Ahad, 24 Februari 2013

Kesan PANADOL Terhadap Kesihatan


''Hari Isnin lepas, ummi sha dapat berita yang mengejutkan. Seorang kawan ummi sha dimasukkan ke wad ICU kerana darahnya naik sehingga 200 lebih. Ummi sha diberitahu yang dia terlibat dengan program sukan pada hari Jumaat lepas. Dia mula mengadu pening kepala dan mengalami sedikit demam. Setelah mengambil peperiksaan untuk pengajian Masternya, sakit kepalanya makin bertambah dan dia telah mengambil 10 biji panadol seperti kebiasaanya untuk menahan sakit. Di rumah, dia mulai muntah-muntah dan jatuh pengsan. Ibubapanya membawanya ke hospital dan dia di masukkan terus ke wad ICU kerana koma. Doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk CT scan dan air tulang belakangnya diambil untuk kajian. Hari Rabu, dia mulai sedar dari koma tetapi tidak boleh menerima tetamu selama 72 jam. Sekarang keadaannya beransur pulih tetapi masih dalam pengawasan doktor.


Ummi sha dapat tahu bahawa panadol ni bahaya pada tubuh badan dan hanya mampu menutup saraf sakit buat sementara. Sakit tidak akan hilang malah panadol tersebut boleh menjadi racun di dalam badan..ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa.




Mengikut statistik, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri. Malah, panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak. Tapi kenapa panadol berbahaya? Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat.

Maka, kebanyakan orang yang ingin membunuh diri memilih panadol disebabkan faktor ini. Panadol@ paracetamol berbahaya jika diambil selalu, ataupun diambil sekaligus. Had atau limit bagi seseorang dalam masa 24 jam untuk menyebabkan ketoksikan hati adalah 7.5 g (atau = 13 biji ). Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk. Seringkali kita dengar orang yang cuba membunuh diri dengan menelan 40 biji panadol, tidak mati, tapi orang itu hatinya akan rosak teruk. Ini kerana, panadol akan dikumuhkan di hati. Pengumpulan panadol@paracetamol akan menyebabkan lebihan dan menyebabkan keracunan di hati.

Doktor sendiri pun tidak mahu mengambil panadol kalau mereka sakit kepala bahkan mereka beralih kepada pengubatan alternatif china (dengan rempah2) atau mencari alternatif lain. Hal ini kerana panadol merupakan racun bagi tubuh, dan membahayakan hati dan menurut para doktor, panadol akan terhimpun dalam tubuh sekurang-kurangnya  selama 5 tahun.

Seperti yang sudah dijelaskan oleh para doktor bahawa sakit kepala, hal itu disebabkan oleh ketidakseimbangan elektron/ion di otak. Sebagai solusi alternatif untuk menangani masalah ini mereka menyarankan untuk membeli 1 atau 2 botol minuman isotonic dan mencampurnya dengan air dengan perbandingan 1:1 atau 1:2 (1 gelas isotonik dicampur 1 atau 2 gelas air)
Atau kaedah lainnya adalah merendam dengan air hangat kaki anda sehingga menurunkan tekanan darah dari kepala.

Kita semua akan jatuh sakit seiring bertambahnya usia, untuk wanita kita perlu menjalani masa melahirkan. Bayangkan kita telah cukup banyak menggunakan panadol (penghilang rasa sakit) ketika kita perlu menjalani operasi, kita akan memerlukan jumlah lebih banyak untuk menghilangkan rasa sakitnya. Jika kita telah menggunakan panadol sepanjang hidup kita (sakit kepala, menstruasi) sepertinya ubat biasa tidak akan berkesan apapun pada tubuh anda kerana tubuh anda sudah terisi dengan panadol dan tubuh anda sudah terbiasa dengan penghilang rasa sakit sehingga memerlukan penghilang rasa sakit yang lebih kuat, morfin ?



Oleh itu elakkan memakan pi-pil sebarangan tanpa

merujuk pada doktor untuk menahan sakit kerana senggugut time datang bulan (period).- jika tersalah makan ubat....darah period kita boleh terbeku di dalam saluran darah..dan ia boleh membentuk satu ketulan darah (seperti nak jadi barah..)- doktor yg merawat juga mengakui tentang keburukan memakan pil-pil yang salah dan lebih buruk bila ia bercampur dengan pil-pil harian yang kita makan......- ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain bila ia di campur adukkan...wallahua'lam.. 


Oleh itu, elakkanlah daripada mengambil PANADOL atau pil penahan sakit jika anda kurang sihat. Carilah alternatif lain yang lebih berkesan...macam saya, saya sekeluarga mengamalkan pengambilan NUTRIFERON untuk menguatkan sistem imun kami...anda juga boleh mencubanya...



Jika berminat, hubungi saya 
June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com



kredit to:amrafahan

Sabtu, 23 Februari 2013

Apakah 'Power Pumping'?


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

kredit to:Pn. Farihah Abu Kasim SGL

Mudah Hamil dengan GLA



Antara khasiat GLA yang perlu anda tahu ;-)



Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 


Tahukah anda, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi, untuk memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA akan ditukarkan kepada prostaglandin E1. 

(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)


Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil





GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang kerana sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cubalah periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, dan kering itu adalah petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P


Bagaimana jika anda ingin mencuba GLA Shaklee ni?

hubungi saya
June Mohd
019-2187383
kerengge83@gmail.com


kredit to: sweetbonda



Jumaat, 22 Februari 2013

Punca Resdung & Cara Mengatasinya


RESDUNG..satu perkataan yang tidak perlu diperkenalkan 

lagi..sejak kecil lagi saya kenal apa itu resdung....

mana tak nya, ahli keluarga saya mempunyai 

masalah resdung yang agak teruk. 



Sekarang pula, walau pun tidak lagi tinggal bersama 

keluarga tetapi saya dikelilingi oleh beberapa orang 

tetangga yang 

mempunyai masalah resdung yang serius. Setiap pagi akan

kedengaran orang bersin berkali- kali dengan kuat...seksa 

juga mendengarnya..apa lagi tuan punya badan yang 

menanggungnya...








Resdung(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung  

yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, 

maxillary dan sphenoid.



Sinusitis - "itis" tu sendiri bermaksud "inflammation" atau pun kita panggil keradangan.



PUNCA RESDUNG?
----------------------
Kemungkinan berpunca dari perkara berikut:

- Jangkitan virus, bakteria atau kulat.
- Alergi atau tindak balas autoimmune. Tindak balas 

autoimmune berlaku bila sistem imun menyerang bahagian 

badan kita yang baik.
Apabila ada benda asing(allergen seperti spora, debu, dll) 

dikesan, sejenis bahan kimia iaitu histamin akan 

dirembeskan sebagai reaksi yang menyebabkan alergi. 

Tubuh badan akan mula mengeluarkan lendir untuk 

membasuh alergen. Itulah sebabnya mata, hidung mula 

berair bila terjadinya alergi.


Bagaimana merawatnya?
-----------------------------
Ubat kepada histamin ialah anti-histamin yang bertindak 

mengurangkan dan meredakan gejala alergi yang 

menyebabkan rasa gatal pada muka dan hidung.


Masalah resdung juga boleh diatasi dengan pengambilan 

vitamin berikut:
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- ALFALFA

Fungsi bagi setiap vitamin:


Jadi, jika anda mempunyai masalah resdung yang teruk, cubalah atasinya dengan ser resdung Shaklee. Semoga masalah resdung anda dapat diatasi..Dalam entry akan datang, saya akan bagi testimoni mereka yang telah mencuba set resdung Shaklee pula ya..

Jika berminat..hubungi saya 
June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

Sekian, terima kasih :-)

Khamis, 21 Februari 2013

B Complex Penyebab Urin Bertukar Kekuningan?




''Selepas mengambil suplemen B Complex, saya perasan terdapat perubahan pada warna urin saya.Mengapa urin saya berwarna kuning seperti B Complex?''

Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang consume vitamin B Complex Shaklee. 



Maka jawapan saya adalah begini : Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. 


(Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap akan disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.


Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax 


KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Pastikan anda menyukat jumlah air yang diambil adalah cukup 3 liter.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak :-)


kredit to:

http://vitaminsemulajadi.com/warna-urin-dan-vitamin-shaklee/



Isnin, 18 Februari 2013

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Semenjak dua tiga menjak ini keinginan untuk menambahkan jumlah ahli keluarga semakin membuak-buak. Asal ternampak baby je saya akan tersenyum...wah, seronoknya if dapat seorang lagi anak dan anak itu adalah perempuan :-) Anak lelaki dah ada...dah cukup tiga tahun pun Faris ku itu....if tambah baby girl, dapatla sepasang.......heheee indahnya alam fantasiku....semoga tahun ini kami akan diberi rezeki untuk menambahkan zuriat..in sya Allah..
Comel je kan???


Eeee...cutenya budak ni..suka3 :-)

Mak aii..lawakan mata dia...:-)


Jom baca artikel tentang kelebihan memiliki anak perempuan..



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibu bapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.{sumber}

Ahad, 17 Februari 2013

Soya Boleh Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki??


Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen.
Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita,estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagaiisoflavones.
Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.
Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?


Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.
Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.
Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.
Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.
Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini?
Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.
Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.
Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.
Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;
  1. Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  2. Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya. 
  3. Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.
Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.
Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.
Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrate.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.

Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.

kredit to:http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/kesan-soya/

Jumaat, 15 Februari 2013

Minyak Ikan Boleh Bakar Lemak??Biar betul....


Wah..betul ke ni? Selama ni ramai yang ingat fish oil untuk brain je..nampaknya Lecithin ade persaingan hehe... Jangan risau ye, Lecithin memang berkesan, Omega pun sama tapi perbezaan antara kedua-duanya adalah dari segi harga dan tahap keberkesanannya..well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't gud. Namun, terpulang pada kemampuan masing2la untuk memilih yang mana satu....


Dalam fish oil ade OMEGA fatty acid yang mengandungi DHA dan EPA.



Ye ke omega ni boleh bakar lemak? Cam tak caya jer...

''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''
http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye? 

Lemak Omega-3 membuatkan badan anda bertindak balas kepada sejenis hormon yang dipanggil leptin. (Leptin dalam bahasa Greek bermaksud "thin")

Apa sebenarnya fungsi hormon leptin??

Leptin memberi isyarat kepada badan (otak) untuk mengurangkan selera makan dan membuatkan anda makan dengan sedikit, jadi anda boleh mengurangkan berat badan dengan berkesan.

Leptin berfungsi meningkatkan tahap metabolisme badan dengan meningkatkan pengeluaran kelenjar tiroid.(hormon tiroid membantu mengawalatur tahap metabolisme badan anda).

Hmm...banyaknya fungsi Leptin ni..ia juga membantu badan untuk menukarkan lemak yang tersimpan kepada tenaga...badan akan jadi lebih bertenaga & lemak pun berkurangan..wah, bestnya... Lemak kat perut pun boleh hilang dengan jayanya...



ATTENTION!!!!

If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat...You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…antara makanan kaya dengan omega 3 ialah:








3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…

1.Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 

2.An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…

3.Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.



''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.'' 

http://www.livestrong.com/article/494397-dha-fish-oil-and-weight-loss/

by: Adaa (http://mycutekids-myinspiration.blogspot.com)


Dah baca bagaimana omega 3 boleh bakar lemak tu, jadi jika anda berminat, hubungi saya sekarang:

June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

Setiap pembelian daripada blog ini anda akan mendapatkan khidmat nasihat berterusan 'after sales'..juga akan di'add' ke secret group yang EXCLUSIVE di facebook...diskaun hebat juga bakal menanti anda...

Sekian, terima kasih.