Ahad, 28 April 2013

Kebaikan Vitamin E Shaklee dengan Selenium

Semenjak vitamin untuk kulit cantik kian jadi perhatian, maka dengan gembira saya ingin bercerita tentang kebaikan selenium yang ada dalam vitamin E Shaklee yang semulajadi...lalalaaa...
apa yang menyebabkan vitamin E Shaklee berbeza dengan jenama lain ialah, ia diperkaya dengan ekstrak biji anggur dan kaya dengan kandungan 10 mcg selenium..setiap hari saya tertunggu- tunggu waktu untuk mengambil vitamin E kerana kelebihannya itu...hehehh! jom semak apa lagi kelebihan vitamin Cinta ni..

Kebaikan vitamin E + selenium :


~ selenium bertindak sebagai pelengkap untuk menyempurnakan tindak balas/ fungsi vitamin E.
~ terbukti mencegah penuaan sebelum waktunya
~ selenium turut diperlukan untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki & wanita..(lelaki memerlukan lebih vitamin E berbanding wanita kerana vitamin E keluar daripada badan lelaki melalui air m**i..)
~ gabungan vitamin E & selenium mampu meningkatkan pengeluaran kualiti sperma yang baik...kepada yang sedang berhajat untuk menambah bilangan ahli keluarga eloklah makan vitamin E Shaklee ye :-)
~ gabungan selenium dan vitamin E mampu meningkatkan antioksidan dan seterusnya mengurangkan kesan negatif radikal bebas (antara penyebab kanser) terhadap badan kita
~turut membantu mengurangkan masalah psoriasis
~yang ni paling best..selenium turut terbukti berupaya mencegah penuaan sebelum waktunya==> awet muda...

Kebaikan biji anggur + vitamin E:
 Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.
Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dalam erti kata lain, minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan mampu memelihara kecantikan. Selain itu, grape seed extract turut terbukti berkesan untuk menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul...
Menarik bukan cerita tentang vitamin E? Jika berminat, jangan malu2 @ segan untuk hubungi saya ya..Usah teragak2 untuk mencuba. Dapatkan khasiat vitamin E yang istimewa ini sekarang.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ wassap : 017-943 8392 |





Sabtu, 27 April 2013

Vitamin Shaklee untuk Kulit Cantik


Assalamualaikum...pagi2 ni kita bercerita tentang kecantikan pula ye...hihih...semua orang nak cantik dan lawa bukan? Ok tips untuk hari ini adalah petua untuk cantik. Untuk sentiasa kelihatan cantik berseri, kita haruslah amalkan pengambilan vitamin B Compleks setiap hari. Tahukah anda, vitamin adalah vitamin yang sangat penting untuk tubuh kita...vitamin B adalah vitamin larut air air, jadi badan kita perlu mengambil vitamin B setiap hari. 
Di bawah adalah contoh makanan mengandungi vitamin B. 

Contoh makanan mengandungi vitamin B


Jika tidak mampu mengambil kesemua jenis makanan yang mengandungi 8 jenis vitamin B Complex yang diperlukan oleh badan, anda disarankan untuk mengambil vitamin B Complex Shaklee. Ianya selamat dan semula jadi tanpa pewarna, pengawet mahupun perisa tiruan.



Maafkan saya kerana imej yang kaburrr...



Always remember Vitamin B Complex, B = is always for Beauty :-)


Korang nak tahu tak? Kalau  orang yang mahu jaga kulit dan sentiasa kelihatan awet muda mereka wajib amik vitamin B Complex?? Eh, ye ke..kenapa ye??Apa yang hebatnya B Complex ni? Yes..B complex memang hebat cuma tidak ramai yang perasan tentang keperluannya.Ia juga setanding dengan keperluan vitamin C & E jika kita benar2 inginkan kulit yang cantik... Tanpa vitamin B, pengambilan vitamin C & E seperti kurang lengkap...

Mari kita lihat kelebihan B Complex:



lebih nye b complex berbanding vitamin C & E ialah, B Complex anti stress, membantu untuk melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari dan melancarkan perjalanan darah..ini antara peranan B Complex, banyak lagi kelebihannya sebenarnya..tapi saya cuma fokuskan pada bab cantik dahulu hehehhh. Tahukah anda, kekurangan B Complex boleh menyebabkan kulit kusam...oh tidakkkk!

Bagaimana B Complex berfungsi untuk anda jadi cantik :

1) Anti stress- apabila kite stress urat2 muka kite akan bekerja lebih kuat berbanding urat2 ketika kita senyum..dan sewaktu stress kita cenderung untuk mengerutkan muka..kerutan2 stress tu boleh menyebabkan kedut2 pada wajah..

2) Membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari- salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pd sinar uv. Kulit ini kalau dah kusam memang mengambil masa untuk dipulihkan..

Pengambilan B Complex sememangnya langkah yang bijak.
Saranan saya, jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari, lebihkanlah pengambilan B Complex dalam diet anda bagi mengelakkan kerosakan kulit yang serius.

3) Melancarkan perjalan darah- kita semua tentu tahu kan perjalanan darah yang baik menampakkan wajah lebih muda. Sebabi tu lah semasa membuat rawatan muka (facial) , beautician akan end up treatment dengan facial massage..mengapa ye??sebabnya, mereka nak stimulate blood circulation kita..perjalanan darah yg baik membantu kite kelihatan lebih muda..wowww! Ia juga mampu dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah..seterusnya kita akan kelihatan ceria & lebih berseri2...


Jom dapatkan vitamin B Complex anda sekarang. Hanya RM53.75 sebotol untuk 120 tablets. Hubungi saya untuk mencuba :-)

 June Mohd|kerengge83@gmail.com| sms/wassap:017-943 8392|

Khamis, 25 April 2013

Tips Mendidik Anak Kecil




Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.
Tahukah anda mengenai kelas Shichida…, iaitu kelas yang diuruskan oleh oraqng-orang Jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini sebenarnya lebih efektif  dari otak sebelah kiri tetapi kita haruslah berlatih menggunakannya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat seawal seminggu.

1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkapapaapa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kena mengemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi… cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda mengapa orang-orang Cina dan Jepun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstick. Chopstick mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau menengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.

5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerita tu, walaupun cerita itu walaupun ceritanya tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu...hehee

6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapa pilihan klu, seperti warna, bunyi, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.

7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, tapi kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….Tolong senyap Abang.. berbanding Jangan bising bang..

Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.


Semoga bermanfaat buat semua...sama- sama kita amalkan..insya Allah :-)


Selasa, 23 April 2013

Bahaya Antibiotik kepada Manusia


Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama. 


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. 


Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. 


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... )


Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh. 

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas. 

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar. 

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. 

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada. 

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring 

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat 

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu? 

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab... 

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit. 

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan... 

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik. 

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. 

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam. 

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang. 

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan. 

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria. 

~sumber~

Semoga bermanfaat untuk kita semua...sekadar perkongsian ilmu...nilailah yang mana terbaik untuk ahli keluarga anda..wassalam.

Isnin, 22 April 2013

Vitamin untuk Kawal Darah Tinggi

Assalamualaikum...
Suatu ketika dahulu, penyakit darah tinggi hanya dikaitkan dengan orang- orang dewasa sahaja..itu pun sangat jarang kutemui..almaklum sahajalah, 15-20 tahun yang lampau, teknologi dunia tidak secanggih sekarang..Facebook,Twitter, Whatsapp, Wechat, emel pun belum wujud lagi...eh, ye ker? Atau saya jer yang tak tahu...almaklum, budak village..nak pegang komputer pun takutttt....takut meletuplah, rosak dek tangan yang sangat kaku untuk menaip...hahahaaa..so, sad untuk dikenang...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa kaitan perenggan di atas dengan tajuk entry ini ye...hihih...ok, now back on track...hari ini saya nak share tentang cadangan suplemen untuk mengawal penyakit darah tinggi...jom kita kaji punca & sebab- musabab penyakit darah tinggi semakin menular di Malaysia sekarang ini ye..

Apa itu tekanan darah tinggi?


Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


Punca

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Kesan Penyakit Darah Tinggi


1. Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

2. Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

3. Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.


4. Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

5. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

6. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

7.  Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

8. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat pula, serangan jantung boleh terjadi.

9. Kegagalan jantung kongestif
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.

Cadangan Suplemen untuk Darah Tinggi


Pilihlah vitamin semulajadi yang bebas steroid!

  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - meredakan stress.
  • Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah
{sumber}


Jika berminat untuk mencuba mana2 vitamin Shaklee, hubungi saya:

June Mohd | kerengge83@gmail.com | whatsapp : 017-9438392

Ahad, 14 April 2013

Vitamin Shaklee, Halal ke????

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email
pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan
selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat
berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh
Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
"Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com


Penulis adalah Abd Rahman Baco (pharmacist). Beliau telah menulis beberapa buku terutama tentang halal/haram ubat2an dsb. 
Di sini saya nak kongsi email subscription beliau dlm bulan lepas. tambahan info utk status shaklee. 

Sabtu, 13 April 2013

Bahaya Vitamin Sintetik~ Jangan Salah Pilih!!


Assalamualaikum...

 Sudah lama sebenarnya saya ingin kongsikan tentang kesan pengambilan vitamin sintetik...mungkin ada yang berpendapat bahawa semua jenis vitamin adalah sama sahaja...tapi tahukah anda bahawa vitamin sintetik boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengamalnya...mulai hari ini anda patut menyemak sama ada makanan tambahan yang anda ambil adalah semula jadi dan benar- benar selamat untuk diri anda. Buatlah pilihan yang tepat sekarang dan usahlah korbankan masa depan anda hanya dengan kesilapan memilih vitamin sintetik..lebih banyak bahaya daripada baiknya.

Di sini saya ingin kongsikan fakta tentang vitamin sintetik:

Synthetic Vitamins Versus Food Grown Vitamins
From Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#


VitaminFood Nutrient*‘Natural’ Vitamin Analogue & Some Process Chemicals
Vitamin A/Beta caroteneCarrotsMethanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils
Vitamin B-1Nutritional yeast, rice branCoal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia
Vitamin B-2Nutritional yeast, rice branSynthetically produced with 2N acetic acid
Vitamin B-3Nutritional yeast, rice branCoal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid
Vitamin B-5Nutritional yeast, rice branCondensing isobutyraldehyde with formaldehyde
Vitamin B-6Nutritional yeast, rice branPetroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde
Vitamin B-8RicePhytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid
Vitamin B-9Broccoli, rice branProcessed with petroleum derivatives and acids; acetylene
Vitamin B-12Nutritional yeastCobalamins reacted with cyanide
Vitamin ‘B-x’PABA Nutritional yeastCoal tar oxidized with nitric acid (from ammonia)
CholineNutritional yeast, rice branEthylene and ammonia with HCL or tartaric acid
Vitamin CAcerola cherries, citrus fruitsHydrogenated sugar processed with acetone
Vitamin DNutritional yeastIrradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted
Vitamin ERice, vegetable oilsTrimethylhydroquinone with isophytol; refined oils
Vitamin HNutritional yeast, rice branBiosynthetically produced
Vitamin KCabbageCoal tar derivative; produced with p-allelic-nickel

Most vitamins in supplements are petroleum extracts, coal tar derivatives, and chemically processed sugar (plus sometimes industrially processed fish oils), with other acids and industrial chemicals (such as formaldehyde) used to process them.   Synthetic vitamins were originally developed because they cost less.   Most synthetic, petroleum-derived, supplements will call their products ‘vegetarian not because they are from plants, but because they are not from animals.  Also beware; they will use the words “Food Based” another trick.   It means they added a green product to the synthetics such as algae.


Tidak hairanlah jika ramai yang pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan vitamin… vitamin sintetik! Lihat saja sumbernya dalam kolum ketiga. Siap ada formalin lagi (pengawet mayat).

Jadi berhati-hatilah bila anda mengambil keputusan untuk mengamalkan pemakanan vitamin. Jangan tertipu dan terkeliru dengan label vitamin yang kononnya dari tumbuhan. Pastikan yang anda ambil adalah vitamin berasaskan makanan sebenar – vitamin natural!



kredit :vitaminsemulajadi.com