Khamis, 31 Januari 2013

Diet Air Kosong...Berkesan ke?


Semalam kat makmal sains sekolah aku sempat menimbang berat badan. Budak2 tengah jawab ujian, cikgu mereka sempat lagi nyorok2 ke bilik Persediaan kat sebelah...macam-macam gelagat la cikgu sorang nih..hahahaa...tapi macam tak caya jer dengan angka yang penimbang kuno itu tunjukkan...ish, betul ke angka yang aku nampak?? hah! Beratku dah lebih 2 kg daripada berat biasa...patutlah badan rasa can berat jer dalam seminggu ni..heheheee...naseb baik cepat perasan...baik aku sedar diri cepat2 sebelum kena tegur dengan cik abang..hahahaaa.Aku harus berbuat sesuatu sebelum terlambat...So, misi ku hari ini adalah untuk berdiet...ye lah tue...So apa yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah diet air kosong... Jom teman-teman, jaga berat badan jangan sampai berlebihan pulak ye...macam saya ni..


Diet air kosong






Bagi anda(saya) yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran...so, banyak2la minum air kosong ye...25kg berat badan = 1liter air.

Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan. Biasanya, jika ada pape jamuan kat sekolah ke apa...teman2 sering mengamalkan petua mengosongkan perut..baru leh makan banyak2.eh, macam tu pun ada....hahahaa...macam2lah diorang nih ;-)

Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk...so, lepas ni jangan dok tibai air dari peti sejuk aje yer...jom ubah habit kita ke arah hidup yang lebih sihat...

Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi TIDAK mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong? 

Anda semua sudah sedia cerdik, jadinya lepas ni kita akan berdiet dengan air kosong lah ye...lagi pun, 70% daripada kandungan badan kita adalah cecair...so, air yang cukup membantu organ dalam tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik...

Sari buah-buahan dan jus segar juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan kita sehebat air kosong....Jom hidup lebih sihat hari ini juga ;-)


Sumber : Majalah info sihat

Merokok adalah haram...anda setuju???

Morning all...pagi-pagi ni saya nak citer sket pasal sejarah rokok...apa kena mengena saya dan rokok?? heheheee...yes, saya tak suka bau asap rokok...mulalah rasa sesak nafas dibuatnya...masa belum ada boyfriend dulu pun memang saya bercita-cita untuk kahwin dengan orang yang tak merokok..hihihii....tak sanggup den nak hidup dengan 'asap' seumur hidup (TQ Encik Suami ku coz memilih untuk tidak merokok ;-) ....tapi, ada jugak member yang bagi syarat macam ni kat bakal suami dia..if nak kahwin, BERHENTI la MEROKOK..bakal suami pun jawab, OK...tengok2 lepas kahwin tak jugak berhenti...bagi pulak alasan lain...TUNGGU la dah dapat anak baru nak berhenti....memang SUSAH nak berhenti merokok jika diri sendiri tak berapa bersungguh...ade jer alasan diberi kan? Apa yang bestnye rokok ek? Saya pun naik heran jugak kadang2 tu...Jom kita tengok asal usul datangnya rokok...

Sejarah terciptanya rokok...





Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :

“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan... mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:

“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.

Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

~ Dipetik dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12


Sumber ini saya ambil daripada laman muka buku yang di'post' oleh saudara Pierre Andre..semoga info ini berguna buat sahabat semua...let's stop smoking! Do it NOW...

Rabu, 30 Januari 2013

Vitamin untuk Kanak-Kanak Kekal Sihat

Selamat petang semua...perubahan cuaca sejak akhir-akhir ini banyak memberi kesan kepada kita semua terutamanya kanak-kanak. Sebulan yang lepas negara kita dilanda hujan lebat yang berterusan....tup tup masuk pertengahan bulan Januari cuaca bertukar dengan mendadak.....kalau sekarang ni nak lihat hujan turun pun susah..kesian tengok rumput di bumi yang sudah kering kekuningan....mmm, cuaca yang panas sebegini menyebabkan ramai yang mengalami masalah kesihatan seperti demam, sakit tekak dan selsema....yang paling kesian jika kanak-kanak yang menghidapinya...Untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku, ibu bapa boleh mencuba beberapa suplemen di bawah:





1) Mealshake, 544g/ canister (RM113.75)

- sesuai untuk kanak2 umur 1 tahun ke atas
... - protein dari susu lembu
- mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
- membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
- baik untuk perkembangan otak, meningkatkan sistem imun tubuh
- mengandungi fiber yang boleh membantu kanak-kanak sembelit
- rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
- meningkatkan selera JIKA ada masalah tersebut
- boleh dibancuh dengan air kosong, susu, jus atau minuman kegemaran

2) Omega Guard, 90 kapsul (RM136.00)

- untuk kanak2 umur setahun ke atas
- minyak ikan berkualiti tinggi mengandungi DHA, AHA, ALA
- Membantu dalam proses pembelajaran
- Membantu bayi mencapai berat dan tumbesaran terbaik semasa dalam kandungan
- Membantu kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi
- membantu kanak2 yang mempunyai semput dan masalah kulit

3) Chewable Vita-C, 90 tablet (RM37.00)

- Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
- boleh dikunyah, perasa sitrus
- memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
- penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Baik untuk kesihatan menyeluruh
- meningkatkan daya tahan penyakit

Siapa yang tak sayangkan anak...ibu lah orang paling susah hati jika anak-anak diserang penyakit...tak tidur malam dibuatnya kan?

Jika anda berminat untuk mencuba suplemen di atas, hubungi saya segera untuk tempahan :-) 
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 0192187383 | ID : 891221

Ahad, 27 Januari 2013

Jom Diet : Tips Mudah untuk Kurus..


Salam petang Ahad semua...entry kali ini bakal berkisarkan tentang diet yang betul...saya suka melihat orang lain sihat, cergas dan hidup gembira setiap hari.Tak mau la stres2 yer...nak tegur pun ngeri..hahahaaa..semoga info ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua yaa...
Menurunkan berat badan bagi sesetengah orang tidaklah semudah orang lain. Walaupun telah mencuba pelbagai produk diet dan program diet,hasilnya adalah mengecewakan. 

Seorang teman melahirkan rasa kecewa akibat gagal menurunkan berat badan walaupun telah berdiet selama seminggu (mungkin bagi  anda seminggu itu adalah suatu jangka masa yang singkat,namun hanya empunya badan sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menjayakan dietnya itu)...hal ini amatlah mengecewakannya dan menyebabkan teman saya itu terus melupakan diet beliau dengan makan makanan kegemaran beliau semahunya selepas melihat tiada perubahan berat badan seperti yang diharapkan.......Untuk makluman anda, teman saya telah mencuba pelbagai cara untuk diet..termasuklah mengikuti langkah yang dicadangkan oleh doktor & pakar....tapi masih tidak berjaya...di mana silapnya ya??Mungkinkah beliau belum cukup BERDISIPLIN untuk mendapatkan berat badan ideal seperti yang diharapkan...selepas ini saya akan cadangkan beliau untuk mencuba tips ini pula...


 Untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, mungkin anda boleh mencuba beberapa tips yang ingin saya kongsikan buat anda semua...Di sini ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan tanpa melibatkan modal yang banyak serta tidak memeningkan kepala anda dalam usaha mengurangkan lebihan lemak di badan.




  • Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama -  Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.
  • Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan. 
  • Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.
  • Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita ada makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata.
  • Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.
  • Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger  atau menghabiskan 3 jam di gim.
  • Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.
  • Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori. 
  • Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.

kredit:www.ilayahaya.com

Jumaat, 25 Januari 2013

Cadangan suplemen untuk Berhenti Merokok


Salam  semua.. Pagi2 ni saya ingin berkongsi vitamin yang bersesuaian untuk perokok. Kepada mereka yang sedang berusaha untuk hidup lebih sihat tanpa rokok boleh mencuba kaedah ini...kini bukan lagi mustahil untuk anda hidup tampa rokok...yang penting kemahuan untuk berhenti merokok haruslah kuat dan berazamlah dengan bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok...merokok tiada faedahnya, yang anda dapat hanyalah penderitaan di kemudian hari...awas, mulakan langkah anda untuk berhenti merokok sekarang juga!

Kesan Merokok :

Secara umumnya, ramai yang telah sedia maklum tentang keburukan merokok..Jadi, tak perlulah saya buat huraian berjela-jela tentang bahayanya merokok.Jom kita tengok sepintas lalu tentang bahana merokok...




Tips ringkas untuk berhenti merokok:





Ini merupakan cerita seorang pengguna tentang suaminya yang kuat merokok... 

"Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...


Basically sila detox dulu dengan DTX complex kerana hati perokok tegar ni jika di 'scan'  ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin C dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah susah-susah nak beli vitamin C spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Apabila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit, maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

Antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular (cukup dengan vivix sahaja jika tak mahu 
                makan suplemen banyak2)
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

kredit:
MamaFisya

Jadi, kepada semua perokok yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, tahniah saya ucapkan...jika anda telah berusaha sedaya upaya, namun masih GAGAL untuk berhenti, saya sadangkan anda semua untuk mencuba suplemen yang dicadangkan di atas...pilihan di tangan anda, bertindaklah sekarang ;-)


Sebarang pertanyaan: hubungi saya di sini..
 June Mohd
 0192187383
kerengge83@gmail.com
Anda berhak mendapat konsultasi percuma after sales & layak di'add' ke secret FB group yang EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja...best kan??

Khamis, 24 Januari 2013

Testimoni Pengguna VIVIX



Kali ini saya ingin berkongsi tentang testimoni pengguna-pengguna Vivix yang telah berpuas hati dengan kesannya..semoga dapat menjadi pemangkin kepada para pembaca untuk hidup lebih sihat dengan Vivix...

TESTIMONI 1:
Testimoni di atas mengisahkan tentang seorang bapa yang menderita penyakit strok, mempunnyai darah beku di otak serta mengalami sakit kepala yang melampau...Pengguna juga turut mempunyai masalah angin dalam badan, sakit-sakit pinggang dan juga pinggul disebabkan mempunyai berat badan berlebihan. Namun, dengan izin Allah belum pun habis menggunakan sebotol Vivix bapa ini sudah menunjukkan kesan yang positif.....syukur, alhamdulillah :-)


TESTIMONI 2:

Testimoni kedua mengisahkan tentang seorang atuk yang baru mengamalkan Vivix tidak sampai sebulan. Pada mulanya, pengguna ini mengalami sakit-sakit tua dan pelbagai jenis penyakit lain lagi...setelah menggunakan vivix badan beliau telah kembali bertenaga dan semakin kuat...alhamdulillah ;-)

TESTIMONI 3:
Ini pula seorang distributor Shaklee yang telah berjaya menjual Vivix kepada pesakit strok...alhamdulillah customer beliau telah menunjukkan tanda pemulihan yang begitu positif ;-)



P/S: Ramai yang telah mendapat manfaatnya...tak sangka juga yek, pesakit strok pun boleh pulih seperti sediakala...jom cuba produk 'magic' ini...memang tak menyesal jika anda mencubanya...In Sya Allah.

Kat bawah ni saya nak kongsikan manfaat vivix secara ringkas...




Siapa yang sesuai menggunakan Vivix??Orang dewasa yang berusia 18 belas tahun ke atas, orang yang sukar menelan banyak jenis pil...kanak-kanak ibu menyusu dan ibu hamil tidak sesuai mengambilnya..

Sebarang pertanyaan hubungi saya ye.. :
June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

Anda berhak mendapat free consultation after sales & akan di'add' ke Secret FB Group yang best...Selamat mencuba..hadiahkan kepada ibu bapa anda produk hebat ini sekarang!


Rahsia 25 Tahun lebih Muda daripada Usia Sebenar!!!

Assalamualaikum...selamat menyambut hari Maulidur Rasul buat semua...semoga kita memanfaatkan hari yang berkat ini dengan aktiviti yang lebih berfaedah hendaknya...hari ini saya ingin berkongsi manfaat Shaklee VIVIX...produk yang mampu membuatkan anda menjadi 25 tahun lebih muda daripada usia sebenar!!!!Macam tak percaya jer kan??Tak boleh jadi ni...saya pun nak 'try' jugak...mmm, bukan saya takut sangat kalau jadi tua pon...tapi yang paling tak tahan apabila digelar 'kakak' oleh pakcik2 yang 20-30 tahun lagi tua daripada ku itu sudah melampau....hahahaaa...kadang2 sakit hati jugak dibuatnya...aku yang nampak tua atau pak cik2 tersebut yang PERASAN MUDA...haisyyy!



''Live 25 years more and feel 25 years 

younger!" 


Apa yang Perlu anda Tahu Tentang VIVIX...

-Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (akibat radikal bebas) yang boleh mempercepatkan berlakunya proses penuaan. VIVIX membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh dan mampu melambatkan proses penuaan tersebut.

-Merperbaiki tenaga sel. Semakin banyak tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Hal ini akan menurunkan fungsi sel. VIVIX berkesan membantu menguatkan sel tubuh.

-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua usia kita, semakin  terhad fungsi tubuh kita...pergerakan kian terbatas serta ingatan kita juga menjadi semakin lemah. VIVIX boleh membantu untuk mengembalikan keremajaan badan kita....



Dengan mengetahui fungsi & kebaikan vivix di atas, saya tidak teragak-agak untuk memborong 2 botol vivix selepas ini...satu untuk diri-sendiri, dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada bonda terchenta...wah, muda 25 tahunla ibu ku lepas ni...hihihi...jangan x taw pulak yer..Ayu Raudhah adik Rozita Che Wan yang cantik jelita tu pon guna VIVIX untuk awet muda...Jom grab VIVIX sekarang...






Pertanyaan: June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com


·                        


Rabu, 23 Januari 2013

VITAMIN UNTUK TUMIT KAKI MEREKAH



Cuba lihat tumit kaki anda sebentar. Adakah ia,

(1) Lembut, licin, dan kemerah-merahan? ATAU,
... (2) Kasar, merekah dan kehitam-hitaman di garisan yang pecah?

Kerapkali saya bertemu dengan rakan wanita yang lawa rupanya, licin kulit mukanya, dan cantik penampilannya, namun, apabila kita lihat tumit kakinya, nampak kulit itu merekah dan pecah. Ada kala diiringi dengan warna kehitam-hitaman yang kurang menyenangkan mata, walhal rakan ini masih muda belia.

Benar, sebagai Muslim kita perlu menutupi bahagian tersebut dari pandangan umum, tetapi, tidak mahukah kita cantik buat suami, atau sekurang-kurangnya cantik dan sihat untuk diri sendiri? Ini kerana, jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, adakalanya kawasan rekahan ini akan bertambah teruk sehingga berdarah.


Apakah penyebab tumit kaki merekah atau pecah-pecah ini?

Ia ialah masalah kaki yang biasa, disebabkan oleh kulit tumit yang kering, dan akan lebih teruk apabila kulit di bahagian tumit ini tebal berbanding biasa. Ia menyebabkan si empunya kaki merasa sakit untuk berdiri dan adakalanya menyebabkan pendarahan di tumit. Keadaan ini juga dikaitkan dengan kekurangan Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan Vitamin-E.

Faktor-faktornya ialah:

(1) Berdiri terlalu lama.

(2) Terlebih berat badan.

(3) Memakai kasut yang terbuka di bahagian tumit (open back shoes).

(4) Masalah kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering, contohnya kencing manis (Diabetes).

(5) Kesihatan kulit (i.e. psoriasis).



Penjagaan asas untuk luaran:

Untuk penjagaan luaran, anda boleh sahaja membeli berus (untuk menyental sel & kulit mati) dan krim kaki bersesuaian (untuk melembapkan) yang khas untuk penjagaan kaki, terutama tumit kaki. Di Shaklee, anda juga boleh menggunakan Shaklee Herbal Blend Cream.


Penjagaan asas untuk dalaman:

Namun, kecantikan itu datang dari dalam, bukan? Jadi, di samping rawatan luaran, anda perlulah membajai kaki anda dari dalam juga, kerana beauty comes from within!

Di Shaklee, suplemen yang sesuai ialaH..

1) Vita-Lea: Multivitamin & multimineral, lengkap dengan formula zat besi.

2) B-Complex: Mengekalkan kelembapan kulit.

3) Vitamin-C: Sumber kolagen kulit & anti-oksidan.

4) OsteMatrix: Merawat masalah pecah-pecah di telapak kaki & rekahan di tumit kaki.

BOLEH JUGAK AMALKAN PETUA Melayu (penjagaan luaran):

(1) Ambil sebiji limau purut, hiris dan gosokkan di tapak kaki pada setiap pagi sebelum mandi.

(2) Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Sapukan getah betik tadi pada tumit kaki.

(3) Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama setengah jam.

(4) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

P/S : Amalkanlah tips & petua ini (penjagaan luaran & dalaman yang seimbang) dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Vitamin Ibu Menyusu Yang Membuatkan Anda Kekal Bertenaga!

Assalamualaikum semua...semoga anda sentiasa sihat dan ceria2 selalu...entry saya hari ini adalah berkaitan dengan penyusuan..Dewasa ini, semakin ramai ibu-ibu yang mula menyedari hakikat sebenar bahawa susu ibu jauuhhh lebih baik berbanding susu formula. Wanita-wanita yang bekerjaya juga semakin ramai memilih untuk menyusukan bayi mereka sehingga usia dua tahun atau sekurang-kurangnya penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama usia bayi mereka. Perkembangan ini amatlah baik dan membanggakan kita semua..Produk Shaklee banyak membantu para ibu yang ingin menyususkan bayi mereka..jom kita lihat produk penyusuan yang telah disesuaikan mengikut bajet anda.


SUPPLEMENT MENYUSU IKUT BAJET ANDA DENGAN PRODUK SHAKLEE

Kebaikan Vitamin Shaklee buat Ibu Menyusu
============================
Semakin ramai ibu-ibu yang menyusu memilih Shaklee dalam mengharungi suka duka perjalanan dunia penyusuan mereka. Saya pasti ibu2 semakin gemarkan khasiat yang didapati dari shaklee kerana ia terpancar di wajah anak2 yang disusui. Jom tengok kesan pengambilan vitamin Shaklee


KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :
===================================
1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih
2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil
3. Badan tidak mudah rasa lesu dan letihSentiasa rasa bersemangat
4. Fikiran lebih positif
5. Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang
6. Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil
7. Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air 

    dalam sehari.
8. Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.

KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set Asas Penyusuan Shaklee ini antaranya ialah :

1. Susu ibu menjadi lebih pekat
2. Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
3. Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun 

    sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
4. Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ 
   direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.

Tips Penyusuan susu ibu!
===============
~Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kpd kesihatan ibu.

~Konsep asas penyusuan perlu difahami iaitu KERAP MENYUSU DAN KERAP PUMP MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN.

~Pengambilan vitamin akan mendatangkan hasil positif jika
1. Ibu kerap menyusu bayi atau yang bekerjaya kerap pump sekurang2nya 3jam sekali
2. Pengambilan air yang mencukupi (dalam 3 liter) dan tidak berdiet sepanjang penyusuan.
3. Berdoa sentiasa di murahkan rezeki susu badan untuk anak kerana hanya Dia mengetahui yang terbaik


Jika berminat untuk mencuba vitamin ini hubungi saya ye......
June Mohd
0192187383
kerengge@gmail.com
Saya sedia membantu :-)

Isnin, 21 Januari 2013

Kepentingan Sarapan Pagi


Ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan bersarapan. Sarapan sebenarnya adalah RAHSIA untuk kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Pada era globalisasi ini manusia sentiasa mengejar masa untuk ke tempat kerja dan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas, mereka terpaksa keluar rumah pada awal pagi. Situasi ini menyebabkan mereka memilih untuk tidak bersarapan kerana ingin menjimatkan masa. Sedangkan, tanpa sarapan mereka mengambil risiko untuk:
-tidak dapat memberi tumpuan lebih lama terhadap sesuatu perkara untuk jangka masa yang panjang
-kurang peka terhadap persekitaran
-mengambil masa yang yang lama untuk bertindak balas (lambat ‘respond’)
-kandungan gula dalam darah rendah (cepat lesu)
-produktiviti kerja menurun...

SARAPAN dianggap begitu penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Malah sarapan juga sebenarnya penting untuk diamalkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan menawan.
Ringkasnya, sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan.

Seseorang yang tidak mengambil sarapan kononnya untuk menurunkan berat badan lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.
Tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.
Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.
Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.
“Apabila seorang itu mengalami masalah obesiti ataupun berlebihan berat badan, mereka cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.
“Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, angina (penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas) atau perut tidak selesa, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meninggalkan sarapan.
“Pilihan makanan yang berkhasiat dan bersih amat penting. Pengambilan sarapan perlu dibiasakan bagi individu yang menganggap ia tidak penting,” nasihatnya kepada golongan dewasa yang gemar meninggalkan sarapan setiap hari.
Tambahnya, tubuh badan manusia seperti kereta yang perlu diisi dengan minyak supaya boleh bergerak. Badan kita perlu diisi dengan makanan beberapa kali dalam sehari supaya ia boleh berfungsi secara cekap dan dapat melakukan tugas harian lebih baik.
Kajian untuk membandingkan antara keberkesanan mental dan fizikal terhadap sekumpulan orang dewasa dalam sehari menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan semakin kurang cergas menjelang tengah hari.
“Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.
“Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian.
“Masa yang lama diperlukan untuk menyelesaikan tugasan terutama jika di tempat kerja. Jika tidak bersarapan, kita cenderung untuk mengambil makanan manis untuk meningkatkan tenaga.
“Jika seseorang sedang bekerja dan waktu makan tengah hari belum tiba, pada ketika inilah kita cenderung untuk mengambil makanan yang kurang berkhasiat seperti coklat, kerepek atau makanan ringan lain.
“Di samping itu, mereka akan berasa sangat lapar dan apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka akan mengambil kuantiti makanan yang banyak,” jelasnya mengenai kesan bagi mereka yang malas dan tidak mahu mengambil sarapan sebagai rutin harian.
Sarapan tidak hanya penting bagi mereka yang inginkan berat badan ideal tetapi juga kepada kanak-kanak yang bersekolah.
“Pada waktu pagi, setelah lapan hingga 12 jam semalaman tidak mendapat makanan sewaktu tidur, simpanan tenaga adalah rendah.
“Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.
“Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.
“Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.
“Pengambilan sarapan penting tetapi apa yang mereka ambil atau makan perlu juga dititikberatkan. Memilih sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.
“Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.
“Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantu
menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah,” jelasnya.

Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.
Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.
FAKTA:
Antara sumber nutrien termasuk:


Karbohidrat seperti bijiran penuh, beras perang, roti bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan.
Protein seperti produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.
Serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah.


Kepentingan bersarapan:

Kecerdasan minda terutama memori yang baik.
Keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, kedatangan ke sekolah dan mood mereka.
Tumpuan dan perhatian yang lebih di dalam kelas.
Pemakanan yang baik secara keseluruhan.
Berat badan yang ideal.

Jadi, selepas ini kita haruslah sentiasa memastikan bahawa kita mengambil sarapan  setiap hari bagi memastikan kita mendapat semua kebaikan daripada tabiat bersaparan pagi...Jom sarapan!
sumber: hmetro.com.my

Ahad, 20 Januari 2013

Tips untuk Cepat dapat Anak

Salam ceria buat semua...hari ini agak sibuk sedikit untukku..pagi-pagi tadi 'drive' dari Pengkalan Chepa ke Gua Musang, Kelantan...dari hujung ke hujung negeri Kelantan....jarak sejauh 150km memisahkan antara anak & bapa serta suami & isteri...wah, rupanya sudah hampir empat tahun kami dipisahkan oleh jarak yang agak jauh itu...Faris, anakku hanya berpeluang untuk berjumpa Papa seminggu sekali sahaja....hmm....sabar jelah ekk..mujur juga ada Faris yang menemani hari-hariku tanpa suami...aku berasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan cahaya mata yang keletah & bijak tak sampai setahun usia perkahwinan kami...alhamdulillah ;-)

Kali ini aku memilih untuk berkongsi tips bagi suami isteri yang dah lama kahwin tetapi masih ternanti-nantikan tangisan pertama cahaya mata sulung mereka....





Sudah menjadi umrah bagi pasangan yang baru berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua sudah bertiga atau berempat.. namun kita masih berdua.Jom kita kaji punca yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini :



Antara penyebab biologi sukar hamil dalam kalangan wanita:
~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dalam kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk



Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya mulakanlah dengan berhenti merokok....banyak manfaatnya untuk anda juga :-)
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan




Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
Alfalfa membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Wah, banyaknya supplemen, mana satu yang perlu saya ambil? Semuanyakah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.








Untuk Suami : Set Family Wellness (Vitalea+B Complex+Vita 
                        C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (Vitalea+B Complex+Vita C) 

                      atau Set Family Wellness  (Vitalea + B 
                      Complex+Vita C) bersama Vita-E +alfalfa


Pertanyaan sila hubungi June Mohd, 019-2187383, kerengge83@gmail.com... saya sedia membantu anda...daaa...thanx 4 reading ye :-)


Jumaat, 18 Januari 2013

Healing Crisis : Sakit Makin Teruk Lepas Makan Shaklee?


"Seorang rakan yang baru seminggu mengambil suplemen untuk masalah resdungnya mengadu kepada saya bahawa hidungnya semakin teruk berair...bersin pun semakin kerap. Saya mencadangkan kepada beliau untuk teruskan memakan suplemen tersebut dan memperbanyak minum air kerana itu adalah tanda-tanda krisis pemulihan."

"Satu lagi kes, seorang teman yang baru lepas keguguran bayi kedua mengadu bahawa bahagian belakang badannya semakin sakit selepas mengambil ESP Shaklee...sakit belakangnya memang dah ada lepas 'miscarriage' tapi dah hilang dua minggu sebelum mengambil ESP. Ini juga merupakan satu daripada simptom krisis penyembuhan."




Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.




Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab:

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi - petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat - Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau -Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut -Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir -Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan kurang baik.

Penghasilan lendir seperti selsema,kahak - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung -     Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid- toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan - Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu-Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

Lapar, Pening -Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu -    Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) -     Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


 Nasihat saya apabila pengguna Shaklee yang terpaksa berdepan dengan  'healing crisis', bersabarlah. Perbanyakkan minum air kosong supaya vitamin dapat menjalankan peranan dengan sempurna. Selain itu, kurangkan dos pengambilan, ambillah vitamin selang sehari, dan yang paling penting beritahu saya supaya saya boleh syorkan cadangan yang sesuai untuk pelanggan-pelanggan saya. Janganlah berdiam diri sahaja kerana masalah takkan selesai kalau kita tidak mencari jalan penyelesaiannya. OK?

 For my beloved customers, feel free to contact and share with me your healing crisis. Kita cuba cari jalan penyelesaian bersama-sama. Yang penting anda harus bersabar untuk menikmati hidup yang lebih sihat. Saya sentiasa mendoakan agar semua pelanggan saya mendapat tahap kesihatan yang semakin baik selepas mengamalkan suplemen Shaklee. Insya Allah :-)

FB : June Mohd |kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221