat, namun susu masih juga berkurang, angkat tangan dan berdoalah...pinta pada Allah dengan sesungguh-sungguhnya...kalau nak lagi best, bangunlah solat tahajjud di hening pagi. Semoga doa- doa kita akan cepat termakbul. Sentiasa yakin dan percaya, di sebalik setiap kesukaran pasti adanya kesenangan (ulang berkali-kali hingga rasa yakin benar-benar tertanam dalam jiwa anda). Janji Allah itu pasti. Tinggal untuk kita yakin atau ragu (nauzubillah) sahaja...
Cuba amalkan doa ini :

 "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 

Semoga doa-d0a di atas menjadi sumber kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan dalam menyusukan permata hati tercinta. Salam sayang buat semua ibu-ibu tabah yang gigih menyusukan anak dengan susu badan sendiri...anda sememangnya superb! TAHNIAH...

(sumber : Mamafaiz.com)

JUNE MOHD | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Selasa, 18 Jun 2013

Kesan Kekurangan Berat Badan

[PROMO JUN - Mealshake]

KOMBO 4 - Nak Tambah Berat Badan? Set WEIGHT GAIN ni highly recommended bagi yang ada masalah berat badan kurang. 

Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMII < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti :

1. KEGUGURAN DAN MASALAH KEHAMILAN (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung.

2. MASALAH KESUBURAN LELAKI : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal.

3. MASALAH PARU-PARU : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan.

4. KEMALANGAN : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan

5. TULANG RAPUH : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul.

6. ARTHRITHIS : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. PENYAKIT JANTUNG : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit"

8. DIABETES : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi.

9. KANSER PAYUDARA : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian.

10. TEKANAN : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Meraka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Meraka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri

SUMBER :

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2011309/Broken-bones-depression-lung-disease-Why-skinny-bad-you.html

So... watch out your weight!!!!
Sempena bulan PROMO ni, dapatkan set kombo 4 dgn gabungan Mealshake bersama salah satu @ kedua produk ni utk penjimatan lebih!!!Set ini terdiri daripada Mealshakes, B Complex, Vitamin C dan Vitalea.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-943 8392

Ahad, 16 Jun 2013

Makanan untuk Tambah Susu Badan

Alhamdulillah...sejak akhir-akhir ini. penyusuan susu ibu kian mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu berkerjaya. Stok susu untuk bayi biasanya diperah seawal mungkin bagi memastikan bekalan susu adalah cukup apabila mereka bekerja nanti. Namun begitu, tidak semua ibu diberi kelebihan mempunyai susu yang 'meriah' untuk bayi mereka. Jika susu anda tidak begitu banyak, usahlah bersedih kerana anda tidak bersendirian. Saya juga senasib dengan anda, tapi saya masih mampu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun 4 bulan....Nak tahu cara saya? Firstly, kita kena tahu konsep asas penyusuan iaitu :
1. 'demand vs supply'~ semakin kerap bayi disusukan, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jadi ,susukanlah bayi anda sekerap mungkin semasa di dalam pantang...dan apabila anda telah masuk kerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3-4 jam sekali bagi memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan jumlah susu yang lebih banyak.

2. Fikiran positif ~ si ibu yang berniat untuk menyusukan bayi secara eksklusif hendaklah sentiasa berfikiran positif. Tanpa semangat yang kuat, kita akan mudah mengalah dan akan membiarkan si kecil anda diberikan susu formula sebagai galang gantinya. Yeszaaa! Anda hendaklah sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa menyediakan rezeki buat hamba-hambaNya..kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkan nikmat rezeki tersebut. Yakinlah bahawa susu badan anda memang cukup untuk bayi anda....mulakan dengan niat yang jelas & pasti anda akan berjaya menyusukan anak secara eksklusif.

3. Makanan yang seimbang ~ pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi memastikan susu anda penuh berkhasiat. Walaupun tidak terlalu banyak pengeluarannya, susu yang penuh dengan nutrisi akan menyebabkan bayi anda cepat kenyang & berasa puas setelah menyusu.
P/S : Sebenarnya masih banyak lagi konsep asas penyusuan yang perlu anda tahu. Untuk maklumat lanjut tentangnya kita jumpa dalam entry lain ya?

Antara soalan yang kerap ditanya oleh ibu yang sedang menyusu adalah tentang makanan yang dikatakan boleh menambahkan pengeluaran susu ibu. Betul ke benar-benar ada makanan untuk itu? Jom kita lihat makanan yang dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sama ada ia mitos atau lagenda, anda kena cuba sendiri untuk memastikan kebenarannya :-)

Senarai Makanan untuk Tambah Susu Ibu
1. Oat ~ jadikannya sebagai bubur, campur dalam Milo @ Horlicks panas atau salutkan pada ayam sebelum digoreng
2. Kurma ~ boleh dibuat jus @ makan begitu sahaja. Kurma adalah makanan sunnah Nabi yang berkhasiat
3. Kacang buncis
4. Bayam ~ kaya dengan zat besi
5. Lobak putih
6. Longan kering ~ rebus dan dijadikan minuman
7. Tauhu & tempe ~ kaya dengan sumber protein soya
8. Susu
9. Keju
10. Alfalfa ~ sejenis tumbuhan herba yang ada dijual di pasaraya besar. Jika sukar nak cari, pilihlah yang berbentuk tablet
11. Halba ~ juga dikenali sebagai fenugreek. Rendam & campurkan ke dalam makanan seperti nasi lemak, nasi dagang. Dalam nasi putih biasa pun boleh.
12. Jambu batu & betik
13. Barli
14. Makanan yang mengandungi yis ~ tapai pulut, tapai ubi @ roti. Yis mengandungi vitamin B kompleks yang diperlukan oleh badan kita & perlu diambil setiap hari. Susah nak cari tapai bagai? Rujuklah di sini.

Dan kat bawah ni pula adalah senarai makanan yang perlu kita elakkan bagi mengatasi masalah susu merudum :
1. Kobis mentah ~ Coleslaw atau ulam kubis
2. Minuman berais ~ sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak
3. Herba ~ Daun parsli. peppermint, 'sage' ataupun oregano

Selamat mencuba. Di samping mengamalkan makanan untuk tambah susu, anda juga harus mempraktikkan konsep asas penyusuan supaya susu anda betul-betul bertambah seperti yang anda impikan. Jangan lupa berdoa & mintalah daripada Allah. Semoga dipermudahkan. Aminn...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392





Jumaat, 14 Jun 2013

Testimoni Carotomax..

 TESTIMONI CAROTOMAX : semua testimoni ini saya ambil dari dalam Group Exclusive untuk pelanggan kami iaitu Shaklee Golden Lounge ( SGL ). Semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang mempunyai masalah mata. Kalau nak pakai spek lama-lama pun naik rimas jugak dibuatnya kan? Tapi tidak semua masalah penglihatan boleh diatasi dengan memakai kaca mata...ada juga yang terpaksa menjalani pembedahan terutamanya kepada penghidap kencing manis yang serius sehingga memberi kesan teruk terhadap penglihatan.

WANIE SHIFU ~ Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama cari supplement utk mata ayah akhirnye berjaya. Ayah ada brain tumor yg effect mata kanannya. Dr ckp lepas scan & MRI 2 minggu lepas mata kanan ayah dah takde harapan lagi utk melihat, tapi aku nekad nak bg ayah makan carotomax ni. Baru2 ni ayah ckp die da leh nmpk semula walaupun kabur. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillahhhh........Pegi scan lagi baru2 ni Dr pun tak percaya. Alhamdulillah.... Sekarang tinggal nk keluarkan nanah je dari dlm kepala.... Mak dan adik pun dah start amik carotomax utk masalah rabun dorang. Alhamdulillah hepi sangat..! Thanks SHAKLEE beri sinar baru utk ayahku..!!



BEEZ AYOLA ~ Ayah sy mempunyai masalah tekanan fluid yang tinggi dalam mata dlm kata laen boleh menyebabkan GLAUKOMA jika dibiarkan berlarutan.Tambahan die ada penyakit diabetes,jadi sy cuba beri CAROTOMAX sbg mkanan tmbhan tuk masalah yg dihidapinya sejak bulan April.

ALHAMDULILLAH hari ini sy dpt khabar berita yg tekanan dalam mata dia sudah berada di paras normal daripada 28mmHG TURUN kpd 16mmHG setelah diperiksa oleh doktor dlm pemeriksaan lanjutan.Sekarang die nak bukak utk botol yg ke-3!!!

Mungkin xramai yg mngambil CAROTOMAX tapi sy mngambil langkah pencegahan awal tuk membantu kesihatan ayh sy kpd lebih baek khas tuk kesihatan mata.CAROTOMAX mmg elok tuk mslah berkaitan mata.Mmg berbaloi2!! Cubalah!

Saya SAYANG ayah saya.Selamat Hari Bapa Abah!


OJA SHAH ~ yup.. sy pun bg abah sy mkn. dlm bln 4 awal aritu mata sbelah tiba2 tak nmpk. gelap gelita. doc ckp ada pendarahan mungkin disebabkan kencing manis. 1mei sy beli carotomax mkn shari sebiji. abah kata mata dah boleh nampak cahaya. then end may consume 2 biji shari. skarang dah boleh nmpk bayang2 kalo tubuh orang ada brapa tu dah boleh dikira. alhamdulillah~~

UNTUK LEBIH INFO TENTANG SI COMEL CAROTOMAX, RUJUK LINK INI YE...
June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/whatsapp : 017-9438392