Khamis, 30 Mei 2013

Set Jerawat Shaklee, Parut Hilang Kulit Berseri


Masalah jerawat mengganggu hidup anda? Kadang2 tu bila keluar jerawat batu yang besar gedabak tu boleh merendahkan tahap keyakinan diri kita. Nak keluar jumpa kawan2 pun terasa segan...apa lagi kalau nak ke kelas, ke tempat kerja mahu pun berdepan dengan orang ramai..karang ramai pulak yang menegurnya...huhuhh..Jerawat merupakan masalah yang seringkali dihadapi oleh remaja yang sedang membesar. Jom kenali apa itu jerawat & punca- punca yang menyebabkan jerawat mudah melata pada wajah. 

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. (sumber : DrHasseenah.com)
Cadangan suplemen untuk mencegah masalah jerawat :

GLA - berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak
Vita E - hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat
B complex - penyebab jerawat adalah akibat kekurangan vitamin B6 dalam diet harian
Vitalea - chromium membantu untuk metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil akan menyebabkan masalah jerawat.
Zinc - mengurangkan & mencegah pengeluaran jerawat serta membantu untuk memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392

Vitamin untuk Kulit Berjeragat

Jeragat? Sebut sahaja jeragat, ia adalah musuh ketat bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit wajah mereka. Kehadiran jeragat sudah cukup untuk mencacatkan penampilan diri seorang wanita. Raut wajah sudah cantik, tapi jeragat pula mengganggu..tak best kan? huhuuu...macam mana nak elakkan daripada terjadinya masalah jeragat? Kita harus melindungi kulit daripada terkena cahaya matahari secara 'direct', pilihlah produk kosmetik yang bersesuaian, semulajadi & selamat...awas, jika tersalah pilih...buruk padahnya..niat nak hilangkan jeragat, masalah lain pula yang timbul nanti...oklah, dah cukup saya membebel...entry hari ini saya ingin bercerita tentang suplemen yang sesuai untuk merawat masalah jeragat..

Keratan daripada majalah di atas mencadangkan beberapa suplemen yang harus kita ambil untuk mengurangkan masalah jeragat. Antaranya ialah,Vitamin C, Vitamin E dan sumber protein yang perlu kita amalkan setiap hari...apa pula fungsi ketiga-tiga vitamin di atas?

Fungsi :

1. Vitamin C ~ amat penting untuk pembentukan kolagen ( Cubalah vitamin C Shaklee kerana ia lengkap dengan bioflavonoid. Bioflavonoid penting untuk mengoptimumkan penyerapan vitamin C oleh badan. Rugi tau kalau makan vitamin C dosage tinggi tetapi tak diserap oleh badan. )
2. Vitamin E ~ semua orang dah tau fungsi vitamin untuk kulit kan? Vitamin E mampu membantu keseimbangan hormon dalam badan & mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. ( Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang terbaik kerana ia semulajadi & lengkap dengan selenium dan ditambahbaik dengan ekstrak biji anggur...fuh, memang superb lah..)
3. Protein ~ membantu mencerahkan kulit wajah dari dalam secara semula jadi..wajah akan tampil bersih & berseri kerana protein merupakan asas bagi sel2 kulit yang sihat...wah, kulit boleh jadi glowing gitu...cubalah Energising Soy Protein untuk merawat masalah kulit anda. Kalau ada bajet lebih, bolehlah cuba Shaklee Collagen Powder juga ya...anda pasti berpuas hati...percayalah :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Rabu, 29 Mei 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Selasa, 28 Mei 2013

Tanda- tanda Penyakit Buah Pinggang


RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

ipislam.edu.my

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/01/tanda-tanda-awal-penyakit-buah-pinggang

Ahad, 26 Mei 2013

Beza ESP dan Soya Biasa

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...


ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Jumaat, 24 Mei 2013

Awet Muda dengan Vivix Shaklee


Ramai yang menyangka penuaan (aging) bermaksud “menjadi tua”. Tetapi sebenarnya sains mendapati penuaan bermula sebelum kita mencecah umur dewasa lagi dan ini berlaku pada peringkat selular iatu dalam sel-sel tubuh kita. Namun begitu ia tidak disedari kerana tiada perubahan yang dapat dirasai atau dilihat memandangkan ia masih di peringkat sel.

Semakin usia meningkat, sel-sel dalam tubuh akan mula mengganti baru(renew) pada kadar yang lebih perlahan dan menyebabkan tidak banyak sel baru dihasilkan bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak.
Di sinilah kita dapat lihat kesan daripada penuaan selular(cellular aging) ini, yang mana semakin masa berlalu, fungsi tubuh akan menjadi kurang efisyen disebabkan oleh sel-sel yang rosak tadi. Sebab itu juga, semakin usia meningkat, risiko mendapat pelbagai penyakit juga meningkat terutama jika tidak menjaga pemakanan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara amnya, penuaan selular juga berlaku disebabkan oleh efek pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh itu, diet yang kaya dengan antioksida sangat penting untuk melawan radikal bebas seterusnya memperlahankan proses penuaan ini. Banyak kajian santifik dan penyelidikan klinikal menyarankan pengambilan diet yang tinggi kandungan polifenol tumbuhan dalam jangka masa panjang bagi melindungi tubuh kita daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.
Vivix memperlahan penuaan sel-sel badan

Di dalam kajian makmal, ramuan utama Vivix telah menunjukkan kesan yang hebat terhadap 4 mekanisma penting penuaan pada peringkat sel-sel dalam tubuh seterusnya meransang penuaan yang sihat.
1) Melindungi dan memperbaiki DNA sel
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik lalu menghasilkan “typo” (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan memendekkan usia sel.
2) Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan pada peringkat sel.
3) Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan parasa tenaga di dalam sel
Mitokondria = penjana tenaga di dalam sel yang menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria meurun, fungsi sel menurun.
4) Melambatkan pembentukan protein AGE(advanced Glycation End products)
Penimbunan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan pada sel yang akan mengganggu keutuhan sel dan memendekkan usia.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan

Tahukah anda, ada beberapa perkara yang tidak sesuai untuk kita buat sejurus selepas makan?



1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok (kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.

5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.

Kongsikan info ini kepada rakan- rakan anda supaya mereka lebih berwaspada...Selamat Mencuba :-)

Khamis, 23 Mei 2013

Vitamin untuk Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir


Pengalaman melahirkan anak sulung, masih segar dalam ingatan. Saya ditahan di wad selepas bersalin kerana Faris mengalami jaundis yang agak tinggi. Mana taknya, sejak dilahirkan, Faris asyik tidur aje..nak menyusu pun mama kena kejutkan..kalau tak, tidur aje kejenya hahaa..Hari pertama bermalam di hospital, beliau dah kena duduk bawah lampu...dengan tidak berbaju, hanya pakai lampin dan spec yang comel saja menyebabkan mama berasa sangat kesian pada Faris. Risau juga takut apa-apa yerjadi. Mujurlah, awak ada kat depan mata mama. Jadi, malam pertama di hospital, mama terpaksa berjaga untuk menyusukan Faris setiap jam.. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang jaundis pada bayi..


TAHUKAH ANDA?



• 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu. 

80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 

JADI, APA LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL UNTUK MENGATASI JAUNDIS PADA BAYI?

~Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu 
menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. 

~Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

~Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

~Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 



~Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis. 

BAGAIMANA UNTUK MENGECAM JAUNDIS PADA BAYI SAYA?

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai caha
ya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. 

APAKAH JAUNDIS BERBAHAYA?


Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, 
pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 
RUJUKAN :http://www.babycenter.com.my

JADI, APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK IBU YANG MEMPUNYAI BAYI JAUNDIS?

cadangan suplemen untuk ibu yang mengalami jaundis :


OSTEMATRIX -----> Mengandungi vitamin D yang boleh mengalir melalui susu ibu. Vitamin D berfungsi untuk mengurangkan kandungan bilirubin dalam darah dengan berkesan.

Berminat untuk mencuba? hubungi saya di sini...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383 |

Ahad, 19 Mei 2013

Masker Vitamin E dan ESP

Assalamualaikum...alhamdulillah, sekarang ni kita telah pun berada dalam bulan Rejab, jadi eloklah kita buat persediaan dari segi rohani dan jasmani yer...hihih..hari ini nak cerita tentang tips kecantikan..almaklum, orang perempuan memang suka bercantik- cantik  ^--^.

"Raya dah makin dekat, jadi dalam masa 2-3 bulan nilah kalau nak mulakan sesi merawat wajah..hahaa..kalau anda nak muka tampak gebu berseri, Mr. Blackhead juga hilang, mungkin anda boleh cuba tips di bawah yer...bonusnya, jerawat yang ada juga boleh mengecut!" Anda juga dapat menjimatkan sejumlah kerana tidak perlu membuat facial di salun kecantikan lagi tau..memang superb!


TIPS MASKER

Bahan-bahan yang diperlukan : setengah sudu ESP, satu kapsul vitamin E & sedikit air.
Caranya : Cucuk kapsul vitamin E menggunakan jarum yang bersih, masukkan ke dalam ESP dan kacau bersama sedikit air..dah siap....hihih..Lepas tu, bolehlah anda sapu pada wajah & biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci...hasilnya, anda tentukan sendiri :-)
P/S : Kalau nak campurkan ESP dengan yogurt pun boleh...ikut kreativiti anda. Yang penting, asasnya adalah ESP..


Gabungan ESP + Vitamin E Shaklee sangat baik untuk kulit...berbaloi-baloi untuk pelaburan anda!

Kelebihan ESP :
~ Menjadikan kulit wajah mulus, gebu & berseri
~ Cepat menghilangkan parut jerawat pada wajah
~ Membekalkan tenaga berpanjangan & badan lebih sihat 
~Menegangkan kulit & menganjalkan payudara yang kendur

VITAMIN E SHAKLEE:
~ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
~ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
~ Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
~ Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
~ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
~ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
~ Awet muda..yang ini semua pasti sukaaaa...


Tak tahu bagaimana nak dapatkan ESP & Vitamin E Shaklee? Saya sedia membantu :-)


June Mohd | kerengge83@gmail.com | Whatsapp 017-9438392

Vitamin untuk Masalah Tangan Kebas

Suplemen untuk Tangan Kebas

Masalah kebas pada anggota badan adakalanya sangat merimaskan dan boleh mengganggu tugasan harian kita. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya tangan anda mengalami rasa kebas- kebas ketika memandu...sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa juga bukan? 

'' Seorang pelanggan saya yang merupakan seorang guru, mengadu bahawa masalah kebas pada tangan beliau semakin serius...hendak menulis pada papan putih pun 'marker' boleh terjatuh..."

Tapi, kalau tangan atau mana-mana anggota sekali pun yang mengalami rasa kebas, pastinya kita tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Jom kita lihat apa punca yang menyebabkan rasa kebas boleh terjadi?


Punca Kebas pada Tangan


  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip, tukang jahit, menulis tanpa dengan  sangat kerap boleh mendorong ke arah kebas pada tangan.
  • Menggunakan tangan dengan kuat secara berulang-ulang kali, misalnya kerja2 di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  • Disebabkan oleh penyakit akibat gangguan hormon seperti diabetes, tiroid, masalah menopaus dan mungkin juga disebabkan oleh takungan cecair badan bagi wanita hamil.
  • Kebas juga boleh berlaku jika pergelangan tangan kita pernah cedera.
  • Faktor jantina. Wanita berisiko lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Mungkinkah kerana wanita lebih banyak membuat kerja rumah berbanding lelaki???
  • Faktor usia. Kebas mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.


Tahukah anda?
Jika terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah yang akan mengakibatkan rasa kebas pada tangan.

Jadi, apakah suplemen yang perlu anda amalkan untuk mengatasi masalah kebas- kebas pada tangan? Di bawah adalah cadangan suplemen terbaik bagi mereka yang mengalami masalah ini. Berikut adalah suplemen yang sesuai diamalkan oleh mereka yang punya masalah kebas :

1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Dan yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada tar jalan raya seperti vitamin B Complex sintetik yang banyak terdapat di pasaran.


2. Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.


3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.


Jika anda juga mempunyai masalah kebas pada mana-mana anggota badan, anda juga boleh mencuba suplemen ini. Keistimewaan lain set ini ialah, ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit yang dialami. 

Testimoni tangan kebas hilang dengan vitamin SHAKLEE :







Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ Whatsapp 017-943 8392 |ID : 891221

Sabtu, 18 Mei 2013

Cara untuk Optimumkan Penyerapan Vitamin

Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamin dan multimineral? Di sini ada jawapannya.

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.
Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.
Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsiumuntuk meningkatkan kekuatan tulang.
Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.
Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.
Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .
Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.
Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.
Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.

Kredit : Vitamin Semulajadi

Khamis, 16 Mei 2013

Rahsia Ekstrak Biji Anggur





Ramai di antara kita bekerja keras untuk mengekalkan stamina dan fleksibiliti otot kita. Mahu atau tidak anda mesti melakukannya. Adakah saluran darah anda (yang sentiasa membawa darah ke otot anda) juga berada dalam keadaan yang sepatutnya?
Bukti saintifik menunjukkan penambahan kualiti ekstrak biji anggur dalam diet anda boleh meningkatkan aliran darah dan mengurangkan peluang untuk mendapat serangan jantung atau strok, dan juga boleh memberikan manfaat kepada rutin harian.

Penyelidikan telah mendakwa bahawa jus anggur serta ekstrak biji anggur yang berkualiti tinggi adalah baik untuk jantung.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan yang ditemui dalam anggur dan ekstrak biji anggur boleh:

1. Mengurangkan risiko kanser dan strok.
2. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan meningkatkan peredaran darah.
3. Mengurangkan arterosklerosis (pengerasan arteri)
4. Meningkatkan pembakaran kalori
5. Menyuburkan organ-organ dan otot (membantu mereka untuk bekerja dengan lebih berkesan).
6. Meningkatkan ketahanan fizikal.

Sumber :
Bydzura Talib
Fitness Consultant


Jika anda sukar untuk mendapatkan ekstrak biji anggur dalam diet harian anda, cubalah vitamin E Shaklee yang diperkaya dengan ekstrak biji anggur untuk mendapatkan kesan yang lebih baik :-). Cubalah...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Vitamin untuk Pesakit Kanser


Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER



  1. Makanan
  2. Tembakau
  3. Alkohol
  4. Radiasi
  5. Sinaran cahaya matahari
  6. Pekerjaan
  7. Pengambilan ubat
  8. Pencemaran air dan udara
  9. Perokok yang tidak aktif
  10. Keturunan
Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut :

  • Tembakau
    • 90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.


  • Pemakanan dan Diet
    • Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.


  • Tabiat seksual
    • Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.


  • Pengambilan minuman beralkohol
    • Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.


  • Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
    • Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.


  • Jangkitan Hepatitis B
    • Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.


  • Pendedahan di tempat Kerja
    • Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.(sumber)
Kita telah mengetahui punca- punca berlakunya kanser, dan di sini adalah suplemen cadangan bagi mengurangkan simptom- simptom pada pesakit kanser :

1. ALFALFA : Alfalfa mampu meningkatkan tahap kealkalian badan, sel kanser sukar untuk merebak dalam badan yang tinggi bacaan alkalinya.

2. NUTRIFERON : Nutriferon merupakan produk unik Shaklee kerana ia mampu meningkatkan interferon semulajadi yang mampu dihasilkan oleh tubuh. Formula Nutriferon telah dipatenkan dan tidak boleh diciplak oleh mana2 saintis lain. Nutriferon berfungsi untuk menghentikan penghasilan tumor kerana ia bertindak untuk meningkatkan tahap imuniti badan pada kadar yang optimum. 

3. CAROTOMAX : Carotomax merupakan kapsul sejenis kapsul lembut yang mengandungi sumber karetenoids yang diperlukan oleh tisu- tisu badan terutamanya tisu pada paru- paru. Ia juga berperanan untuk memulihkan tisu- tisu yang rosak akibat radikal bebas.

4. VITAMIN C : Berfungsi untuk merangsang pengeluaran sel darah putih untuk melawan kehadiran sel kanser dengan lebih berkesan. Tubuh yang mengandungi lebih banyak kandungan vitamin C boleh menghasilkan sel- sel badan yang lebih sihat & sempurna.

5. VIVIX Resveratrol Tonik Vivix Shaklee yang memang terbukti memudakan sel-sel tubuh yang juga beerti memberikan impak positif terhadap sel-sel tumor agar tidak membiak kerana keupayaan sel tubuh memproduksi yang baru serta mengubah DNA dengan melambatkan penuaannya.

Selamat Mencuba!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-218 7383