Sabtu, 29 Disember 2012

Kebaikan B Complex Shaklee

Hai semua...di hari yang cerah dan ceria ini (masih dalam mood musim banjir, tapi alhamdulillah cuaca hari ini sangat bagus) saya nak kongsi perihal B Complex...B Complex juga antara vitamin kesukaanku :-) Saya dah makan B Complex selama 2 tahun iaitu sejak zaman menyusukan Faris lagi..Alhamdulillah suplemen ini banyak membantu untuk menstabilkan 'mood'ku yang kadang kala stres fikirkan stok susu yang tidak semeriah mana...tapi dengan izin Allah, berjaya juga kuteruskan hasrat murni untuk menyusukan anakku sehingga 2 tahun 4 bulan usianya :-) Macam tak percaya je rasanya...bukan sedikit dugaan yang kutempuh untuk menjayakan misi ini...'black out' antara peristiwa yang paling banyak menguji ketabahanku...bila tak de karan, habislah stok susu yang kukumpul selama ini...so that, to prevent sejarah lama berulang, saya sentiasa memastikan peti ais ku tersimpan ais yang cukup untuk mengelakkan stok susu badanku mencair dengan jayanya...huhuhuuk! Gitulah alkisahnya...


Now saya nak share ape lagi yang akan korang dapat bila makan B Complex Shaklee..Vitamin B memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin berfungsi untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, menyerap segala nutrien penting dan menjaga sistem saraf supaya berfungsi dengan lebih baik. Vitamin B perlu diambil setiap hari kerana ia adalah vitamin larut air selain vitamin C. Untuk mendapat khasiat vitamin B yang lengkap, kita perlu mengambil kuantiti yang disarankan ialah 9 jenis vitamin B.

  • TANDA- TANDA KEKURANGAN VITAMIN B DALAM BADAN:


  • Keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Dapatkan vitamin B complex Shaklee yang asli untuk membantu fungsi tubuh anda :-)


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Ahad, 16 Disember 2012

Kebaikan Vitalea,multivitamin paling lengkap di pasaran

Hai semua...petang ni hujan turun dengan lebatnya...hujan2 lebat camni best kan kalau dapat tidur...hehehee...anakku Faris n papanya sedang lena diulit mimpi...time ni la aku curi2 masa untuk menulis....

Pagi2 hari tadi aku berpeluang join kelas bersama Master Hadhatina...seronok dapat jumpa kawan2 baru yg lain...oh ya, seminggu nie aku & keluarga bercuti ke Melaka...actually, Melaka ni adalah tempat yg wajib dikunjungi coz my hubby berasal dari Melaka...memang x nyesal join kelas tadi...dpt mkn free lagik hehehe...lain kali buat la lagi ye...yg best, nenda ku Zeti Hafiza pon ade jugak...mmm, byk pengetahuan baru utk beginner mcm aku ni ha..so perkongsian mereka tadi sangat berguna utk dijadikan panduan & pembakar semangat utkku pergi jauh dlm bisnes ini...x kenal, maka tak cinta...sekali dah terjatuh chentaaa, parah jadiknya hahahaaa! Mujur hubby x keberatan dan sentiasa menyokong perjalanan bisnes isterinya ini...thanx dear :-)

Ok...dah cukup jauh aku melalut...hehehee...ni betul2 nak citer sal multivitamin Shaklee..nama dia VITALEA..


MOH KITA TENGOK APE PERBEZAAN SHAKLEE...APE YG BUAT AKU SUKEEE SGT DGN VITALEA:

if korang semua nak tau, vitalea Shaklee adalah multivitamin & mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai ''Vitalized Mineral'' & kemudiannya disingkatkan kepada sebutan ''Vita-Min'', dan perkataan vitamin yg disebut2 kini asalnya daripada Shaklee. Multivatamin pertama yang dicipta pada tahun 1915 adalah dalam bentuk cecair (90 tahun yg lalu)...seiring perkembangan teknologi telah mengubah bentuknya kepada tablet yg dikenali sebagai Vita-lea. Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diekstrak daripada buah-buahan & sayur-sayuran, 12 vitamin & 7 mineral penting seperti yg disarankan oleh RDA.

Selain itu, tablet Vita-Lea disaluti dgn serbuk nutrisi- spirulina. Multivitamin ini dihasilkan dengan kaedah terkini & teknologi eksplosif yg kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Vitalea merupakan tablet multivitamin yg paling cepat di dunia larut di dalam air & juga tubuh manusia...mcm x percaya je kan??? if susah nak percaya, try la wat eksperimen sendiri & lihat hasilnya...aku dah try rendamkan Vita-Lea ke dalam segelas air...sekejap je tablet larut, tak sampai 3 minit pon hehehe...Ini menyebabkan mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein utk penyerapan pantas di dalam usus kecil....

Terdapat ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun, boleh mengurangkan risiko jatuh cinta...opsss! jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000...........fuh!cayalah....ada x korang jumpa multivitamin lain yang setanding jenama vitamin pilihanku ini??

Antara manfaat utama yg akan kita peroleh jika consume Vitalea:

- penambahan tenaga segera : pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori serta fokus dalam aspek pembelajaran mahu pun kerja seharian.

- pelengkap nutrisi : kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya kepada mereka yang mengamalkan 'vegetarian' & pesakit anemia.

- keupayaan sistem pembiakan : penting kepada kanak- kanak & remaja yg sedang membesar bagi mendapatkan kadar pertumbuhan sistem pembiakan yg normal.

- metabolisme : sangat membantu dalam stimulasi metabolisme sel dan melambatkan proses penuaan...hehe...yg ni mesti mak mentua i suka...

- elemen penting pada sel tubuh : menyediakan nutrisi asas bagi memastikan sel hidup, membantu pertumbuhan sel2 baru, membantu proses tumbesaran, penting utk pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon serta membantu menjaga kesihatan tiroid.

- melindungi organ : melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati..

So, setakat tu dulu citer sal multivitamin kesukaanku...tak kenal maka x cinta...terlalu banyak manfaat yg akan kita dapat dengan hanya satu tablet Vitalea setiap hari....apa tunggu lagi...cubalah :-)

Pssstt....rahsia terbaru tentang vitalea yang kutemui...ia juga mengandungi biotin. Biotin adalah bahan utama yang diperlukan untuk membantu pembakaran lemak bagi mereka yang sedang diet. Vitalea Shaklee mengandungi kandungan biotin yang tinggi iaitu sebanyak 150mcg, berbanding multivitamin lain di pasaran lebih kurang 20mcg sahaja!!! Bagi mereka yang sedang ber'diet',badan kita akan kehilangan banyak zat dan mineral, jadi anda sangat2lah memerlukan multivitamin untuk menyokong keperluan harian badan anda.



Jumaat, 14 Disember 2012

Manfaat Suplemen untuk Kesihatan

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan...
yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

kredit:KKM

Khamis, 13 Disember 2012

Kebaikan & Kelebihan Lecithin untuk semua

Assalamualaikum. Dalam entry kali ini, saya ini berkongsi tentang kebaikan Lecithin Shaklee. Semoga ia bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.

Antara kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf. Membantu masalah cepat lupa.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan. 
Kegunaan Lecithin : 

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil hempedu daripada kolesterol. Cecair hempedu amat penting untuk proses penghadaman.
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
 
  • Jom cuba suplemen ini...terlalu banyak khasiatnya & jgn ragu2 untuk mencuba kerana ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya...sms 0192187383 jika berminat. Sekian terima kasih :-)
  • Selasa, 11 Disember 2012

    Susu ibu lebih berkhasiat dengan ESP & Alfalfa

    Memang Superb Fantastic!


    Selain ibu menyusu, ESP juga sangat diperlukan oleh mereka yang di atas..


    Alfalfa kesukaanku..


    ESP+ALfalfa..gabungan milkbooster yang tak kurang hebat untuk ibu yang mencari suplemen yang menjimatkan tapi Lengkap!

    ESP- dapat bagi...
    tenaga,protin yang membantu memberi rasa kenyang,BONUS .. kulit halus,gebu .. ANJAL!
    Protin kan memang makanan untuk sel.. jadi dia memperbaharui sel yang mati setiap hari..Anak pun kenyang dengan lebih lama kerana susu badan yang dihasilkan lebih pekat dan berkhasiat. 

    AlFALFA- Merupakan raja segala tumbuhan, ada kalsium, protein, serat, fiber..dan mcm2 lagi..
    Alfalfa bagus untuk proses detoksifikasi, alergi, asma, resdung .. dan bertindak sebagai milkbooster macam fenugreek..

    kalau ramai ibu yang mencari2 fenugreek untuk milk booster kenapa harus takut nak cuba alfalfa? Tak rugi pun cuba .. :)

    DAPATKAN ALFALFA ANDA DENGAN  SET PROMO BELI 6  PERCUMA 1 Bulan November ini!

    Berminat? Feel free to contact me:-)


    June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

    Energising Soy Protein (ESP) Shaklee, pembekal tenaga segera..

    Hai semua..dah lame daku x update blog ini...cuti2 sekolah ni sibuk sket berjalan2....Hari Ahad lepas aku ke KL dulu sebelum balik ke rumah ibu mertuaku di ayer Keroh, Melaka...ini adalah rutin wajib setiap kali cuti sekolah...hehehee..tp seronok jgk kahwin ngan orang jauh ni kan...dapatla jugak kenal2 tempat orang....seminggu kat sini, jadual tidaklah sepadat mana...byk berehat kt rumah jer since MIL pon bizi marking paper, xdela kitorang meronda satu Melaka hihihi...

    tengahari tadi sempat jugakla temankan M.Long Faris ke bakery shop...meriah bakery shop kat sini...x mcm kat tempatku...everything so limited, harga pon mahal lak tu..huhuhu..dulu kegilaan ku yelah baking...but since dah jatuh chenta dgn Mr. Shaklee nih aku pon slow sket dgn baking membaking nih...hohoho...ape pon, masak-memasak tetap ku lakukan walaupun ringkas2 aje menunya...oh ya, hari ni aku nak share sket tentang Energising Soy Protein...ckp pasal protein semua otg tau kan ape kepentingannya??Aku dpt info ni semasa menghadiri seminar bersama Master Cery Mama Faiz last Saturday at KB Mall Shopping Centre...
    Ciri- ciri ESP Shaklee:


    1. Ianya merupakan protein non-GMO yg tidak diubahsuai utk diubahsuai secara genetik...means, pokok kcg soya yg Shaklee gunakan utk buat ESP tu dibiarkan membesar secara semula jadi tanpa pengubahsuaian genetik...ala, mcm orang dulu2 tanam sayur...just taruk baja dan siram air 
    hari2 then tunggu pokok tu membesar hingga la sesuai utk dimakan..

    2. Satu canister adalah seberat 850g bersamaan dgn 30 kg kacang soya...so sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar..

    3. Selain tu, ESP turut mempunyai indeks glisemik yang rendah (= 39) kurang drpd 55 serta sgt sesuai utk pesakit diabetes kerana gula dalam darah akan dibebaskan secara perlahan-lahan..Pesakit diabetes perlu sentiasa ada gula dlm darah mereka....

    Keistimewaan Shaklee berbanding produk lain:

    - pokok kacang soya ditanam secara organik TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA SERTA PESTISID...
    -terbukti bahawa ia adalah NON-GMO...terdapat byk produk protein soya di pasaran yg dijual pd harga yg lebih rendah, namun adakah ianya selamat????

    -dlm ESP terdapat 9 asid amino perlu yg tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia...so, dengan pengambilan ESP maka lengkaplah semua keperluan asid amino yg diperlukan oleh badan kita...so, jgn teragak2 utk memilih ESP sebagai sumber tenaga terbaik anda..

    -ia juga diproses dengan menggunakan AIR & bukannya alkohol bagi mengekalkan keasliannya..semasa pemprosesan soya ESP juga,suhu &haba yg rendah dikenakan kerana protein soya sgt mudah rosak pd suhu tinggi..jadi, jika nak minum ESP bancuhlah dgn air suam or air sejuk....sooooo delicious!

    -Setiap kacang soya yg diproses akan dibuang minyak...ini menyebabkan keadaannya adalah BERASID & boleh membahayakan badan kita....berlainan dgn ESP, soyanya akan ditambah dgn kalsium utk meneutralkan balik keadaan soya yg berasid itu..

    So...ape tunggu lagi, jom bertukar kepada protein soya yg lebey selamat & berkesan...ramai yg dh gunakan ESP utk dptkan kulit yg jelita, parut cepat hilang, awet muda, cepat kenyang, pekatkan susu, pembekal tenaga segera....bla bla....blaaa... maklumat lanjut, hubungi sy jer di sini; 0192137383 :-)




    Jumaat, 7 Disember 2012

    Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

    Macamana nak daftar ahli Shaklee?
    Mula-mula anda perlukan seorang pengedar bebas Shaklee yang telah mendaftar keahliannya dengan Shaklee untuk menjadi penaja (sponsor). Dalam cerita saya ni, kiranya sayalah penaja anda ye... saya akan daftarkan anda, borang permohonan Insya Allah sentiasa ada dengan saya ni.

    So, saya akan minta maklumat-maklumat seperti nama penuh, no.kad pengenalan, alamat. no. telefon dan sebagainya untuk saya isikan borang tersebut SELEPAS pembayaran yuran pendaftaran diterima. Saya sebagai penaja anda akan selesaikan urusan ni dengan pihak Shaklee. Anda akan dapat nombor pengenalan (ID) ahli Shaklee sebaik sahaja telah sah didaftar sebagai Shaklee Independent Distributor! Tahniah...

    Oh... katakan anda nak walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee, boleh je anda isi sendiri borang permohonan tu dengan memasukkan nama saya, JUNAINAH MOHAMED dan ID 891221 sebagai penaja anda..

    Berapa Yuran Keahlian Shaklee?

    Bagi tujuan pendaftaran, yuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM65. Caj tambahan dikenakan sebanyak *RM10 atau RM20 (Sabah/Sarawak) untuk tujuan pengeposan Kit Keahlian ke alamat anda

    atau, anda boleh dapatkan yuran pendaftaran PERCUMA sekiranya membuat pembelian sebanyak 200 uv (bersamaan kira-kira pembelian berjumlah *RM680)

    *Harga Semenanjung Malaysia

    Apa faedah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee?

    JIMAT - anda akan dapat penjimatan 15 hingga 20% ke atas semua rangkaian produk Shaklee pada harga ahli

    UNTUNG RUNCIT - jika anda jual pada keluarga dan kawan-kawan pada harga runcit, keuntungan runcit tu adalah milik anda!

    REBAT TUNAI - bagi setiap pembelian melebihi 150uv setiap bulan, anda akan menerima bayaran bonus 5-21%

    BONUS TUNAI - ada beberapa jenis bonus yang akan diterima jika anda memenuhi syarat-syarat tertentu.  Ada bonus peribadi, bonus kereta, bonus kepimpinan, insentif khas dan banyak lagi! Semuanya berbentuk TUNAI

    TRIP PERCUTIAN - anda boleh menikmati layanan 5-bintang trip percutian samada ke luar negara, menunaikan umrah atau dalam negara sebagai ganjaran dari Shaklee! Seronokkan, semuanya ditaja oleh Shaklee...


    Perlu ke maintain points atau buat pembelian tiap bulan?
    Tidak - jika anda menjadi ahli hanya untuk kegunaan sendiri, anda tidak perlu buat pembelian untuk dapatkan mata (points) minimum setiap bulan. Sebaliknya jika anda memang ingin berbisnes, ada mata minimum yang perlu anda dapatkan bagi melayakkan anda mendapat kelebihan dan ganjaran tunai.

    Apa kelebihan mendaftar keahlian dengan saya - JUNAINAH MOHAMED (ID 891221)?

    Anda akan dapat menyertai kumpulan kami yang sangat dinamik dan proaktif - yang telah melahirkan ramai usahawan wanita muda dan berjaya dengan pendapatan 3, 4, 5 mahupun 6 angka. Lebih penting kami juga terdiri dari usahawan yang berfikiran positif, berjiwa besar dan menekankan juga kekayaan rohani.

    Bimbingan dan sokongan berterusan secara online dan face-to-face akan membantu anda memulakan perniagaan Shaklee langkah demi langkah, sama ada dari aspek teknikal, motivasi, pengetahuan dan banyak lagi... Insya Allah! Jangan tunggu lagi...ambil langkah pertama anda untuk berjaya dalam Shaklee sekarang juga!

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

    JUNAINAH MOHAMED
    Shaklee Independent Distributor
    ID : 891221
    www.facebook.com/June Mohd
    kerengge_slim@yahoo.com

    kredit to:zeti hafiza

    Ahad, 2 Disember 2012

    cinch yg hebat utk kuruskan anda semua


    INGIN DIET?? APE YG SAYA PERLU MAKAN UTK LUNCH HARI INI??


    Yang ni favourite customer2 saya yang ingin melangsingkan badan.... JOm baca sekilas fakta tentang CInch Shake mix ni..(sumber~laman web rasmi shaklee)
    __________________________________________
    Cinch™ Shake Mix


    • Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?" .Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:

    • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
    • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
    • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
    • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
    • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
    • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
    • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
    • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO

    kredit to:mamafaiz.com

    jika berminat utk mencuba produk ini, feel free 2 contact me:0192187383

    CINCH & LECITHIN UTK SLIM


    SALAM...NI TESTI TENTANG PENGGUNA CINCH YG BERJAYA KURANGKAN BERAT BADAN...



    Ptg tadi Nani dah selamat ambil Cinch Shake beliau ..siap order 3 botolLecitin utk twin cousinnya... ni kire repeat order from her... . .lupa lak nak snap gambar si Nani ..pakai baju kurung gitu... hehe.. jadi wanita melayu terakhir..hehe

    ni kata beliau setelah sebulan mkn... baca lah...dari blog beliau yer..here

    ok la..since I dah makan product shaklee CINCH and LECITHIN for a month...cube tekaa..dah berapa kilo berat saya turun??? heheh..jeng jeng jeng...I LOST....3 KG!!!Okla tu kan,,sebulan dapat turunkan 3Kg..lau turun mendadak nnt badan akan cepat naik..Ok ape..bukannye I bersenam pun..hehe..saya akan minum Cinch around pukul 11.30pg after I dah breakfast.Then, saya kadang2 memang tak akan lunch pon sbb perut dah kenyang minum cinch tu..tapi saya akan lapar balik around 5-6pm. SO time ni saya akan dinner dah..saya mmg dinner awal..nnt ayah saya marah. sbb biasa org cina dinner b4 7pm..so ..my father cam tula..nk tau berat saya dulu berapa? starting from 48kg..berat saya naik smpai 65kg..antara sebab2 nye saya dinner after 7pm.mmg sape makan lewat malam bdn akan naik..so minum Cinch tu untuk gantikan makanan lain la.drpd ambik yg lemak n carbohydrate yang byk, baik minumcinch.lagipun cinch ni bukan sekadar mengenyangkan..tapi bakar lemak sekali,,n setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,,ok la tu lemak ilang byk tu sehari..dengan keadaan I yg bukannye bersenam nie..hehe..xsempat nk bersenam..bersenam ngan window shopping je.So, sesape yg nak kuruskan badan tu..sangatla saya saran kan ambik product ni..lagipun shaklee ni dah lama wujud kat dunia ni.So, kewibawaan product dia tak dapat di ragui la..and skang ni pun..mane2 I pegi mesti org akan cakap..diet ek??nampak kurus la skang..heheso seronok bila ade orang cakap camtu..So, I decide to keep using this product until i reach my target weight,,tapi after dah smpai target pun still nak guna jugak..coz nak maintain la plak kan??
    hehe..ok

    Hmm... detail sungguh si nani ni.. patutla dia bleh kire brape gram lemak yglecitin ni bakar... sbb penimbang beliau tu digital....Lecitin bakar lemak?..menarik..dan yg best tu..selamat untuk ibu2 menyusu yer..baca demo ni demolecitin. dan Oh ya Cinch Shake ni comes with 3 flavour..coklat,Vanilla, Caffe Latte..

    Kredit to:Mamafaiz.com

    kelebihan shaklee collagen powder

    Yaahhhooo!!!Promosi bulan Disember bakal menggegarkan jantung para jelitawan di luar sana yang ingin mengekalkan tahap kejelitaan mereka....ini dia Shaklee Collagen Powder yang merupakan antara produk terbaik dari kami... Cakap pasal collagen sumer org tau kan? Jom kenali ape yang best sgt tentang kolagen Shaklee nih...                                                                         Ramuan utama :  

    1. Kolagen yang diambil dari sisik ikan merah..sisik ikan merah merupakan sumber kolagen yang premium kerana ikan merah adalah ikan yang hidup pada kedalaman mencecah 5000m di dalam laut dan ini menyebabkan ia jauh dari pencemaran. Ikan merah juga boleh hidup bebas di dasar laut dalam kerana ia boleh menerima sebarang tekanan sehingga 20 paun. Faktor inilah yang menjadikan sisiknya sangat kuat dan sesuai digunakan utk menghasilkan sumber kolagen terbaekkk...antara ciri sisik ikan merah===>sangat lasak & elastik, jisim molekul yg sgt rendah utk memudahkan penyerapan...

    2. Ekstrak biji Camellia Japonica: yang terdiri dari asid oleik, satu emolien & pelembap kulit yg hebat, serta isoflavin sejenis antioksidan semulajadi yg mampu mengurangkan radikal bebas spya kite nampak muda sentiasa :-)

    3. Ekstrak Pfaffia: yg juga dikenali sebagai ginseng Brazil....apabila digabungkan dgn ramuan ke2 di atas ia akan membantu pembentukan kolagen & asid hyaluronic. asid hyaluronic ini mempunyai kemampuan yg luar biasa utk mengikat jumlah air yg banyak ===>menjadikan kulit lembut, lembap & licin umpama kulit bayi anda.....best kan??

    4. Elastin drpd kolagen ikan: elastin berfungsi memelihara kulit menjadi fleksibel & tegang...memberikan kesan lantunan apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yg berfungsi bersama2 kolagen utk mengekalkan kulit yg tegang, anjal & elastik...

    5. Vit C & Vit B: ramai yg dh tau pasal vit 2 serangkai ni kan...vit c berfungsi utk mgalakkan penghasilan kolagen & menghalang radikal bebas yg boleh merosakkan kulit kita...vit B pula penting dlm metabolisma karbohidrat, lemak & protein utk membebaskan tenaga yg diperlukan utk penghasilan kolagen di dlm sel....

    6. Ekstrak kekerang : glucosamine drpd ekstrak kekerang adalah penting di dlm sintesis cecair synovial yg membekalkan pelincir kpd sendi2 & menghidrat mata utk melegakan ketidakselesaan mata.

    7. Lactobasillus acidophilus : membantu mengimbangi mikroflora usus & membantu membina semula sistem usus yang sihat serta mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

    Woww...menarikkan fakta tentang Shaklee Collagen Powder??? Nak tau lebih lanjut lg mari kita lihat ape perbezaan Shaklee berbanding produk kolagen lain di pasaran....

    PERBEZAAN SHAKLEE:

    SHAKLEE COLLAGEN POWDER ADALAH SUPLEMEN KOLAGEN YG SGT UNGGUL, MENGANDUNGI 4000mg KOLAGEN RSS (SISIK IKAN MERAH) IAITU SEJENIS KOLAGEN TULEN & BERMUTU TINGGI YG DIEKSTRAK DARI  SISIK IKAN MERAH. KOLAGEN SHAKLEE ADALAH SGT RENDAH DLM JISIM MOLEKULAR IAITU SEKITAR 1000 Dalton YG AMAT MUDAH DISERAP OLEH TUBUH. JADI, TUBUH AKAN DAPAT MENINGKATKAN SINTESIS KOLAGEN PD LAPISAN KULIT DGN BERKESAN...

    JADI, APE TUNGGU LG...JELAS, TERANG LG BERSULUH...INILAH DIA PRODUK HEBAT YG ANDA CARI2  SELAMA INI....

    JIKA BERMINAT: SMS 019 2187383...